Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

RM410,000 bakal direbut! Liga Professional Mobile Legends: Bang Bang kini kembali di Malaysia dan Singapura!

Jangan lengahkan masa, 20 Januari ini korang kena daftar!

Nyny.A by Nyny.A
January 13, 2020
in Acara, Android, Artikel, Berita, iOS, Mobile
0 0
0
RM410,000 bakal direbut! Liga Professional Mobile Legends: Bang Bang kini kembali di Malaysia dan Singapura!
Share on FacebookShare on Twitter

Para pemain permainan MOBA terkenal iaitu Mobile Legends: Bang Bang (MLBB)! Sekali lagi anda diseru untuk bersama pasukan anda untuk menyertai Liga Professional MLBB yang kini kembali di Malaysia dan Singapura untuk musim ke-5! Hadiah berjumlah AS$100,000 (anggaran RM410,000) bakal direbutkan kali ini!

https://www.facebook.com/MobileLegendsGameMalaysia/videos/755805861596754

Pada pemain yang masih tidak tahu, Liga Professional MLBB MY/SG (MPL- MY/SG) Musim ke-5 ini merupakan liga esports utama permainan MOBA ini di Malaysia dan Singapura. Liga ini akan bermula dengan pusingan kelayakan dalam talian dan diikuti pula dengan acara Playoffs dan disitu 8 pasukan terakhir akan berentap untuk merebut kolam hadiah berjumlah US$100,000 (anggaran RM410,000)! Setiap perlawanan akan disiarkan secara lansung di Facebook dan YouTube MLBB dan MPL-MY/SG musim ke-5 ini adalah dari Moonton dan dianjurkan oleh eGG Network.

EVOS Esports SG muncul sebagai juara di MPL-MY/SG Musim 4 Siapakah yang bakal menjadi juara pada musim ini?

Jadi ini adalah peluang anda bersama rakan-rakan anda mendaftar untuk peringkat kelayakan acara kejohanan ini bermula 20 Januari hingga 2 Februari 2020! Pilih pasukan anda yang terbaik sekarang dan daftar di borang rasmi yang akan dikongsikan secara rasmi di halaman Facebook rasmi MLBB!

Pusingan kelayakan

Seperti musim lalu, terdapat dua pusingan kelayakan secara berasingan diantara Malaysia dan Singapura. Pusingan kelayakan bagi Malaysia bermula 7 hingga 9 Februari 2020, manakala pusingan kelayakan Singapura pula dari 15 hingga 16 Februari 2020. Dua pasukan dari Malaysia dan Satu pasukan dari Singapura yang mendahului peringkat kelayakkan akan maju ke acara pertandingan Musim Liga.

Musim Liga

Musim Liga yang akan menggunakan format ‘Round Robin’ akan bermula pada 29 Februari 2020 selama 6 minggu dan kita bakal menyaksikan semula 7 pasukan yang dapat melayakkan diri secara lansung dari MPL MY/SG musim ke-4 Playoffs lalu. Pasukan tersebut adalah 4 dari Malaysia dan 3 dari Singapura.

Kemaskini buku panduan musim ini akan membolehkan kemasukan terus kepada pasukan yang telah layak selagi mereka mengekalkan 50% daripada senarai mereka (3 daripada 6 pemain). Kemaskini baru ini mengambil pendekatan yang lebih santai berbanding dengan musim sebelumnya di mana pasukan terpaksa mengekalkan 60% jadual mereka (4 daripada 6 pemain) untuk dijemput secara langsung.

Musim Liga ini akan terus menggunakan sistem mata perbezaan seperti yang diperkenalkan dalam musim ke-4. Pasukan yang disenaraikan melalui jumlah pertandingan ‘best-of-three’ yang dimenangi. Andai kata keputusan adalah seri, perbezaan mata menang kalah akan dipertimbangkan dahulu (bilangan permainan yang dimenangi tolak bilangan permainan yang kalah). Andai kata makin tinggi bilangan pembezaan, mereka lah yang layak ditempatkan dalam carta kedudukan. 8 pasukan teratas dari Musim Liga akan bersaing kelah dalam Musim ke-5 Playoffs yang akan berlansung pada 18 dan 19 April 2020.

Jadianda semua jangan terlepas segala maklumat yang akan dikongsikan di Facebook MLBB!

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Liga Professional MLBBLiga Professional MLBB musim ke-5MLBB MY/SGMobile Legends: Bang BangMPL- MY/SG
Previous Post

G.I. Joe: Snake Eyes akan ditayangkan Oktober 2020 ini dan watak utamanya adalah Henry Golding!

Next Post

8 Kali menjulang Anugerah CES, tahun ini sekali lagi RAZER mendapat Anugerah Terbaik dari CES!

Nyny.A

Nyny.A

Bekas pelajar Multimedia Creative. Lebih Independent. Layan game FPS sampai lebam. Open world pun kalau kena jalan cerita kita on je. Manga Anime untuk luang masa. Geng streamer dan esports, Interview developer, pemain esports, Influencer, lagi2 support lokal! Memang hantu gaming dah lama dari zaman CC dulu. Jangan lupa ikuti laman sosial untuk hubungi saya.

Related Posts

Reviu Elden Ring Nightreign – Kemenangan Itu Masih Indah Walau Banyak Menderita
Review

Reviu Elden Ring Nightreign – Kemenangan Itu Masih Indah Walau Banyak Menderita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Metal Gear Solid Δ: Snake Eater – Gameplay Baru Fokus Kepada Cobra Unit & Mini Game
Berita

Metal Gear Solid Δ: Snake Eater – Gameplay Baru Fokus Kepada Cobra Unit & Mini Game

June 5, 2025
Next Post
8 Kali menjulang Anugerah CES, tahun ini sekali lagi RAZER mendapat Anugerah Terbaik dari CES!

8 Kali menjulang Anugerah CES, tahun ini sekali lagi RAZER mendapat Anugerah Terbaik dari CES!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025
Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025

May 26, 2025
Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year
Anime

Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year

May 26, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd