Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Rindu Nintendo Entertainment System lagend tu? Versi LEGO kan ada!

Eh siap boleh gerak-gerak!

Nyny.A by Nyny.A
July 15, 2020
in Artikel, Berita, Figura/barang koleksi, Produk
0 0
0
Rindu Nintendo Entertainment System lagend tu? Versi LEGO kan ada!
Share on FacebookShare on Twitter

LEGO secara rasmi melancarkan set bertema Nintendo mereka yang seterusnya. Pada musim panas ini, anda akan dapat membina LEGO Nintendo Entertainment System anda sendiri! Wah betul menggamit memori dulu-dulu ni!

Pengumuman itu dibuat setelah LEGO membuat teased set di Twitter pada hari Isnin dengan Tweet “Are you ready to play like never before?” bersama dengan siluet set yang bersinar dibelakangnya. Pagi ini, secara rasmi set LEGO Nintendo Entertainment System itu ditayangkan secara rasmi dengan video.

Are you ready to play like never before? pic.twitter.com/XuNFD7rP0B

— LEGO (@LEGO_Group) July 13, 2020

Set itu merangkumi 2,646 keping LEGO secara keseluruhan. Termasuk dalam set ini adalah konsol Nintendo Entertainment System dengan alat kawalan, kartrij Super Mario Bros dan TV retro dengan permainan yang ditayangkan.

Konsol NES mempunyai perincian autentik dalam reka bentuk, seperti slot untuk Game Pak yang boleh dibina merangkumi fungsi penguncian yang realistik. TV retro tersebut mempunyai tempat pegang yang anda boleh gerakkan untuk membuat skrin bergerak kononnya ibarat dalam permainan Mario yang tengah leveling.

Bukan itu sahaja, set LEGO Nintendo Entertainment System direka untuk berinteraksi dengan set LEGO Super Mario yang dilancarkan secara berasingan akhir musim panas ini. Dengan meletakkan blok Mario di atas konsol, TV akan hidup untuk mengeluarkan suara, tidak memerlukan bateri.

Mungkin LEGO dan Nintendo melihat betapa popularnya set NES melalui program mencetusan Idea mereka, terutama kerana tahun ini adalah ulang tahun ke-35 konsol tersebut. Sekiranya anda dalam perancangan untuk mendapatkan set ini, anda pasti ingin mengetahui bahawa item ini akan dijual dengan harga $229.99 (anggaran RM985.00) dan penjualannya mulai 1 Ogos 2020.

Anda boleh mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai set ini dan cara membelinya dengan melayari laman web rasmi LEGO atau ianya akan keluar di store LEGO seluruh negara. Jadi apa pendapat anda mengenai set LEGO Nintendo Entertainment System ini? Menarik kan? Ibarat konsol lagenda ini kembali ke meja TV kita pula!

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: LEGOLEGO NESLEGO Nintendo Entertainment Systemnintendo
Previous Post

Kuasai Skala yang berbeza: Razer Melancarkan Razer Huntsman Mini!

Next Post

Tonton Pokemon Journeys: The Series di YouTube sekarang! Percuma saja~

Nyny.A

Nyny.A

Bekas pelajar Multimedia Creative. Lebih Independent. Layan game FPS sampai lebam. Open world pun kalau kena jalan cerita kita on je. Manga Anime untuk luang masa. Geng streamer dan esports, Interview developer, pemain esports, Influencer, lagi2 support lokal! Memang hantu gaming dah lama dari zaman CC dulu. Jangan lupa ikuti laman sosial untuk hubungi saya.

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Tonton Pokemon Journeys: The Series di YouTube sekarang! Percuma saja~

Tonton Pokemon Journeys: The Series di YouTube sekarang! Percuma saja~

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd