Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Reviu Yu-Gi-Oh EARLY DAYS COLLECTION – Nostalgia Duel Klasik!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
March 26, 2025
in Artikel, Berita, Game Review, Kad Strategi, Remastered, Review, RPG
0 0
0
Reviu Yu-Gi-Oh EARLY DAYS COLLECTION – Nostalgia Duel Klasik!
Share on FacebookShare on Twitter

Yu-Gi-Oh Early Days Collection telah rasmi dikeluarkan tahun ini, membawa ledakan nostalgia penuh ‘duel’ untuk peminat permainan kad ikonik ini.

Dilancarkan sejak 27 Februari untuk Nintendo Switch dan PC melalui Steam, koleksi ini menggabungkan versi remaster bagi game klasik Game Boy dan Game Boy Advance dengan grafik yang ditambah baik, mod online multiplayer, serta terjemahan bahasa Inggeris buat pertama kali.

Dedikasi terbaru Konami kepada francais ini bertujuan merapatkan jurang antara pemain veteran dan pendatang baharu, membolehkan semua merasai semula era duel digital yang penuh keseronokan.

Namun, adakah koleksi ini benar-benar menghidupkan semangat Blue-Eyes White Dragon? Jom kita selak dek dan cari jawapannya.

Apa Yang Ada?

Yu-Gi-Oh Early Days Collection mengumpul 14 game dari era awal francais ini, terutamanya daripada konsol handheld Nintendo. Koleksi ini memberi peluang kepada peminat lama dan pendatang baharu untuk melihat bagaimana permainan kad ini berkembang dari tahun 1998 hingga 2004.

Ia merangkumi pelbagai gaya gameplay, daripada duel kad tradisional kepada elemen RPG serta spin-off seperti Dungeon Dice Monsters.

Kredit: Konami
  • Yu-Gi-Oh! Duel Monsters
  • Yu-Gi-Oh! Duel Monsters 2: Dark Duel Stories
  • Yu-Gi-Oh! Monster Capsule
  • Yu-Gi-Oh! Dark Duel Stories
  • Yu-Gi-Oh! Duel Monsters 4: Battle Of Great Duelists
  • Yu-Gi-Oh! Dungeon Dice Monsters
  • Yu-Gi-Oh! The Eternal Duelist Soul
  • Yu-Gi-Oh! Duel Monsters 6: Expert 2 (Jepun sahaja)
  • Yu-Gi-Oh! The Sacred Cards
  • Yu-Gi-Oh! Reshef Of Destruction
  • Yu-Gi-Oh! Worldwide Edition: Stairway To The Destined Duel
  • Yu-Gi-Oh! World Championship Tournament 2004
  • Yu-Gi-Oh! Destiny Board Traveler
  • Yu-Gi-Oh! 7 Trials To Glory: World Championship Tournament 2005

Perubahan Gameplay Dari Tajuk Ke Tajuk

Koleksi ini menampilkan beberapa tajuk penting seperti Yu-Gi-Oh! Dark Duel Stories, Yu-Gi-Oh! The Eternal Duelist Soul, dan Yu-Gi-Oh! World Championship Tournament 2004.

Setiap satu mewakili fasa berbeza dalam evolusi permainan digital Yu-Gi-Oh!, daripada era awal yang lebih ringkas hinggalah ke pengalaman yang lebih kompleks dan hampir menyerupai permainan kad sebenar.

Kredit: Konami

Setiap tajuk membawa pendekatan tersendiri terhadap mekanik duel, termasuk perbezaan dalam sistem deck-building, struktur kempen, dan tahap AI lawan.

Walaupun koleksi ini menawarkan kepelbagaian dari segi gaya permainan—sama ada pertempuran kad klasik, elemen RPG, atau spin-off unik—sesetengah peminat mungkin merasakan kehilangan tajuk ikonik dari PlayStation seperti Yu-Gi-Oh! Forbidden Memories, yang mungkin disimpan untuk koleksi akan datang.

Fokus yang hanya tertumpu pada versi konsol handheld juga menjadikan koleksi ini kurang menyeluruh sebagai arkib digital lengkap bagi francais ini pada era tersebut.

Kredit: Konami

Dari sudut perkembangan, koleksi ini jelas menunjukkan bagaimana permainan video Yu-Gi-Oh! berevolusi. Tajuk-tajuk terawal terasa agak lapuk, dengan mekanik yang lebih terhad, gameplay yang kurang baik, dan AI yang kadangkala kurang bijak.

Nostalgia mungkin menarik pemain pada awalnya, tetapi keterbatasan jumlah kad, peraturan yang kadang-kadang mengelirukan, serta pengalaman duel yang kurang dinamik boleh menyebabkan game ini terasa hambar selepas beberapa ketika.

Kredit: Konami

Namun, apabila pemain meneroka tajuk-tajuk yang lebih baharu dalam koleksi ini, peningkatan ketara dalam gameplay mula dirasai.

Tajuk Game Boy Advance menawarkan lebih banyak strategi, pemilihan kad yang lebih luas, dan persembahan yang lebih canggih, memberikan pengalaman yang lebih mendekati permainan kad fizikal pada zamannya.

Dari sudut sejarah, koleksi ini cukup berharga kerana membolehkan pemain melihat sendiri perkembangan francais ini dari masa ke masa. Namun, ia juga bermakna beberapa tajuk lama dalam koleksi ini mungkin sukar untuk dinikmati oleh pemain moden, kecuali bagi mereka yang menghargai nilai nostalgianya.

Pemain Moden Mudah Akses

Salah satu kelebihan utama koleksi ini ialah bagaimana ia menyesuaikan diri dengan gaya gaming moden sambil menghormati masa pemain. Banyak game lama cenderung mempunyai tahap kesukaran yang tidak seimbang serta memerlukan grinding berlebihan—sesuatu yang biasa dalam era awal 2000-an.

Untuk mengatasi hal ini, koleksi ini menawarkan gameplay modifier optional yang menjadikan pengalaman lebih mesra kepada pemain masa kini.

Kredit: Konami

Sebelum memulakan game, pemain boleh mengakses menu khas untuk membuka semua kad serta-merta, menaikkan level watak bagi menggunakan kad yang lebih kuat tanpa perlu grinding, serta membuka watak dan ganjaran yang biasanya memerlukan berjam-jam bermain.

Modifikasi ini mengambil kira hakikat bahawa ramai pemain hari ini tidak mempunyai masa untuk sesi permainan yang terlalu panjang, sekaligus menghapuskan cabaran tidak seimbang atau sekatan kemajuan yang bersifat repetitif.

Kredit: Konami

Apa yang menarik, sistem ini sepenuhnya bersifat optional. Pemain tegar boleh memilih untuk bermain dalam bentuk asal tanpa sebarang perubahan, manakala pemain kasual atau mereka yang terhad oleh masa boleh menyesuaikan pengalaman mengikut keselesaan sendiri.

Pendekatan ini menetapkan satu standard kebolehcapaian yang patut dicontohi oleh koleksi permainan retro lain.

Ciri-Ciri Moden Yang Ditambah

Game dalam koleksi ini dipersembahkan dengan penuh perhatian terhadap butiran, disertai beberapa penambahbaikan yang meningkatkan pengalaman bermain. Interface yang direka dengan baik memudahkan navigasi antara tajuk, selain menyediakan maklumat jelas mengenai sejarah setiap permainan dan peranannya dalam evolusi francais.

Kredit: Konami

Selain aspek visual, koleksi ini turut menyertakan pelbagai ciri moden yang kini menjadi standard dalam kompilasi permainan retro.

Pemain boleh menggunakan save state untuk save kemajuan pada bila-bila masa, bukan hanya di checkpoint tertentu, serta fungsi rewind yang membolehkan mereka membetulkan kesilapan tanpa perlu memulakan semula.

Selain itu, ada juga pilihan untuk memainkan versi serantau bagi permainan yang mempunyai keluaran berbeza di setiap wilayah.

Kredit: Konami

Dari segi kualiti emulator, pengalaman asal dikekalkan dengan baik sambil memastikan game lebih mudah diakses pada perkakasan moden. Semua ciri ini menunjukkan pendekatan yang teliti dalam mengekalkan keaslian tajuk klasik, sambil memenuhi jangkaan pemain masa kini.

Spin-off Kadang Kala Lebih Menarik

Beberapa elemen paling menarik dalam koleksi ini sebenarnya datang daripada tajuk spin-off yang menyimpang daripada formula pertempuran kad tradisional.

Tajuk seperti Dungeon Dice Monsters, Monster Capsule, dan Destiny Board Traveler memperkenalkan mekanik yang berbeza namun tetap mengekalkan kaitan dengan dunia serta watak Yu-Gi-Oh!

Kredit: Konami

Pertama sekali, Dungeon Dice Monsters, yang dikenali ramai menerusi kemunculannya dalam anime, menukar konsep permainan kad kepada permainan papan taktikal berasaskan dadu. Dengan sistem monster summoning yang bergantung pada simbol dadu, game ini menggabungkan unsur strategi dan elemen nasib dalam cara yang unik.

Kredit: Konami

Sementara itu, Monster Capsule membawakan konsep monster-collecting dengan gaya permainan tersendiri, manakala Destiny Board Traveler menawarkan pengalaman ala permainan papan yang lebih santai tetapi masih mengekalkan elemen pertempuran kad.

Walaupun tajuk-tajuk spin-off ini boleh menjadi sukar untuk difahami akibat tutorial yang terhad—sesuatu yang biasa dalam era Game Boy—pemain yang sanggup meluangkan masa untuk menguasai mekaniknya akan menemui sistem gameplay yang mendalam dan jarang diulang dalam tajuk Yu-Gi-Oh! moden.

Kredit: Konami

Malah, ada kemungkinan sesetengah pemain akan lebih tertarik kepada tajuk alternatif ini berbanding permainan dueling tradisional, kerana ia menawarkan pengalaman yang lebih segar dan tidak terasa setua beberapa judul utama dalam koleksi ini.

Kelemahan

Fokus koleksi ini yang hanya merangkumi tajuk handheld menyebabkan beberapa bab penting dalam sejarah digital Yu-Gi-Oh! terlepas daripada kesedaran umum.

Ketiadaan judul ikonik seperti Forbidden Memories, Duelist of the Roses, dan Falsebound Kingdom menjadikan gambaran keseluruhan evolusi permainan video Yu-Gi-Oh! terasa kurang lengkap.

Game di PlayStation dan GameCube ini sering memperkenalkan peraturan unik serta inovasi gameplay yang memberi impak besar kepada legasi francais.

Kredit: Konami

Selain itu, beberapa tajuk yang dimasukkan—seperti Duelist Soul 6 Expert 2, The Eternal Duelist Soul, dan Stairway to the Destined Duel—hampir serupa dari segi mekanik, dengan hanya perbezaan kecil pada jalan cerita. Ini menimbulkan rasa berulang, terutamanya apabila koleksi ini hanya mengandungi 14 tajuk.

Peluang untuk menyertakan lebih banyak variasi tajuk terasa seakan disia-siakan.

Kredit: Konami

Dari segi kandungan tambahan, koleksi ini juga kurang menampilkan elemen bonus yang kini menjadi kebiasaan dalam kompilasi retro. Tiada wawancara bersama pembangun, galeri seni konsep, runut bunyi, atau bahan belakang tabir yang boleh memberikan konteks serta nilai sejarah kepada pakej ini.

Malah, hanya satu tajuk dalam koleksi ini menyokong fungsi multiplayer, mengehadkan aspek sosial yang merupakan salah satu daya tarikan utama dalam pengalaman Yu-Gi-Oh! Selain imbasan manual original, tiada ciri tambahan seperti yang sering dijumpai dalam koleksi retro pesaing.

Pendapat

Secara umum, Yu-Gi-Oh Early Days Collection berjaya menghidupkan semula bab penting dalam sejarah francais ini sambil menyesuaikan diri dengan jangkaan pemain moden.

Koleksi ini menonjol dengan ciri aksesibiliti yang menghormati masa pemain, membolehkan peminat lama dan pemain kasual menikmati mana-mana game mengikut keselesaan masing-masing.

Selain itu, kemasukan spin-off yang unik di samping dueling tradisional memberikan variasi yang menarik, manakala penambahbaikan quality-of-life menjadikan pengalaman bermain lebih lancar dan menyeronokkan.

Kredit: Konami

Namun, koleksi ini tidak mencapai potensinya sepenuhnya kerana tumpuannya yang terhad pada kelompok handheld, pemilihan tajuk yang agak berulang, dan kekurangan kandungan tambahan.

Ketiadaan game konsol seperti di PlayStation dan GameCube mencipta jurang besar dalam apa yang sepatutnya menjadi arkib sejarah yang lebih lengkap.

Walaupun gameplay modifier membantu mengurangkan kesukaran tajuk lama, ia masih tidak dapat sepenuhnya menampung reka bentuk awal yang kadangkala kurang mesra kepada pemain moden.

Kredit: Konami

Bagi peminat Yu-Gi-Oh! dan mereka yang ingin menerokai sejarah permainan video, koleksi ini tetap bernilai meskipun ada beberapa kelemahan.

Pemain baharu mungkin menghadapi kesukaran dengan mekanik dan visual permainan yang sudah lapuk, tetapi ciri aksesibiliti yang disertakan menjadikannya antara cara terbaik untuk mengalami semula judul-judul klasik ini.

Untuk berita terkini, ikuti laman rasmi Yu-Gi-Oh! Asia di Facebook.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy

The Review

Yu-Gi-Oh! Early Days Collection

7 Score

Bagi peminat Yu-Gi-Oh! dan mereka yang ingin menerokai sejarah permainan video, koleksi ini tetap bernilai meskipun ada beberapa kelemahan. Pemain baharu mungkin menghadapi kesukaran dengan mekanik dan visual permainan yang sudah lapuk, tetapi ciri aksesibiliti yang disertakan menjadikannya antara cara terbaik untuk mengalami semula judul-judul klasik ini.

PROS

  • Pemilihan game Yu-Gi-Oh! klasik yang mewakili perkembangan awal francais
  • Beberapa game akhirnya dilokalkan ke bahasa Inggeris, memberikan akses rasmi kepada pemain untuk tajuk yang sebelum ini terhad kepada Jepun
  • Pengubahsuaian gameplay optional mengurangkan keperluan untuk grinding, membolehkan pengalaman lebih fleksibel mengikut kesukaan pemain
  • Ciri moden seperti save states, fungsi rewind, dan sebagainya meningkatkan kebolehmainan tanpa mengorbankan pengalaman asal
  • Tajuk spin-off menarik seperti Dungeon Dice Monsters dan Destiny Board Traveler memberikan variasi gameplay di luar konsep dueling kad tradisional

CONS

  • Ketiadaan game PlayStation dan konsol yang terkenal
  • Beberapa game lama terasa ketinggalan zaman dengan peraturan yang mengelirukan dan AI yang tidak begitu pintar
  • Hanya satu game yang menyokong fungsi multiplayer

Review Breakdown

  • Rating 0
Tags: Yu-Gi-Oh EARLY DAYS COLLECTION
ShareTweetSend
Previous Post

SEGA Spring Sale 2025 Bermula! Diskaun Hebat untuk Pemilik PlayStation!

Next Post

Interviu Like a Dragon: Pirate Yakuza in Hawaii – Membongkar Rahsia Pengembaraan Laut Majima

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Reviu Mission: Impossible – The Final Reckoning – Misi Terakhir Ethan Hunt
Review

Reviu Mission: Impossible – The Final Reckoning – Misi Terakhir Ethan Hunt

Tarikh Comic Fiesta 2025 Diumumkan, Hujung Minggu Penuh Budaya ACG!
Acara

Tarikh Comic Fiesta 2025 Diumumkan, Hujung Minggu Penuh Budaya ACG!

May 19, 2025
Asal Usul Senju Tobirama – Hokage Kedua Yang Dibayangi Kontroversi
Anime

Asal Usul Senju Tobirama – Hokage Kedua Yang Dibayangi Kontroversi

May 19, 2025
Next Post
Interviu Like a Dragon: Pirate Yakuza in Hawaii – Membongkar Rahsia Pengembaraan Laut Majima

Interviu Like a Dragon: Pirate Yakuza in Hawaii - Membongkar Rahsia Pengembaraan Laut Majima

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime Sakamoto Days Part 2 Akan Ditayangkan Julai 2025, Trailer Baru Diperkenalkan
Anime

Anime Sakamoto Days Part 2 Akan Ditayangkan Julai 2025, Trailer Baru Diperkenalkan

May 14, 2025
Siapakah Ibu Anime Terbaik? Ini Pilihan Peminat Jepun Sempena Hari Ibu!
Anime

Siapakah Ibu Anime Terbaik? Ini Pilihan Peminat Jepun Sempena Hari Ibu!

May 12, 2025
Under 18 x KLEPET – Kolaborasi Komik Terbaru Gempak Starz & Filem Lokal
Tempatan

Under 18 x KLEPET – Kolaborasi Komik Terbaru Gempak Starz & Filem Lokal

May 12, 2025
DAN DA DAN: Evil Eye Akan Tayang di Pawagam Malaysia – Tarikh, Sinopsis & Bonus Eksklusif
Anime

DAN DA DAN: Evil Eye Akan Tayang di Pawagam Malaysia – Tarikh, Sinopsis & Bonus Eksklusif

May 9, 2025
Goblin Slayer Ⅱ & BrownDust2 Bergabung Dalam Kolaborasi Fantasi Anime!
Berita

Goblin Slayer Ⅱ & BrownDust2 Bergabung Dalam Kolaborasi Fantasi Anime!

May 8, 2025
‘Nintama Rantaro: Invincible Master of the Dokutake Ninja’ Tayang di Malaysia 22 Mei Ini!
Anime

‘Nintama Rantaro: Invincible Master of the Dokutake Ninja’ Tayang di Malaysia 22 Mei Ini!

May 8, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd