Adakah anda bersedia untuk membuat huru-hara sebagai monyet comel? Sebagai game terbaharu dalam francais Super Monkey Ball oleh SEGA, Super Monkey Ball Banana Rumble telah dikeluarkan di Nintendo Switch sejak 25 Jun 2024! Merupakan game mesra keluarga, pemain akan mengawal monyet kecil dalam bola, yang harus berguling ke hadapan untuk sampai ke garisan penamat.
Menampilkan local dan online play, game ini memperkenalkan “Battle Mode” baharu di mana pemain boleh terlibat dalam perlawanan online dengan sehingga 16 pemain, termasuk rakan, keluarga dan pemain dari seluruh dunia.
Dalam ” Adventure Mode”, pemain boleh menikmati mode gameplay klasik, yang juga menampilkan 200 level baharu. Selain itu, game ini menyokong sehingga empat pemain pada satu Nintendo Switch dan memperkenalkan watak serta jalan cerita baharu untuk diterokai oleh pemain.
Untuk penjelasan lengkap, jom baca reviu ini!
Adventure Mode

Merupakan mode klasik dalam setiap game dahulu, Adventure Mode dibahagiakan kepada beberapa yang bermula dan berakhir dengan segmen cerita, besertakan cutscene menarik. Secara am, kisahnya mengikuti AiAi dan rakan-rakan ketika mereka melawat pulau tropika dan bertemu dengan seorang pengembara bernama Palette, yang mencari Legendary Banana.
Mereka bersetuju untuk menemani perjalanannya merentasi dunia bagi mengumpul barang khas yang dikatakan adalah kunci untuk mencari relik berharga itu. Sepanjang perjalanan, mereka akan bertemu rakan baharu dan musuh misteri dalam kisah yang cukup menarik untuk dilayan oleh kanak-kanak mahupun dewasa.

Selepas menonton cutscene permulaan bab, pemain akan mula bermain level yang dibuat khas di kawasan yang berbeza. Objektif adalah untuk mengumpul sebanyak mungkin pisang pada kawasan berbeza dan mencapai titik penamat, sambil menetapkan rekod untuk pisang terbanyak dan masa terpantas.
Walaupun nampak mudah, beberapa level tidak mempunyai dinding, dan jika terjatuh, pemain perlu reset semula daripada awal atau di checkpoint. Setiap bab mengandungi 10 level, dan hanya selepas melengkapkan semua level sahaja barulah pemain boleh membuka bab seterusnya.

Apabila semakin jauh dalam game, level akan menjadi semakin kompleks, dan pemain mesti merancang pergerakan dengan teliti, sambil mengaktifkan dan menghentikan mekanisme untuk menyelesaikan level.
Ternyata, level pun agak mencabar walaupun ini adalah game kanak-kanak, terutamanya untuk pemain yang tidak sabar seperti saya, yang sering terlajak hingga jatuh.
Battle Mode

Battle Mode menambahkan lagi keseronokan, di mana Battle Mode serba baharu menyokong sehingga 16 pemain sekaligus secara online. Pemain boleh bersaing dengan rakan, keluarga dan pemain di seluruh dunia di bawah tetapan pelbagai peraturan.
Item berbeza juga tersedia, seperti menggunakan roket untuk meletupkan pemain, menjadi halimunan, menambah pemberat kepada pemain lain atau membekukan mereka. Jika digunakan dengan betul, ia boleh menentukan kemenangan anda.
Terdapat lima jenis battle mode:
Race

Mode Race menampilkan halangan yang sentiasa muncul di dalam level, serta struktur yang berbeza ketinggian. Gunakan speed boost untuk memotong pihak lawan dan kumpulkan item sepanjang jalan – kebanyakan terdiri daripada item perangkap. Ini adalah mode yang paling biasa dimainkan.
Banana Hunt

Ini ialah mode countdown di mana pemain mengumpul pisang untuk mendapatkan mata. Setandan pisang bernilai tiga kali ganda berbanding satu pisang.
Pemain juga boleh memperoleh item, termasuk awan emas yang menghujankan pisang. Ikut hujan ini untuk mengumpul jumlah pisang yang banyak. 30 saat terakhir ialah Fever Time, di mana banyak pisang akan muncul pada peta, yang menawarkan peluang kepada pemain jika ketinggalan.
Ba-BOOM!

Ini adalah mode yang menggabungkan ofensif dan defensif. Bom akan muncul secara rawak pada pemain, yang kemudian mesti diserahkan kepada orang lain sebelum kiraan tamat. Jika bom masih berada di tangan kita apabila kiraan tamat, pemain akan disingkirkan, manakala mereka yang masih hidup akan mendapat mata.
Situasi boleh bertukar pada bila-bila masa: jika anda tidak mempunyai bom, lari daripada pemain yang membawa bom; jika anda mempunyai bom, kejar pemain yang ditandakan dengan garis biru dan memberi bom kepada mereka.
Robot Smash

Ini ialah mode berpasukan di mana pemain dibahagikan kepada dua pasukan dan mendapat mata dengan menghancurkan robot. Mode ini menekankan fungsi dash; di mana jumlah damage bergantung pada kelajuan dash – kelajuan lebih tinggi menyebabkan lebih banyak damage.
Robot hijau di sekitar kawasan lebih mudah untuk dikalahkan tetapi memberikan sedikit poin, dan biasanya akan tewas dengan satu dash. Robot biru yang lebih besar memerlukan damage yang lebih banyak untuk dikalahkan, dan biasanya memerlukan lebih daripada satu pemain untuk menyerang mereka berulang kali bagi mendapatkan jumlah poin lebih tinggi.
Goal Rush

Mode berpasukan ini membahagikan pemain kepada dua pasukan yang berguling ke bawah untuk mencapai titik penamat. Setiap titik mempunyai markah tersendiri, di mana pintu bercahaya menawarkan poin lebih tinggi.
Setiap gerbang menukar warna pasukan yang melaluinya, dan rakan sepasukan yang menjaringkan gol melalui pintu berwarna sama akan menerima poin tambahan. Pasukan dengan poin tertinggi akan menang.
Ciri Accessibility Dan Sistem Dress-Up

Untuk membantu pemain baharu membiasakan diri dengan cepat, game ini menawarkan pelbagai ciri accessibility seperti rewind, demo ghost, panduan laluan dan fungsi checkpoint. Ciri-ciri ini membantu pemain baru menguasai mekanik game dengan lebih mudah dan boleh membimbing pemain yang bersusah payah.
Di samping itu, game ini memperkenalkan lebih daripada 300 aksesori pakaian. Pemain boleh memilih daripada pelbagai watak dan membelanjakan mata yang diperoleh melalui gameplay dan misi untuk membeli sebarang aksesori. Ini membolehkan kita customize pakaian monyet dan penampilan bola mereka, bagi mencipta gaya yang unik dan peribadi.
Pendapat

Secara keseluruhan, Super Monkey Ball Banana Rumble memberi nafas baharu kepada siri yang lama digemari dengan pelancarannya di Nintendo Switch. Ciptaan terbaharu ini masih meneruskan keseronokan dan gameplay mencabar yang kami jangkakan, sambil turut membawakan pelbagai ciri baharu yang menarik.
Intipati game masih di Adventure Mode, dengan level yang imaginatif dan rumit, dan bersama level tanpa dinding, ia benar-benar menguji kemahiran kita. Satu lagi tambahan menarik ialah Battle Mode baharu.

Kini lebih meriah, kerana membenarkan sehingga 16 pemain bermain secara online dalam lima mode berbeza, setiap satu menawarkan kelainan tersendiri – sama ada anda berlumba, memburu pisang atau bermain bom.
Pendek kata, Super Monkey Ball Banana Rumble kekal kepada tema utama francais tetapi menambah elemen baharu dan fresh. Walaupun ada beberapa kelemahan kecil, ia masih adalah game yang hebat untuk dimainkan bersama rakan dan keluarga, yang dijamin menghiburkan.
Anda boleh melayari laman web rasmi di SINI untuk maklumat lanjut, memandangkan game ini pun sudah dilancarkan.
@gamersantaimy
The Review
Super Monkey Ball Banana Rumble
Secara keseluruhan, Super Monkey Ball Banana Rumble memberi nafas baharu kepada siri yang lama digemari dengan pelancarannya di Nintendo Switch. Ciptaan terbaharu ini masih meneruskan keseronokan dan gameplay mencabar yang kami jangkakan, sambil turut membawakan pelbagai ciri baharu yang menarik.
Discussion about this post