Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Reviu Suikoden I&II HD Remaster Gate Rune and Dunan Unification Wars – Nostalgia Terlalu Kuat!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
April 17, 2025
in Artikel, Berita, Epic Store, Game Review, Microsoft, Nintendo Switch, PC, PS4, PS5, Review, RPG, Steam, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Reviu Suikoden I&II HD Remaster Gate Rune and Dunan Unification Wars – Nostalgia Terlalu Kuat!
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas penantian yang begitu lama, akhirnya Suikoden I & II menerima nafas baharu melalui versi remaster HD. Remaster ini memperkenalkan pelbagai penambahbaikan dari segi visual dan aspek gameplay, sambil mengekalkan intipati pengalaman asal yang digemari peminat.

Suikoden I mendapat pembaharuan paling ketara dengan tekstur yang lagi cantik, peta dunia dalam bentuk 3D, dan potret watak yang dilukis semula. Sementara itu, Suikoden II, yang sudah sedia cantik, dipertingkatkan lagi dengan sistem pencahayaan dan bayang-bayang yang lebih menarik.

Beberapa ciri moden turut diperkenalkan seperti chat log dan sistem auto-battle yang pantas, menjadikan pengalaman lebih selesa tanpa menjejaskan keaslian rasa JRPG klasik. Tapi persoalannya—adakah ini cara terbaik untuk menikmati semula Suikoden I & II? Jom kita selami bersama.

Suikoden I & II dan Legasi Stars of Destiny

Dalam Suikoden I, anda menggalas peranan sebagai anak kepada Teo McDohl, seorang jeneral terkenal dalam Scarlet Moon Empire. Hidup kelihatan sempurna—hingga satu misi membongkar sisi gelap empayar: penindasan, pengkhianatan, dan korupsi. Selepas tragedi melanda, anda melarikan diri dan menyertai Liberation Army—gerakan kecil yang menentang kezaliman.

Apa yang bermula sebagai perjuangan peribadi akhirnya membawa anda ke sesuatu yang lebih besar—sebagai pemimpin pemberontakan, bertanggungjawab menyatukan 108 pejuang unik yang dikenali sebagai Stars of Destiny. Dalam misi ini, anda akan menghadapi dilema moral, kuasa misteri True Runes, dan pertempuran yang bakal menentukan nasib seluruh tanah air anda.

Kredit: KONAMI

Sementara itu dalam Suikoden II, anda memainkan watak seorang askar muda dalam Highland Army, berjuang bersama sahabat karib anda, Jowy. Namun, pengkhianatan dari dalam negara sendiri memusnahkan unit anda dan mencetuskan perang ketika perjanjian damai. Anda terselamat—dan memulakan perjalanan yang mengubah segalanya.

Dihantui kekejaman Prince Luca Blight dan terjebak dalam konflik antara Highland dan City-States of Jowston, anda dan adik angkat, Nanami, bangkit sebagai pemimpin kebebasan. Hubungan erat anda dengan Jowy pula diuji apabila kalian memilih haluan berbeza—dibentuk oleh perang, takdir, dan True Runes—hingga membawa kepada pertembungan emosi.

Kredit: KONAMI

Walaupun sudah berdekad lamanya sejak pelancaran asal—Suikoden I pada 1997 dan Suikoden II pada 2000—kedua-dua game ini kekal menawan. Naratifnya penuh drama dan beralun dengan baik, tidak pernah membiarkan anda sunyi dari aksi atau emosi. Dialog watak kadangkala klise tetapi masih menghiburkan, malah ada momen lucu.

Beberapa watak dari game pertama juga kembali dalam sekuel, memberi kesinambungan kronologi. Anda juga boleh memilih dialog dalam situasi tertentu—dan walaupun jalan cerita kekal linear, pilihan itu kadangkala membawa respon yang mengejutkan dan menyeronokkan.

Kredit: KONAMI

Elemen Stars of Destiny adalah nadi utama kedua-dua permainan. Untuk mendapatkan True Ending, anda perlu mengumpulkan kesemua 108 watak—setiap satu dengan latar belakang, motivasi, dan cabaran tersendiri. Ada yang akan sertai anda secara automatik, tetapi ramai juga memerlukan usaha—sama ada menyelesaikan misi mereka, membantu mereka, atau membuktikan nilai kepimpinan anda.

Lebih banyak watak yang direkrut, lebih hidup dan berkembang markas utama anda, lengkap dengan fungsi baharu seperti kedai, bengkel senjata, dan banyak lagi. Menariknya, hampir semua boleh digunakan dalam parti anda, jadi setiap rekrut benar-benar bermakna.

Kredit: KONAMI

Tambahan istimewa: anda boleh mengimport save file dari Suikoden I ke II, yang akan membuka watak tambahan, bonus eksklusif, dan pertemuan penuh emosi—termasuk berpeluang merekrut hero dari game pertama.

Kredit: KONAMI

Kedua-dua Suikoden I dan II menampilkan naratif berlapis, watak penuh personaliti, dan kini—dengan versi remaster HD—terjemahan Bahasa Inggeris yang jauh lebih mantap. Stars of Destiny bukan sekadar sistem, tetapi elemen ikonik yang membentuk identiti Suikoden sebagai siri RPG klasik yang tak lapuk dek zaman.

Bagi peminat cerita epik dan pilihan bermakna, Suikoden I & II ialah sebuah pengembaraan yang sukar dilupakan.

Suikoden Remaster Lebih Cantik, Lebih Selesa, Tapi Tidak Sempurna

Sekarang kita masuk ke bahagian paling penting dalam reviu Suikoden HD Remaster ini. Sebagai seseorang yang pernah bermain Suikoden I & II bertahun-tahun dahulu, saya boleh katakan remaster ini masih mengekalkan jiwa asal permainan—cuma kini dalam versi yang jauh lebih cantik.

Suikoden I khususnya kelihatan jauh lebih moden: tekstur persekitaran yang lebih kemas, peta dunia kini dalam bentuk 3D, potret watak yang dilukis semula nampak sangat menawan, dan beberapa adegan CG kini disajikan dalam kualiti HD. Permukaan air, cahaya, dan bayang-bayang juga ditambah baik, menjadikan dunia terasa lebih “hidup”. Pendek kata, inilah cara terbaik untuk mengalami Suikoden I hari ini.

Kredit: KONAMI

Tapi bagi saya, Suikoden II pula yang benar-benar mencuri perhatian. Semua peningkatan yang Suikoden I terima, Suikoden II dapat juga—tetapi dengan lebih menonjol. Sistem pencahayaan dan bayang-bayang dalam Suikoden II menjadikan babak-babak dramatik terasa lebih emosional, hampir seperti menonton filem.

Saya tidak sangka penambahbaikan visual boleh memberikan impak sebesar ini. Sayangnya, potret watak dalam Suikoden II tidak mendapat sentuhan artis seperti Suikoden I. Ia hanya dinaik taraf secara automatik oleh sistem upscaling, dan hasilnya… tidak konsisten. Ada potret yang nampak kabur atau ada kecacatan kecil yang agak ketara.

Rasanya lebih baik jika pembangun sentuh semula sekurang-kurangnya beberapa potret secara manual untuk memastikan kualitinya setanding. Selain itu, kotak teks juga terasa terlalu generik berbanding versi orginal, hilang sedikit identiti klasiknya. Jadi walaupun secara keseluruhan remaster ini hebat, ada beberapa perkara yang terasa seperti peluang yang terlepas.

Kredit: KONAMI

Dari segi gameplay pula, banyak elemen Quality of Life ditambah untuk memudahkan pengalaman. Paling ketara? Pergerakan diagonal! Ya, bunyinya remeh, tapi sesiapa yang pernah main versi original pasti faham betapa susahnya bergerak di laluan serong dalam game lama. Kini, semuanya lebih lancar dan perjalanan terasa lebih pantas serta kurang memenatkan.

Buku manual permainan juga boleh diakses terus dari menu tetapan—satu tambahan kecil yang terasa klasik dan nostalgik. Anda tak perlu buka internet untuk semak sistem permainan.

Kredit: KONAMI

Dulu, tiada quest log, jadi anda kena catat sendiri apa yang perlu dilakukan. Kini, masih tiada quest log, tapi ada chat log—anda boleh baca semula dialog penting dan pin perbualan yang berguna. Ini memang saya suka, sebab ia mengekalkan semangat JRPG klasik yang tak terlalu “membantu” pemain.

Dan ya, kini ada peta dalam bandar, jadi anda takkan lagi sesat mencari kedai senjata.

Kredit: KONAMI

Sistem pertempuran juga mengalami beberapa penambahbaikan kecil tapi bermakna. Mod auto battle kini boleh dimainkan dalam kelajuan dua kali ganda, dan kemudian boleh dinaik taraf kepada tiga kali ganda. Ini membuatkan pertembungan rawak terasa lebih boleh diterima.

Kesan visual sihir juga nampak lebih cantik—menyaksikan Soul Eater dan Bright Shield Rune dalam HD buat kali pertama memang menyentuh perasaan bagi peminat lama.

Kredit: KONAMI

Satu-satunya rungutan saya ialah tiada sokongan tetikus. Anda boleh main guna keyboard, tapi kawalannya terasa kekok sebab tiada fungsi tukar butang (rebind). Jadi, saya terus tukar ke controller yang jauh lebih mesra pengguna.

Saya faham, mungkin sukar untuk menambah sokongan tetikus pada game klasik, tapi ia tetap satu kekurangan yang terasa.

Pendapat

Setelah sekian lama menunggu, akhirnya Suikoden I & II menerima versi remaster HD, dan terus terang—ini memang antara cara terbaik dan paling mantap untuk menikmati semula dua JRPG klasik ini.

Remaster ini berjaya mengekalkan segala yang menjadikan versi original begitu ikonik, sambil menambah pelbagai penambahbaikan visual dan elemen mesra pemain.

Kredit: KONAMI

Suikoden I menerima perubahan paling ketara—dengan tekstur yang lebih tajam, dunia kini dalam bentuk 3D sepenuhnya, dan potret watak yang dilukis semula dengan cantik, menjadikan karakter lebih hidup dan berkesan.

Suikoden II pula, walaupun sememangnya sudah kelihatan baik sejak dulu, menjadi lebih menonjol dengan sistem pencahayaan dan bayang-bayang yang dikemas kini, menjadikan babak-babak penting terasa lebih seronok.

Cuma sayangnya, potret dalam Suikoden II tidak diberi sentuhan seni semula seperti Suikoden I—sebaliknya hanya dinaik taraf oleh mesin, dan hasilnya agak kasar serta kurang konsisten.

Kredit: KONAMI

Dari segi gameplay pula, banyak penambahbaikan quality of life yang betul-betul memberi kesan positif. Keupayaan bergerak secara diagonal membuatkan penerokaan jauh lebih lancar, chat log membantu anda menjejaki dialog penting tanpa membuat game terasa terlalu moden atau terlalu memudahkan, dan fungsi auto-battle hingga 3x kelajuan menjadikan pertemuan rawak lebih efisien.

Kesan visual untuk rune magic dalam HD juga benar-benar memukau. Satu-satunya kekurangan yang agak terasa ialah ketiadaan sokongan tetikus, dan kawalan menggunakan keyboard boleh jadi agak janggal—tetapi semua itu mudah diatasi jika anda menggunakan controller.

Kredit: KONAMI

Untuk peminat tegar Suikoden, ini adalah pembelian yang tidak perlu difikir panjang. Dan bagi yang belum pernah bermain, inilah peluang terbaik untuk mencubanya. Ia mungkin bukan remaster yang sempurna sepenuhnya, tetapi ia cukup baik untuk memperkenalkan semula dua antara JRPG terbaik pernah dihasilkan—dan ya, nostalgia itu memang terasa.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy

The Review

Suikoden I&II HD Remaster Gate Rune and Dunan Unification Wars

9 Score

Setelah penantian panjang, Suikoden I & II akhirnya hadir dalam versi remaster HD—cara terbaik untuk menghidupkan semula dua JRPG klasik ini. Ia mengekalkan keaslian versi asal sambil menambah baik visual dan elemen mesra pemain.

PROS

  • Cara terbaik untuk mengalami Suikoden I & II
  • Suikoden I mendapat peningkatan besar dengan tekstur yang lebih baik, dunia atas 3D, dan potret yang dilukis semula
  • Penambahbaikan pencahayaan dan bayang-bayang Suikoden II meningkatkan adegan dramatik agar lebih imersif
  • Rune magic kelihatan menakjubkan dalam HD
  • Pergerakan diagonal menjadikan penerokaan lebih lancar
  • Chat log membantu menjejaki dialog penting tanpa rasa dibantu sepenuhnya oleh game
  • Pilihan auto-battle dan kelajuan menjadikan pertemuan rawak kurang memenatkan

CONS

  • Potret Suikoden II hanya machine upscaling yang kasar
  • Reka bentuk kotak teks terasa terlalu generik berbanding game original
  • Tiada sokongan mouse, dan kawalan keyboard terasa kekok

Review Breakdown

  • Rating 0
Tags: reviuSuikoden I&II HD Remaster Gate Rune and Dunan Unification Wars
ShareTweetSend
Previous Post

Pengalaman Kami di Kedai Pop-Up Capcom Pertama Malaysia – Barangan Eksklusif hingga Demo Percuma!

Next Post

Panduan Suikoden I&II HD Remaster – Cara Rekrut Semua Stars of Destiny Yang Mudah Terlepas!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Under 18 x KLEPET – Kolaborasi Komik Terbaru Gempak Starz & Filem Lokal
Tempatan

Under 18 x KLEPET – Kolaborasi Komik Terbaru Gempak Starz & Filem Lokal

May 12, 2025
Honkai: Star Rail Versi 3.3 ‘The Fall at Dawn’s Rise’ Bakal Tiba pada 21 Mei
Berita

Honkai: Star Rail Versi 3.3 ‘The Fall at Dawn’s Rise’ Bakal Tiba pada 21 Mei

May 12, 2025
Evo Japan 2025 – Semua Pengumuman Besar Dunia Fighting Game, Termasuk DLC & Update Terbaru!
Berita

Evo Japan 2025 – Semua Pengumuman Besar Dunia Fighting Game, Termasuk DLC & Update Terbaru!

May 12, 2025
Next Post
Panduan Suikoden I&II HD Remaster – Cara Rekrut Semua Stars of Destiny Yang Mudah Terlepas!

Panduan Suikoden I&II HD Remaster - Cara Rekrut Semua Stars of Destiny Yang Mudah Terlepas!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

DAN DA DAN: Evil Eye Akan Tayang di Pawagam Malaysia – Tarikh, Sinopsis & Bonus Eksklusif
Anime

DAN DA DAN: Evil Eye Akan Tayang di Pawagam Malaysia – Tarikh, Sinopsis & Bonus Eksklusif

May 9, 2025
Goblin Slayer Ⅱ & BrownDust2 Bergabung Dalam Kolaborasi Fantasi Anime!
Berita

Goblin Slayer Ⅱ & BrownDust2 Bergabung Dalam Kolaborasi Fantasi Anime!

May 8, 2025
‘Nintama Rantaro: Invincible Master of the Dokutake Ninja’ Tayang di Malaysia 22 Mei Ini!
Anime

‘Nintama Rantaro: Invincible Master of the Dokutake Ninja’ Tayang di Malaysia 22 Mei Ini!

May 8, 2025
Kumpulan Rock Jepun Popular, My First Story, Bakal Tampil Buat Pertama Kali di Singapura
Acara

Kumpulan Rock Jepun Popular, My First Story, Bakal Tampil Buat Pertama Kali di Singapura

May 6, 2025
Attack on Titan: Apakah Asal Usul Sebenar Kaum Titan?
Anime

Attack on Titan: Apakah Asal Usul Sebenar Kaum Titan?

May 6, 2025
Thunderbolts* – Apa Yang Terjadi Di Adegan Post-Credit?
Filem

Thunderbolts* – Apa Yang Terjadi Di Adegan Post-Credit?

May 5, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd