Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Reviu Persona 3 Reload Episode Aigis: The Answer – Melihat Pengakhiran Sebenar!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 9, 2024
in Artikel, Berita, DLC, DLC berbayar, Game Review, PC, PS4, PS5, Review, RPG, Steam, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Reviu Persona 3 Reload Episode Aigis: The Answer – Melihat Pengakhiran Sebenar!
Share on FacebookShare on Twitter

Persona 3 Reload Episode Aigis: The Answer membawa sentuhan baru pada epilog yang digemari, memberikan eksplorasi yang lebih mendalam terhadap perjalanan Aigis ketika dia bergelut dengan emosi baharu dan peranannya dalam SEES selepas peristiwa Persona 3.

Sebagai remake kepada Episode Aigis yang original, The Answer menawarkan visual yang dipertingkatkan, mekanik gameplay yang dikemas kini, dan jalan cerita diolah semula tetapi setia kepada tema utama seperti identiti, pengorbanan, dan penerimaan.

Dalam reviu ini, kami akan meneliti bagaimana The Answer membawa gabungan nostalgia dan inovasi, serta sama ada ia berjaya menangkap intipati perjuangan emosi dan perkembangan Aigis.

Sebelum Bermula

Kredit: ©ATLUS. ©SEGA.

Sebelum memasuki topik utama, terdapat beberapa perkara penting yang perlu anda tahu tentang Persona 3 Reload Episode Aigis: The Answer. Pertama, ini adalah bahagian epilog yang berlaku selepas pengakhiran Persona 3 Reload, jadi anda perlu menyelesaikan game original terlebih dahulu kerana akan ada spoiler besar yang mungkin anda ternampak secara tidak sengaja.

Jika kehilangan save data lama, nasib baik Episode Aigis: The Answer masih boleh dimainkan sebagai kempen berasingan seperti dalam Persona 3 FES.

Kredit: ©ATLUS. ©SEGA.

Selain itu, bagi mereka yang telah menamatkan game original dan masih mempunyai save data lama, ini lebih bermanfaat kerana save data itu akan memberikan akses kepada semua kostum yang telah diperoleh dan paling penting, kemajuan dalam Persona Compendium.

Ini bermakna anda boleh merekrut pelbagai Persona kuat dari awal, tetapi kos Summon akan lebih tinggi dan pemain mungkin tidak akan mempunyai banyak wang. Jadi anda perlu grind sebelum boleh membina pasukan yang kuat. Bukan sahaja grind untuk duit, tetapi juga level watak kerana anda hanya boleh summon dari Persona Compendium berdasarkan level watak dan Persona yang setara.

Kredit: ©ATLUS. ©SEGA.

Tahap kesukaran masih sama kecuali Merciless kini telah ditukar kepada Heartless. Seperti dalam game original, apabila ingin memulakan NG+, anda tidak akan dapat mengakses Persona Compendium dari save data lama apabila ingin bermain Episode Aigis: The Answer pada tahap kesukaran tertinggi. Saya secara peribadi mengesyorkan bermain expansion ini pada tahap Hard untuk pengalaman seimbang.

Kesinambungan Penting, Tetapi Banyak Persoalan

Kredit: ©ATLUS. ©SEGA.

Mengenai bahagian cerita, sama ada baik atau buruk, ia boleh dikatakan adalah daya tarikan terkuat Episode Aigis: The Answer. Ini bagus kerana ia merupakan epilog yang menyambung pengakhiran game original untuk memberikan kesimpulan sebenar, jadi sudah tentu ini adalah sambungan penting kepada naratif.

Tetapi ia juga boleh menjadi hal buruk kerana rasa “puas hati” daripada pengakhiran asal akan hilang selepas anda melihat kesimpulan baharu yang lebih mengecewakan. Dalam kes saya, The Answer meninggalkan persoalan besar yang tidak akan dijawab melainkan Persona 3 mendapat sekuel, atau Atlus tiba-tiba memutuskan untuk menjawabnya lagi di game atau medium berbeza.

Kredit: ©ATLUS. ©SEGA.

Tanpa mendedahkan sebarang spoiler, Aigis adalah protagonis utama kali ini menggantikan Makoto Yuki, yang kini dianugerahkan Wild Card (kuasa untuk menggunakan lebih daripada satu Persona). Cerita ini berkisar kepada fenomena yang dipanggil Abyss of Time yang menyebabkan kitaran masa di dunia nyata terus berulang pada hari yang sama iaitu 31 Mac.

Ini membuatkan Aigis dan ahli S.E.E.S. tidak dapat meninggalkan asrama melainkan mereka dapat menyelesaikan misteri di sebalik fenomena ini. Pada masa yang sama, mereka juga mempunyai tetamu misteri bernama Metis yang mengaku sebagai adik Aigis.

Kredit: ©ATLUS. ©SEGA.

Ia adalah pengembaraan penuh emosi yang akan membawa mereka dalam usaha mencari jawapan sebenar tentang makna kehidupan, menghadapi masa lalu yang masih menghantui, dan akhirnya menghadapi masa depan dengan lebih yakin. Tetapi yang sama pentingnya, ialah bagaimana mereka boleh melepaskan diri dari perasaan kehilangan.

Bahagian Pertempuran Lebih Padat

Kredit: ©ATLUS. ©SEGA.

Sama seperti Persona 4 Golden dan Persona 5 Royal yang turut menambah beberapa bahagian tambahan untuk end-game, dalam Episode Aigis: The Answer anda hanya boleh fokus pada meneruskan cerita yang lebih linear tetapi dengan beberapa perubahan besar.

Yang utama sudah tentu ialah penghapusan elemen life-sim yang merupakan elemen teruat game Persona, yang masuk akal memandangkan untuk perkembangan cerita. Kekurangan elemen life-sim telah digantikan dengan lebih banyak pertempuran, jadi jika anda seorang pemain yang gemar sesi dungeon crawling dan pertempuran turn-based bergaya dari Persona 3 Reload, maka Episode Aigis: The Answer tidak mengecewakan.

Kredit: ©ATLUS. ©SEGA.

Ini juga berkaitan dengan tahap kesukaran. Ia tidak “sebrutal” versi lama The Answer, tetapi saya merasakan ada lebih banyak intensiti dalam pertempuran walaupun ketika menghadapi musuh biasa.

Walaupun boleh mengakses Persona Compendium, ia tidak benar-benar menjadikan watak kita overpowered, dan ini disebabkan oleh beberapa batasan yang saya bincangkan sebelum ini, termasuk semua level watak yang diset semula kepada 25.

Kredit: ©ATLUS. ©SEGA.

Tahap kesukaran merupakan salah satu aduan yang sering dibangkitkan oleh peminat veteran, terutamanya dari segi pelaksanaan mekanik Theurgy yang overpowered. Jadi perubahan yang dibawa oleh Episode Aigis: The Answer ternyata lebih memuaskan, dan pada masa yang sama masih memastikan bahawa pemain baharu dapat menyesuaikan diri dengan cabaran yang semakin meningkat.

Selebihnya, mekanik pertempuran tidak banyak berubah, jadi bagi anda yang ingin tahu tentang bahagian ini, boleh melihat reviu Persona 3 Reload kami.

Kredit: ©ATLUS. ©SEGA.

Mungkin perbezaan terbesar ialah anda kini mengawal Aigis sebagai protagonis. Dari segi penerokaan dungeon, Aigis boleh menyerang dengan senjata api dari jarak jauh, yang memberikan kelebihan apabila ingin menyerang musuh dengan lebih selamat. Semasa dalam pertempuran, Aigis boleh menggunakan lebih daripada satu Persona berkat kuasa Wild Card.

Ini secara automatik menjadikannya watak paling fleksibel dan penting dalam pasukan, terutamanya kerana dia juga mendapat akses kepada set Fusion Spell/Theurgy baharu yang tidak wujud dalam game asal.

Kredit: ©ATLUS. ©SEGA.

Satu lagi perubahan yang anda akan perasan tentang Aigis ialah dia tidak lagi mempunyai akses kepada Orgia Mode, kuasa Theurgy khas yang bergantung pada kekuatan semula jadi Aigis sebagai android. Kekurangan ini sekurang-kurangnya telah ditampung dengan kehadiran Metis sebagai ahli pasukan baharu yang boleh menggunakan Orgia Mode.

Metis sendiri adalah ahli pasukan yang agak kuat terutamanya dalam bahagian awal epilog, kerana dia mempunyai akses kepada beberapa skil yang kuat serta magic elemen level 2 seperti Bufula, dan ini sangat berguna di dungeon awal Abyss of Time kerana terdapat banyak shadow yang lemah terhadap elemen ais.

Apa Lagi Yang Ada?

Kredit: ©ATLUS. ©SEGA.

Untuk menambahkan lagi daya tarikan Episode Aigis: The Answer, Atlus telah menambah pelbagai kandungan baharu yang tidak ada dalam bahagian epilog sebelumnya. Salah satu yang anda mungkin sudah tahu kerana mereka mempromosikannya dengan kuat ialah kehadiran Joker dari Persona 5 sebagai pertarungan boss.

Saya hanya sempat mencuba pertarungan ini beberapa kali dan ternyata Joker adalah musuh yang sangat sukar untuk dikalahkan.

Kredit: ©ATLUS. ©SEGA.

Sama seperti bertarung dengan Elizabeth, akan ada banyak batasan yang perlu diberi perhatian dan memerlukan strategi berkesan untuk mengalahkannya dalam maksimum 20 pusingan (jika anda melebihinya, Joker akan memusnahkan keseluruhan pasukan).

Tetapi perbezaannya ialah saya rasa Joker berada pada level lebih tinggi daripada Elizabeth dan mungkin adalah pertarungan boss yang paling brutal dalam sejarah francais Persona. Saya sendiri bermain pada tahap Hard, jadi anda boleh bayangkan betapa mencabarnya pertarungan ini bagi mereka yang ingin bermain Episode Aigis: The Answer pada mode Heartless.

Kredit: ©ATLUS. ©SEGA.

Terdapat pelbagai perubahan penting lain yang dibawa masuk seperti acara hangout tambahan dengan rakan sepasukan ketika berehat dari pertempuran, abiliti khas untuk Aigis seperti kemahiran ambush musuh, dan permintaan dari Elizabeth untuk mendapatkan banyak ganjaran tambahan.

Tiada satu pun daripada perubahan/tambahan dan kandungan baharu ini yang mengecewakan saya, malah ia memaksimumkan pengalaman dengan ketara berbanding versi lama The Answer.

Kredit: ©ATLUS. ©SEGA.

Kami juga ingin memuji semua lagu baru yang Atlus telah susun, terutamanya muzik oleh Lotus Juice dan Azumi Takahashi. Tiada satu pun yang mengecewakan, dan kami sangat suka dengan penambahan terbaru kepada lagu tema pertempuran ketika ambush musuh yang bertajuk “Don’t”.

Pendapat

Kredit: ©ATLUS. ©SEGA.

Serupa dengan apa yang Atlus tawarkan melalui Persona 3 Reload, kami rasa mereka juga telah melakukan yang terbaik untuk menyempurnakan bahagian epilog melalui Episode Aigis: The Answer.

Walaupun masih ada beberapa kelemahan penting, terutamanya dari aspek cerita yang tidak dapat dibincangkan kerana spoiler, mereka telah menjadikan The Answer lebih menyeronokkan untuk dimainkan berbanding sebelum ini, terutamanya dalam bahagian pertempuran.

Kredit: ©ATLUS. ©SEGA.

Namun, kami rasa agak sukar untuk mengesyorkan 100%, walaupun kepada pemain tegar Persona 3 Reload, kerana Episode Aigis: The Answer dipasarkan dalam bundle expansion pass. sedangkan ia lebih sesuai sebagai DLC berasingan.

Nasib baik, ini bukan masalah bagi pelanggan Xbox Game Pass Ultimate kerana mereka boleh mengakses expansion pass secara percuma. Tetapi jika anda tidak kisah untuk keluarkan duit, dapatkan sahaja game ini kerana ia adalah tambahan yang sangat-sangat berbaloi.

Episode Aigis: The Answer kini tersedia untuk Persona 3 Reload Expansion Pass Wave 3. Anda boleh dapatkan DLC ini di Xbox Series X|S, Xbox One, Windows, PlayStation 5, PlayStation 4, dan Steam. Klik SINI untuk maklumat lanjut.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy

The Review

Persona 3 Reload Episode Aigis: The Answer

8 Score

Serupa dengan apa yang Atlus tawarkan melalui Persona 3 Reload, kami rasa mereka juga telah melakukan yang terbaik untuk menyempurnakan bahagian epilog melalui Episode Aigis: The Answer. Walaupun masih ada beberapa kelemahan penting, terutamanya dari aspek cerita yang tidak dapat dibincangkan kerana spoiler, mereka telah menjadikan The Answer lebih menyeronokkan untuk dimainkan berbanding sebelum ini, terutamanya dalam bahagian pertempuran.

PROS

  • Membawa kesimpulan kisah yang sangat penting selepas pengakhiran Persona 3 Reload
  • Bahagian pertempuran lebih mantap dengan peningkatan tahap kesukaran
  • Banyak ciri tambahan dan pembaharuan penting
  • Pelbagai muzik dan lagu original baru

CONS

  • Kesimpulan kisah kurang memuaskan berbanding pengakhiran asal, kerana meninggalkan persoalan besar yang masih belum dijawab sehingga kini (dan mungkin tidak akan dijawab)
  • Bahagian dungeon crawling dan pertempuran boleh membawa kepada pengalaman yang berulang-ulang

Review Breakdown

  • Rating 0
Tags: Persona 3 Reload Episode Aigis: The Answerreviu
ShareTweetSend
Previous Post

[TGS24] Previu JDM: Japanese Drift Master – Menguji Kemahiran Lumba Kami!

Next Post

Panduan MSI Untuk Memilih Laptop AI – Alat Terbaik untuk Era Komputasi!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

SHINOBI: Art of Vengeance – Pengalaman Aksi Ninja Dibuatnya Sepenuhnya Dengan Lukisan Tangan
Berita

SHINOBI: Art of Vengeance – Pengalaman Aksi Ninja Dibuatnya Sepenuhnya Dengan Lukisan Tangan

May 16, 2025
Civilization: Eras & Allies Catat Lebih 1.2 Juta Pra-Pendaftaran Sebelum Pelancaran
Berita

Civilization: Eras & Allies Catat Lebih 1.2 Juta Pra-Pendaftaran Sebelum Pelancaran

May 16, 2025
Konsert Stardew Valley: Festival of Seasons Bakal Memukau Malaysia Dengan Persembahan Muzikal
Konsert

Konsert Stardew Valley: Festival of Seasons Bakal Memukau Malaysia Dengan Persembahan Muzikal

May 16, 2025
Next Post
Panduan MSI Untuk Memilih Laptop AI – Alat Terbaik untuk Era Komputasi!

Panduan MSI Untuk Memilih Laptop AI - Alat Terbaik untuk Era Komputasi!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime Sakamoto Days Part 2 Akan Ditayangkan Julai 2025, Trailer Baru Diperkenalkan
Anime

Anime Sakamoto Days Part 2 Akan Ditayangkan Julai 2025, Trailer Baru Diperkenalkan

May 14, 2025
Siapakah Ibu Anime Terbaik? Ini Pilihan Peminat Jepun Sempena Hari Ibu!
Anime

Siapakah Ibu Anime Terbaik? Ini Pilihan Peminat Jepun Sempena Hari Ibu!

May 12, 2025
Under 18 x KLEPET – Kolaborasi Komik Terbaru Gempak Starz & Filem Lokal
Tempatan

Under 18 x KLEPET – Kolaborasi Komik Terbaru Gempak Starz & Filem Lokal

May 12, 2025
DAN DA DAN: Evil Eye Akan Tayang di Pawagam Malaysia – Tarikh, Sinopsis & Bonus Eksklusif
Anime

DAN DA DAN: Evil Eye Akan Tayang di Pawagam Malaysia – Tarikh, Sinopsis & Bonus Eksklusif

May 9, 2025
Goblin Slayer Ⅱ & BrownDust2 Bergabung Dalam Kolaborasi Fantasi Anime!
Berita

Goblin Slayer Ⅱ & BrownDust2 Bergabung Dalam Kolaborasi Fantasi Anime!

May 8, 2025
‘Nintama Rantaro: Invincible Master of the Dokutake Ninja’ Tayang di Malaysia 22 Mei Ini!
Anime

‘Nintama Rantaro: Invincible Master of the Dokutake Ninja’ Tayang di Malaysia 22 Mei Ini!

May 8, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd