Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Reviu MSI Stealth 18 Mercedes-AMG Motorsport – Prestasi Sepantasi Kereta Lumba!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 14, 2024
in Artikel, Berita, Komputer, Laptop, Review, Review Produk, Teknologi
0 0
0
Reviu MSI Stealth 18 Mercedes-AMG Motorsport – Prestasi Sepantasi Kereta Lumba!
Share on FacebookShare on Twitter

Tahun lepas, MSI menjadi rakan kongsi rasmi bagi jenama kereta mewah berprestasi tinggi terkenal dunia Mercedes-AMG, lalu melancarkan laptop berjenama pertama Stealth 16 Mercedes-AMG Motorsport. Untuk meraikan ulang tahun mereka selama setahun, kedua-dua jenama sekali lagi bekerjasama untuk melancarkan laptop berjenama baharu MSI Stealth 18 Mercedes-AMG Motorsport, direka khusus untuk para gamer yang inginkan berprestasi tinggi.

Walaupun dapat melihat laptop ini di Computex Taipei 2024, baru-baru ini MSI memberi peluang kepada kami untuk menguji MSI Stealth 18 Mercedes-AMG Motorsport edisi terhad secara langsung bagi melihat prestasinya dengan mata sendiri. Sejauh manakah laptop premium ini boleh pergi? Ayuh kita lihat dalam reviu kami untuk MSI Stealth 18 Mercedes-AMG Motorsport!

Reka Bentuk

Kredit: Digital Braves

Pendapat pertama, saya dapat melihat kombinasi Stealth 18 Mercedes-AMG Motorsport yang terdiri daripada teknologi MSI dan kemewahan Mercedes-AMG, di mana reka bentuknya mencerminkan ciri dinamik dan unik sebuah kereta lumba.

Dengan berat 2.85 kg dan ukuran tebal hanya 19.9 mm, laptop ini menampilkan bentuk hitam matte yang anggun dengan kemasan cermin MSI dan logo Mercedes-AMG Motorsport di bahagian penutup. Casis diperbuat daripada bahan aloi magnesium-aluminium, yang mengekalkan gaya minimalis daripada siri Stealth sambil mengelak daripada kesan cap jari.

Reka bentuk ini termasuk lencana logam ikonik di bahagian bawah, serta logo Mercedes-AMG Motorsport pada bahagian belakang, bezel skrin dan juga di bahagian bawah.

Kredit: Digital Braves

Stealth 18 Mercedes-AMG Motorsport dilengkapi dengan pelbagai port I/O komprehensif, termasuk 1x USB 3.2 Gen 2 Type-C, 1x Thunderbolt 4 Type-C, 2x USB 3.2 Gen 2 Type-A, 1x HDMI 2.1, 1x SD pembaca kad, 1x port Ethernet RJ-45 dan 1x bicu audio 3.5 mm.

Bahagian belakang menampilkan aksen bercorak ala berlian AMG dan ruang ventilasi yang diinspirasikan oleh ruang udara automotif, yang meningkatkan lagi penampilan bergaya laptop tersebut.

Keyboard dan Touchpad

Model ini termasuk keyboard RGB bersaiz penuh dan keypad nombor berasingan. Disebabkan saiz 18-inci yang besar, kekunci berangka direka supaya mempunyai saiz yang sama dengan kekunci utama, untuk memastikan pengalaman menaip yang konsisten dan mengurangkan isu tekan yang tidak disengajakan.

Butang kuasa, direka untuk menyerupai butang mula enjin kereta, menambah lagi elemen penjenamaan Mercedes-AMG yang unik, manakala kekunci anak panah AWSD direka khas dengan tekstur ala kaca untuk memberikan daya ketahanan tambahan dan rupa tersendiri.

Kredit: Digital Braves

Sebagai tambahan, sejenis jalur lampu telah ditambah di sepanjang keyboard dan tapak tangan, yang akan menyala dengan cahaya biru apabila dihidupkan, lantas memberi rupa lebih bergaya apabila sesi gaming waktu malam. Supaya dapat mengurangkan kesan impak semasa menutup laptop, pelapik getah merah turut ditambah di atas dan di sekeliling keyboard.

Ke bahagian touchpad, pendapat pertama adalah rekaan lebih besar daripada biasa, dan cukup responsif untuk pelbagai ‘gesture’ dengan sensor cap jari di bahagian kanan atas. Kawasan touchpad yang luas juga meningkatkan produktiviti, manakala butang Co-Pilot membolehkan akses satu-sentuhan kepada pembantu AI.

Paparan dan Audio

Kredit: Digital Braves

Stealth 18 Mercedes-AMG Motorsport menampilkan paparan IPS LED Mini 18-inci, resolusi UHD+ 3840 x 2400, kadar refresh rate 120Hz, aspek ratio 16:10, pensijilan VESA DisplayHDR 1000, dan liputan gamut warna 100% DCI-P3.

Paparan berkualiti tinggi ini, digabungkan dengan prestasi berkuasa, membawa pengalaman gaming ke tahap yang baharu, dan merupakan idaman bagi setiap gamer serta cukup untuk urusan kreatif.

Kredit: Digital Braves

Sistem audio, yang dibangunkan oleh Dynaudio, termasuk dua pembesar suara julat penuh 2W dan empat subwufer 2W untuk bunyi yang mengasyikkan. Cukup bagus dan imersif untuk menonton apa-apa video atau filem, saya juga berpuas hati apabila bermain game tanpa headset.

Cuma, apabila bermain game yang memerlukan audio tepat, saya sarankan agar kamu memakai earphone atau headset.

Selain itu, peranti mempunyai penutur kamera untuk kamera web IR FHD yang memastikan perlindungan privasi.

Bateri dan Sistem Penyejukan

Kredit: Digital Braves

Ke topik bateri, Stealth 18 Mercedes-AMG Motorsport dilengkapi dengan bateri 99.9Wh berkapasiti tinggi, untuk memberikan jangka hayat bateri lanjutan. Malangnya, perkakasan di dalam peranti dan grafik resolusi tinggi memerlukan kuasa yang tinggi, jadi bateri masih akan cepat habis.

Cuma, saya cukup yakin untuk membawa laptop ini bagi urusan kerja kerana bateri cukup tahan lama dan mampu bertahan sehingga sehari jika tidak membuka apa-apa aplikasi yang intensif di latar belakang.

Kredit: Digital Braves

Semasa mengkaji Stealth 18 Mercedes-AMG Motorsport, saya mendapat tahu bahawa bahagian bawah laptop menampilkan lencana logam dengan tandatangan CEO MSI dan AMG. Ini merupakan bonus besar yang menunjukkan lagi betapa eksklusifnya laptop tersebut.

Kredit: Digital Braves

Kembali ke topik asal, sistem penyejukan pun sama pentingnya dengan perkakasan. MSI Stealth 18 Mercedes-AMG Motorsport mempunyai sistem penyejukan Vapor Chamber Cooler, yang menguruskan haba semasa beban kerja yang tinggi, untuk mengelakkan sistem atau perisian daripada ‘crash’ akibat terlalu panas.

Walaupun menjalankan game resolusi tinggi di tetapan maksimum, laptop berjaya mengekalkan suhu haba yang sangat baik, tidak langsung panas dan selesa untuk disentuh. Namun, kipas serta merta akan berbunyi seperti kereta lumba sebenar apabila beroperasi di bawah beban yang berat.

Prestasi dan Ujian Gaming

Kredit: Digital Braves

Stealth 18 Mercedes-AMG Motorsport bukan sahaja memancarkan gaya unik, tetapi juga cemerlang dalam prestasi. Dilengkapi dengan pemproses Intel Core Ultra 9 185H dan GPU NVIDIA GeForce RTX 4080, ia menawarkan keupayaan pengkomputeran dan grafik yang mantap, dapat memenuhi permintaan aplikasi AI moden dan game AAA.

Di dalam MSI Center, anda boleh mengaktifkan mode MSI AI Engine atau Sport mode melalui interface khusus untuk menolak had peranti ke maksimum dengan bijak.

Selepas menjalankan beberapa ujian penanda aras, Stealth 18 Mercedes-AMG Motorsport menunjukkan prestasi cemerlang di kedua-dua ujian PCMark dan 3DMark, mengukuhkan reputasinya sebagai laptop premium.

Dalam ujian PCMark 10, ia mencapai skor mengagumkan sebanyak 4,890, menyerlahkan keupayaan dalam tugas harian, produktiviti dan penciptaan kandungan digital. Selain itu, kehebatan juga menyerlah dalam ujian 3DMark, di mana ia memperoleh markah 9,078. Skor ini menekankan keupayaannya yang cemerlang dalam urusan gaming dan aplikasi intensif grafik.

Tidak boleh dipertikaikan, sudah tentu Stealth 18 Mercedes-AMG Motorsport juga amat dalam gaming. Kami menguji tiga game: Ghost of Tsushima, Tekken 8, dan Apex Legends.

Kredit: Digital Braves

Dalam Ghost of Tsushima, sama ada semasa adegan pertempuran sengit atau meneroka dunia permainan yang luas, frame rate kekal antara 80-100 FPS, memastikan visual yang lancar dan responsif untuk pengalaman yang sangat baik.

Kredit: Digital Braves

Untuk Tekken 8, pengalaman gameplay sangat lancar. Bagi game yang memerlukan input yang tepat pada masa yang singkat untuk kombo, laptop ini dapat mengendalikan segala-galanya dengan mudah tanpa sebarang lag. Framerate kekal antara 60FPS dan 70FPS, memastikan setiap pergerakan responsif.

Kredit: Digital Braves

Dalam Apex Legends, walaupun dalam senario team fight sengit, framerate kekal stabil tanpa sebarang drop, di mana framerate kekal tinggi antara100-110FPS. Dalam situasi tekanan, pemain boleh menembak atau bertindak balas kepada serangan musuh dengan tepat dan pantas.

Secara keseluruhan, Stealth 18 Mercedes-AMG Motorsport cemerlang dalam kedua-dua ujian prestasi dan situasi gaming sebenar, memenuhi permintaan tinggi untuk tugas intensif dan pengalaman gaming AAA pada grafik maksimum.

Pendapat

Kredit: Digital Braves

Secara ringkas, MSI Stealth 18 Mercedes-AMG Motorsport menonjol dengan prestasi dan rekaan bentuk yang minimalis, tapi cukup garang sebagai gamer. Menggabungkan teknologi MSI dengan konsep mewah Mercedes-AMG, ia mempamerkan dinamik seperti kereta lumba sebenar dengan gaya unik.

Walaupun laptop luar biasa ini mempunyai harga yang sangat-sangat premium, spesifikasi dan reka bentuknya yang cemerlang mencerminkan status peranti tersebut. Tetapi, saya rasa masih ada ruang untuk penambahbaikan daripada segi jangka hayat bateri.

Kredit: Digital Braves

Berbanding dengan siri MSI Titan 18 HX dan Raider 18 HX yang juga fokus pada gaming, Stealth 18 bukan sahaja mengekalkan prestasi high-end tetapi juga menampilkan profil yang lebih nipis, menjadikannya sesuai untuk para pencipta profesional dan juga gamer.

Sistem penyejukan dan kawalan haba yang cekap turut meningkatkan lagi pengalaman pengguna secara keseluruhan, menjadikan peranti ini sangat mengagumkan walaupun di bawah tekanan berat.

Kredit: Digital Braves

Jika berminat, MSI Stealth 18 Mercedes-AMG Motorsport boleh diberi pada harga RM18,999. Malah, sesiapa yang membeli laptop edisi terhad ini juga akan menerima model kereta replika MSI Mercedes-AMG Motorsport berukuran 1:18 . Kuantiti adalah terhad, jadi siapa cepat dia dapat.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi di SINI.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: MSI Stealth 18 Mercedes-AMG Motorsportreviu
ShareTweetSend
Previous Post

Lelaki Arab Saudi Pecah Rekod Dunia, 444 Konsol Gaming Disambungkan Ke Satu TV!

Next Post

Previu Visions of Mana – Upgrade Di Hampir Semua Aspek!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Previu Visions of Mana – Upgrade Di Hampir Semua Aspek!

Previu Visions of Mana - Upgrade Di Hampir Semua Aspek!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd