Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Reviu Gundam Breaker 4 – Batasan Membina Gunpla Hanyalah Imaginasi Anda!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 27, 2024
in Action, Artikel, Berita, Game Review, PC, PS4, PS5, Review, Steam
0 0
0
Reviu Gundam Breaker 4 – Batasan Membina Gunpla Hanyalah Imaginasi Anda!
Share on FacebookShare on Twitter

Francais Gundam telah menghasilkan pelbagai jenis game selama bertahun-tahun, daripada genre aksi dan shooter hingga ke strategi taktikal. Namun cita-cita setiap peminat masih sama, di mana semua orang mencari game yang dapat merealisasikan impian “memandu Mobile Suit kegemaran”. Memperkenalkan Gundam Breaker 4, yang sepatutnya dapat membantu merealisasikan impian tersebut.

Gundam Breaker berbeza daripada game Gundam yang lain kerana berdasarkan tema membina model Gunpla, yang merupakan hobi popular di seluruh dunia. Pemain digalakkan mencipta Mobile Suit sendiri, menggunakan pelbagai bahagian yang dikumpul selepas mengalahkan Mobile Suit lain. Bukan setakat memberi sensasi aksi yang fast-paced, anda juga boleh membina Mobile Suit unik mengikut citarasa peribadi. Itulah matlamat game ini.

Kami diberi peluang untuk reviu Gundam Breaker 4 untuk melihat sama ada ia dapat menyokong dakwaan ini? Untuk tahu hasilnya, teruskan membaca.

Story Mode 

Secara am, Gundam Breaker ialah siri game yang memfokuskan pada customization dan pertarungan Gunpla (model kit), jadi ia bukan game yang menceritakan konflik serius antara Mobile Suit seperti yang dilihat dalam anime. Sebaliknya, ia boleh dianggap sebagai perayaan, atau tempat berkumpul peminat Gundam.

Kredit: Bandai Namco Entertainment

Pengembaraan anda akan bermula dalam Story Mode, yang merupakan mode awal sebelum anda mendapatkan akses kepada lebih banyak kandungan dan ciri baharu. Game ini mempunyai ‘pacing’ yang agak pantas di mana banyak maklumat diberikan dalam masa yang singkat, jadi ia boleh menjadi agak menakutkan bagi pemain baru, terutamanya berkaitan aspek Gunpla customization yang akan saya bincangkan nanti.

Kredit: Bandai Namco Entertainment

Namun kerana pacing yang pantas ini, anda boleh mendapat akses dengan pantas kepada ciri baharu seperti Synthesize, yang berguna untuk meningkatkan Level/Kekuatan Part (Bahagian Ganti) untuk setiap Gunpla, serta Rarity, yang boleh ditingkatkan melalui Evolve untuk memberikan slot tambahan kepada buff tambahan di setiap bahagian ganti.

Kredit: Bandai Namco Entertainment

Kedua-dua ciri utama ini memaksimumkan keupayaan Gunpla anda sepenuhnya dan diakses seawal bab empat dalam Story Mode, manakala lebih banyak sistem akan diperkenalkan selepas itu. Melengkapkan Story Mode hanyalah permulaan, kerana pemain Gundam Breaker tidak akan berhenti memburu bahagian ganti untuk membina Gunpla impian.

Ini tidak termasuk aktiviti menyeronokkan lain seperti menyelesaikan misi dengan dalam Mode Multiplayer (yang menyokong sehingga tiga pemain). Malangnya, saya tidak boleh memberi komen tentang Mode Multiplayer kerana saya tidak dapat mencuba mode itu.

Struktur Misi

Kredit: Bandai Namco Entertainment

Selain pemilihan misi dalam Story Mode, game ini juga memberi akses kepada ‘Side Mission’ istimewa seperti Bounty, masing-masing dengan objektif tertentu. Sebelum memulakan setiap misi, anda boleh membuat persediaan. Setiap misi akan memfokuskan pada pertempuran sengit antara Mobile Suit yang kadangkala turut melibatkan Perfect Grade (PG) sebagai bos utama.

Setiap PG dipilih daripada Mobile Suit paling ikonik daripada francais dan memiliki rupa yang sangat besar dan lebih menakutkan berbanding Gunpla tipikal anda.

Kredit: Bandai Namco Entertainment

Walau bagaimanapun, cabaran terbesar semasa menyelesaikan setiap misi ialah memastikan anda boleh mencapai S-Rank. Perbezaan antara mendapat A dan S-Rank sangat drastik terutamanya dari segi bahagian ganti (Part) dan barang berguna lain yang boleh diperolehi. Kriteria untuk mencapai S-Rank biasanya bergantung pada “betapa pantas anda boleh menyelesaikan misi atau berapa banyak bahagian musuh yang dimusnahkan.”

Seperti tajuknya, memusnahkan bahagian Gunpla memberikan kesan yang penting, di mana anda dan musuh boleh kehilangan senjata dan gerakan istimewa.

Sistem Pertempuran

Dari segi pertempuran, Gundam Breaker 4 tidak menampilkan terlalu banyak perubahan berbanding entri-entri dahulu. Game ini masih padat dengan aksi hack dan slash, di mana anda boleh melakukan manuver pantas melalui ‘boost’ dan mempunyai akses kepada dua jenis skil, EX dan OP. Perbezaan antara kedua-dua skil ini adalah fungsi masing-masing dalam situasi khas.

Sebagai contoh, skil EX lebih berguna untuk melancarkan serangan dengan damage tinggi atau support, manakala skil OP mempunyai kegunaan lebih khusus yang juga bergantung pada setiap bahagian Gunpla. Selain itu, anda boleh mendapatkan akses kepada 8 skil OP berbeza manakala skil EX terhad kepada 4.

Kredit: Bandai Namco Entertainment

Disebabkan pengaruh yang besar berdasarkan customization Gunpla, pemain benar-benar perlu lebih selektif semasa membina mecha mereka daripada menumpukan pada fesyen. Selepas mendapat build yang betul, anda juga perlu meningkatkan level setiap Part untuk mengukuhkan efek skil. Memahami potensi setiap skil memerlukan banyak masa, tetapi lama-kelamaan anda akan faham bahawa game ini memberikan kebebasan mutlak untuk membina gaya pertempuran unik setiap pemain.

Ini adalah salah satu faktor utama mengapa game ini mempunyai unsur ‘replayability’ yang begitu kuat, kerana anda tidak akan kehabisan bahan untuk mencipta Mobile Suit dan gaya permainan baharu.

Kredit: Bandai Namco Entertainment

Walaupun masih terasa sama seperti entri dahulu, pertempuran Gundam Breaker 4 telah menerima rombakan baharu menerusi pengenalan senjata dual-wielding. Saya boleh katakan bahawa ini adalah komponen yang sangat diperlukan, untuk memberi lebih banyak variasi kepada gaya tempur yang boleh direalisasikan dengan macam-macam kombinasi senjata. Sistem dual-wielding, bagi saya, agak solid dan memberikan lebih banyak kombo baharu.

Kredit: Bandai Namco Entertainment

Secara keseluruhan, saya rasa peminat veteran tidak akan mempunyai banyak aduan dan boleh menyesuaikan diri dengan selesa. Cuma, Gundam Breaker 4 masih terasa terlalu ‘konservatif.’

Ia tidak menimbulkan rasa sensasi baharu semasa bertarung, jadi sistem pertempurannya masih terasa agak “ketinggalan zaman” terutamanya jika dibandingkan dengan game mecha yang lebih moden. Salah satu contoh ialah Armored Core VI Fires of Rubicon, yang lebih memuaskan dari segi kawalan dan intensiti pertarungan.

Aspek Customization

Kredit: Bandai Namco Entertainment

Sebagai siri yang memfokuskan kepada membina Gunpla impian anda, banyak perhatian diberi kepada sistem customization, yang telah menerima rombakan yang begitu besar. Selain daripada menyediakan lebih banyak Base Kit berbanding mana-mana game Gundam Breaker, pemain juga boleh customize 11 bahagian utama termasuk pelbagai pilihan Builder Part optional.

Bukan sekadar peningkatan kuantiti, ini memberikan kebebasan tidak terhad untuk pemain mengubahsuai Gunpla mengikut imaginasi mereka. Sekurang-kurangnya untuk bahagian ini, saya boleh kata bahawa Gundam Breaker 4 mempunyai sistem customization paling kompleks dan lengkap daripada mana-mana game mecha.

Kredit: Bandai Namco Entertainment

Kini pemain boleh berasa lebih bermotivasi dengan fitur Diorama Mode untuk menghargai Gunpla mereka. Terdapat begitu banyak pilihan customization untuk mencipta set foto yang dramatik, dan untuk menjadikan fitur ini lebih relevan kepada komuniti, terdapat juga acara In-Game Photo di mana pemain boleh mempamerkan ciptaan mereka antara satu sama lain.

Kredit: Bandai Namco Entertainment

Bukan itu sahaja, Gunpla anda malah boleh digunakan sebagai avatar di lobi utama. Jadi sekuel ini lebih memfokuskan untuk pemain mempamerkan Gunpla dan bakat mereka, yang juga boleh menyumbang kepada interaksi komuniti yang lebih kukuh.

Pendapat

Daripada reviu ini, pasti ramai yang anggap Gundam Breaker 4 adalah game yang sangat-sangat solid. Sekurang-kurangnya dari pengalaman saya, entri baharu ini menampilkan lebih banyak kualiti tinggi dan ciri-ciri baharu yang layak dipuji.

Cuma saya tidak dapat menafikan bahawa dari segi visual dan sensasi pertempuran, Gundam Breaker 4 masih terasa “ketinggalan zaman.” Ini mungkin bukan masalah bagi peminat lama, tetapi bagi mereka yang kerap bermain game mecha terbaru yang lebih seronok, anda mungkin akan rasa ia terlalu tipikal.

Kredit: Bandai Namco Entertainment

Namuin, Gundam Breaker 4 masih mempunyai daya tarikan tersendiri yang saya anggap masih tepat dengan jangkaan peminat setia. Sebagai contoh, sistem customization sangat kompleks, bukan sahaja dari kuantiti bahagian, tetapi juga sejauh mana pemain boleh mencipta Gunpla dengan reka bentuk mengikut batas imaginasi.

Saya tidak yakin sepenuhnya jika ini adalah game mecha yang boleh disyorkan kepada pemain baharu, tetapi peminat veteran Gundam Breaker boleh bergembira, kerana ini adalah entri yang paling mantap dalam siri.

Kredit: Bandai Namco Entertainment

Bagi mereka yang berminat, Gundam Breaker 4 akan dilancarkan pada 29 Ogos 2024 dan kini tersedia untuk pre-order di Nintendo Switch, PlayStation 5, PlayStation 4 dan PC melalui Steam melalui laman web rasmi.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy

The Review

Gundam Breaker 4

7 Score

Gundam Breaker 4 masih mempunyai daya tarikan tersendiri yang saya anggap masih tepat dengan jangkaan peminat setia. Sebagai contoh, sistem customization sangat kompleks, bukan sahaja dari kuantiti bahagian, tetapi juga sejauh mana pemain boleh mencipta Gunpla dengan reka bentuk mengikut batas imaginasi. Saya tidak yakin sepenuhnya jika ini adalah game mecha yang boleh disyorkan kepada pemain baharu, tetapi peminat veteran Gundam Breaker boleh bergembira, kerana ini adalah entri yang paling mantap dalam siri.

PROS

  • Banyak peningkatan yang berkualiti
  • Unsur replayability tinggi, anda boleh bermain selama-lamanya
  • Customization Gunpla yang sangat kompleks

CONS

  • Story Mode yang lemah
  • Visual dan gameplay masih "lapuk"
  • Lebih dinikmati peminat lama berbanding pemain baru

Review Breakdown

  • Rating 0
Tags: GUNDAM BREAKER 4reviu
ShareTweetSend
Previous Post

Jujutsu Kaisen: 10 Watak Kegemaran Menurut Peminat Jepun!

Next Post

Smartphone Terbaik Untuk Gaming Bawah RM1000 Pada 2024!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Smartphone Terbaik Untuk Gaming Bawah RM1000 Pada 2024!

Smartphone Terbaik Untuk Gaming Bawah RM1000 Pada 2024!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd