Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

[Review] Vanaris Tactics – Game Indie Hebat Yang Diinspirasikan Daripada Final Fantasy Tactics!

Maira by Maira
August 24, 2022
in Artikel, Berita, Game, Game Review, Review, RPG
0 0
0
[Review] Vanaris Tactics – Game Indie Hebat Yang Diinspirasikan Daripada Final Fantasy Tactics!
Share on FacebookShare on Twitter

Toge Productions, yang juga keluarkan game Coffee Talk telah pun menerbitkan satu lagi game terbaru iaitu Vanaris Tactics. Ia merupakan sebuah game taktikal RPG yang dibangunkan secara solo oleh Matheus Reis. Game ini sememangnya memberikan pengalaman bermain yang seronok dan boleh nampak inspirasinya daripada game Final Fantasy Tactics. Nak tahu best atau tidak game ini, jom kita teruskan dengan review Vanaris Tactics ini.

Gameplay Vanaris Tactics

Untuk sebuah game taktikal RPG, Vanaris Tactics boleh tahan juga gameplay-nya memandangkan ia diinspirasikan daripada game taktikal terkenal Square Enix, Final Fantasy Tactics. Tetapi ia tidaklah begitu mendalam seperti seperti FFT. Sejujurnya saya lebih suka game taktikal yang mudah untuk dimainkan. Cuma rancang elok-elok serangan anda yang seterusnya. Jangan sesekali serang musuh daripada sisi. Pastikan arah watak anda ditukar semasa mengakhiri pusingan anda dan dapatkan buff untuk defense watak anda.

Damage yang diberikan musuh juga tidaklah begitu berbahaya sehingga buatkan saya panik tidak tentu pasal. Sebab kebanyakan kritikal damage yang diberikan dalam game taktikal lain boleh menyebabkan watak kehilangan HP dengan begitu banyak kerana kritikal damage yang rawak. Jadi bolehlah main dengan sedikit santai.

Satu lagi perkara yang saya suka tentang Vanaris Tactics, ianya sebuah game yang mudah dimainkan. Pemain yang baru berjinak dalam genre Taktikal tidak akan rasa terbeban dengan sistemnya. Segalanya dipamerkan dengan mudah dalam menu dan dipelajari mengikut gaya tersendiri. Tetapi untuk orang yang suka pada Final Fantasy Tactics, mereka mungkin sedikit kecewa kerana tiada penyesuaian class dalam game indie ini.

Class yang pelbagai tetapi tidak boleh disesuaikan

Walaupun tiada sistem untuk mengubah class, Vanaris Tacics masih lagi mampu membuatkan setiap class yang tersedia unik dan hebat, terutamanya dengan set pertama yang diberikan. Dalam game ini tiada all-rounder class, jadi setiap unit sangat penting. Anda perlulah biasakan diri dengan kesemua pergerakan dan serangan unit sebelum mula berlawan. Jangan terus terjah sahaja.

Dengan menguasai setiap class dalam Vanaris Tactics, anda pasti boleh menang dalam pertempuran yang menunggu. Kadang-kadang ada sahaja level yang menguji pemahaman anda terhadap sistem game ini. Jadi kalau anda mampu memanfaatkan kesemua buff yang ada, berkemungkinan besar anda tidak akan mempunyai masalah sepanjang bermain.

Penceritaan yang menarik

Benda lain yang menarik tentang Vanaris Tactics ialah penceritaannya. Saya tidak mahu berikan spoiler sangat. Yang anda perlu tahu ialah game ini sangat laju dan menceritakan latar belakang watak dan tempat secara santai. Tiada satu pun yang rumit tentang perkara yang diceritakan. Senang cerita ia sangat “straightforward”.

Anda sebagai watak utama sedang melarikan diri bersama keluarga daripada kerajaan yang menindas rakyatnya. Lalu, anda telah rekrut ahli baru sepanjang perjalanan untuk menentang semula kerajaan tersebut. Setiap kawasan yang anda tuju juga hanya boleh dibuka mengikut kemajuan cerita. Jadi anda akan lebih terlibat dalam penceritaan game ini. Mungkin bagi anda ceritanya bunyi sedikit linear, tetapi anda boleh sahaja pergi semula ke kawasan yang telah dilawati semula. Ada juga beberapa member rahsia yang bersembunyi di kawasan tersebut.

Selain itu, ahli party jenis beast seperti Arus the Dog sangat berharga tetapi ia telah diimbangi dan tidak boleh dikawal oleh pemain sendiri. AI yang akan mengawal watak-watak ini.

Kesimpulan

Vanaris Tactics bagi saya memang menyeronokkan dan tidaklah begitu rumit untuk dimainkan seperti game taktikal lain seperti Triangle Strategy ataupun Final Fantasy Tactics. Ia juga game yang bagus untuk memperkenalkan genre ini kepada gamer baru.

Untuk peminat tegar game taktikal, mungkin akan kecewa sedikit kerana pelbagai ciri game ini “mudah”. Tetapi padanlah kerana ia dibangunkan seorang diri dan bukannya dalam sebuah pasukan. Memang cukup hebat untuk dapatkan sebuah game yang bagus seperti ini. Ia juga mempunyai watak-watak unik untuk dicuba tetapi tidaklah begitu banyak sampai berpuluh-puluh. Unit yang tersedia juga memberi peluang untuk anda rancang strategi dengan baik.

Kalau anda sendiri ingin mencuba Vanaris Tactics, anda boleh lawati halaman Steam atau GOG untuk membelinya. Kalau anda was-was, boleh sahaja bermain prologue game ini secara percuma. Kalau kena dengan cita rasa, bolehlah angkat terus.

Untuk membaca review lain daripada kami, boleh klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy

The Review

Vanaris Tactics

7 Score

PROS

  • Visual mantap
  • Pertempuran yang mudah dan menyeronokkan
  • Class watak yang berbeza

CONS

  • Tidak begitu mendalam seperti FF Tactics

Review Breakdown

  • Sebuah game indie taktikal RPG yang mudah untuk dimainkan 0
Tags: reviewVanaris Tactics
Previous Post

[gamescom 22] Gotham Knight kenalkan villain utama, kini tiba pada 21 Oktober 2022

Next Post

[Review] ASUS TUF Gaming F17 – Gabungan spesifikasi yang bernas & mampu milik!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
[Review] ASUS TUF Gaming F17 – Gabungan spesifikasi yang bernas & mampu milik!

[Review] ASUS TUF Gaming F17 - Gabungan spesifikasi yang bernas & mampu milik!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd