Sebelum dilancarkan d i seluruh dunia, Trinity Trigger telah pun dilancarkan pada 15 September 2022 di Jepun dan diikuti dengan versi seluruh dunia pada 25 April 2023. Game ini akan tersedia di Steam terlebih dahulu dan untuk versi PlayStation 5, PlayStation 4 dan Nintendo Switch akan dikeluarkan pada 16 Mei 2023.
Perjalanan Cerita

Pada zaman dahulu, Gods of Order dan Gods of Chaos saling mencabar satu sama lain untuk mendominasi dunia. Pertempuran epik ini tertumpah dari langit ke benua Trinitia, di mana senjata gergasi pejuang kekal sebagai monumen yang menjulang tinggi kepada kemusnahan yang berlaku.
Sebelum apa yang tinggal di mortal realm itu musnah dan tidak dapat diperbaiki, seorang “Warrior of the Gods” telah dipilih oleh setiap puak untuk bertarung atas nama mereka. Pada suatu hari, Cyan, seorang lelaki muda yang menjalani kehidupan yang tenang di sebuah kampung kecil, mendapati dia telah dipilih sebagai “Warrior of Chaos.”

Dibebani dengan takdir yang kejam, Cyan berangkat bersama Elise dan Zantis, dua sahabat yang terpaksa membimbingnya, dalam perjalanan untuk menyelamatkan dunia…dan menentang tuhan.
Melangkah ke dunia Trinity Trigger, game action RPG ini menggabungkan rupa dan rasa RPG ikonik tahun 90-an dengan penekanan moden pada pertempuran pantas dan boleh disesuaikan. Sebagai Cyan, seorang lelaki muda yang dibebani dengan jubah Warrior of Chaos dan pertembungan yang tidak dapat dielakkan dengan Warrior of Order sebagai proksi tuhan, pemain akan memulakan pengembaraan besar untuk menentang nasib dan menyelamatkan Trinitia.

Cyan dan rakannya Elise dan Zantis diiringi oleh makhluk aneh yang dikenali sebagai Triggers yang boleh berubah menjadi lapan jenis senjata, dan pemain boleh bertukar secara bebas antara tiga watak untuk melaksanakan strategi pertempuran solo, atau co-op sehingga dua orang pemain lain.
Gameplay

Anda akan memulakan game dengan cutscenes memberi anda petunjuk tentang rahsia identiti sebenar Cyan sebagai protagonis. Cyan adalah seorang remaja dengan mata merah yang luar biasa dan adik beradiknya mempunyai mata yang berwarna biru.
Apabila game bermula, anda bangun di bilik anda dan anda akan pergi bekerja dan mendapatkan sedikit wang untuk adik anda. Malangnya, kali ini anda akan bertemu dengan beberapa raksasa yang langsung tidak pernah jumpa.
Apabila anda hampir kalah dalam pertarungan, Trigger (makhluk hidup seperti dongeng) yang bernama Flamme akan muncul dan bertukar menjadi pedang untuk membantu anda dalam pertarungan. Dan ini adalah kali pertama anda bertemu dengan Trigger.

Selepas itu, Elise bersama Trigger akan datang ke rumah Cyan dan memberitahunya tentang identiti sebenar Cyan. Kemudian dia akan meminta Cyan meninggalkan bandar dan pergi mengembara bersamanya kerana nasibnya adalah untuk menyelamatkan dunia dan dia adalah “Warrior of Chaos”.
Dalam perjalanan, Cyan akan menghadapi banyak raksasa. Anda boleh membunuh raksasa untuk EXP dan mengumpul barang-barang yang jatuh daripada raksasa. Terdapat juga perkara yang anda boleh pukul/patahkan dalam game ini, seperti rumput, batu, pasu dan banyak lagi.
Saya akan mengesyorkan anda untuk “memecahkan” semua yang anda lihat kerana ia sentiasa menjatuhkan item yang anda perlukan. Terdapat juga kotak harta karun dan jumlah kotak harta karun akan ditunjukkan di dalam peta. Sesetengah daripada mereka sukar ditemui, dan mungkin mengambil sedikit masa untuk menjumpainya.
Pertempuran

Pertempuran Trinity Trigger agak mudah sebenarnya. Anda hanya mempunyai satu serangan biasa dan satu serangan khas. Anda juga boleh memilih pilihan lain bagi serangan biasa yang melakukan tindakan berbeza dengan kesan yang sedikit berbeza.
Kedua-dua serangan boleh dinaik taraf dengan menggunakan TP. Anda juga boleh menggunakan senjata dan perisai yang telah diambil, buat atau jatuh daripada raksasa untuk meningkatkan kuasa anda. Anda boleh menukar senjata dan menggunakan item pada bila-bila masa anda mahu, game akan berhenti seketika apabila pilihan pilihan muncul.

Setiap watak akan mempunyai senjata mereka masing-masing dan setiap serangan yang mereka lakukan juga berbeza. Jadi anda sebenarnya boleh menggunakan pelbagai jenis serangan termasuk serangan biasa dan serangan khas. Malangnya, hanya ada satu serangan khas yang boleh anda lakukan untuk setiap senjata dan saya rasa agak sedikit kecewa.
Game ini langsung tidak mempunyai “mana” dan setiap serangan yang anda lakukan hanya menghabiskan synchro gauge (seperti stamina). Namun, saya sarankan untuk anda berhati-hati semasa melakukan serangan kerana ia sangat mudah habis semasa dalam pertarungan. Damage yang anda lakukan juga akan berkurangan apabila synchro gauge tinggal kosong.

Walau bagaimanapun, Trinity Trigger hadir dengan beberapa cara untuk mengisi semula synchro gauge dengan cepat iaitu mengelak serangan musuh dengan masa yang tepat. Nasib baik, serangan khas tidak menghabiskan synchro gauge tetapi ia tidak banyak membantu kerana ia mempunyai “Cooldown” yang panjang.
Terdapat juga serangan “Ultimate” yang dipanggil Trinity Impact di mana tiga watak utama membuat serangan yang besarsekali gus memberikan damage yang tinggi kepada musuh. Anda boleh melakukan kemahiran berkuasa ini apabila gauge kuning di bahagian bawah sebelah kanan skrin anda penuh. Anda boleh mengisi gauge dengan menyerang bahagian lemah musuh atau mengambil damage.

Setiap raksasa mempunyai kelemahan. Anda boleh menyerang mereka dengan menggunakan senjata yang lebih berkesan terhadap raksasa itu. Manakala untuk bos pula, setiap datripada mereka akan mempunyai Shield Gauge mereka sendiri dengan kelemahan senjata juga. Anda hanya boleh menyebabkan damge kepada bos selepas Shield Gauge itu habis.
Setiap senjata akan mempunyai ciri dan fungsi yang berbeza. Sebagai contoh, beberapa batu besar hanya boleh dipecahkan oleh beberapa senjata tertentu. Beberapa senjata boleh digunakan untuk menyelesaikan teka-teki. Selain itu, setiap senjata yang berbeza akan mempunyai aura senjata yang berbeza yang memberikan bonus buff kepada pasukan.

Seperti yang saya katakan, jika synchro gauge habis, damage yang anda berikan sangatlah sedikit. Contohnya: serangan anda biasanya 100 damage, tetapi jika synchro gauge habis, anda hanya akan menyebabkan seperti 10 damage sahaja. Apa yang anda akan lakukan semasa pertempuran adalah memukul musuh dengan serangan kombo dan anda perlu melarikan diri atau menjauhi musuh untuk memulihkan synchro gauge.
Seterusnya, Trinity Trigger tidak memberikan “lock on” kepada musuh, jadi serangan anda akan terlepas dengan mudah terutamanya apabila anda menggunakan busur. Tambahan pula, serangan anda tidak akan mematahkan atau menghentikan tindakan musuh. Jadi, kebanyakan saya menerima damage dengan tidak sengaja semasa saya membuat serangan.

Kemudian kebanyakan masa saya mati adalah kerana setiap raksasa yang berbeza memukul saya pada masa yang sama seperti kombo dan saya tidak boleh berbuat apa-apa. Bagi saya, ini sangat menyusahkan kerana ia memperlahankan rentak game dan mengurangkan keseronokan pemain membunuh raksasa yang menghalang laluan mereka ke pengembaraan.
Satu-satunya sebab saya fikir mereka menggunakan sistem tempur mudah dalam game adalah kerana mode local co-op. Mungkin mereka ingin memudahkan pemain bermain semasa bermain dengan kawan atau keluarga dalam local co-op.
Grafik dan BGM

Seperti yang diberitahu oleh developer, Trinity Trigger adalah game yang menggabungkan rupa dan rasa RPG ikonik tahun 90-an dan bagi saya, game ini dapat mencipta semula rupa dan rasa JRPG gaya lama. Setiap watak dalam game dilukis dengan tangan dan ianya nampak sangat anggun.
Terdapat juga banyak adegan dan tempat yang indah ditunjukkan sepanjang game. Contohnya: Hoplard gunung salji, Lavaxia gunung berapi dengan lava merah dan biru dan banyak lagi. Secara keseluruhan tempat-tempat ini kelihatan meneyeronokkan. Walaupun masih terdapat pixel yang ditemui dalam game, saya sangat menikmatinya.

Terdapat juga cutscene animasi dalam game apabila peristiwa penting sedang berlaku. Cutscenes dibuat dengan baik seperti anime namun saya rasa ia terlalu sedikit dan sebenarnya tidak mencukupi untuk saya.
Bagi saya, BGM sangat penting dalam game JRPG. BGM dilakukan dengan baik oleh pasukan. Tempat yang berbeza akan mempunyai BGM yang berbeza. BGM sepadan dengan acara dan grafik dalam game.
Kesimpulan

Secara keseluruhan, Trinity Trigger tidaklah teruk dan tidaklah cemerlang sangat. Perjalanan cerita yang ditampilkan di dalam game ini sangat menarik dengan pembangunan persekitaran dan dunia gamenya yang sangat bagus. Tambah pula dengan BGM dan SFX yang dibuat dengan kemas, iadapat memberikan pengalaman bermain yang sangat menyeronokkan.
Walau bagaimanapun, gameplay yang ada dalam game ini tidaklah begitu istimewa, ia sama seperti JRPG biasa yang berada di pasaran. Bercakap, meneroka, bergaduh dan itu sahaja. Sistem pertempuran boleh diperbaiki dengan menambah lebih banyak gaya serangan, magic dan lain-lain atau pemain seperti saya akan mudah bosan kerana kurang keseronokan dalam pertempuran.
Memandangkan sistem pertempuran yang ditampilkan di dalam game ini tidak begitu rumit, saya boleh katakan yang ia sangat sesuai untuk sesiapa sahaja yang ingin mencuba genre JRPG. Jika ingin bermain dengan lebih seronok, anda juga boleh bermain bersama rakan atau keluarga kerana game ini mempunyai ciri-ciri local co-op.
Trinity Triger akan tersedia di PC melalui Steam pada 25 April 2023 dan akan dilancarkan di PlayStation 5, PlayStation 4 dan Nintendo Switch pada 16 Mei 2023.
Untuk mendapatkan lebih banyak review daripada kami, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post