Siri Tales merupakan satu antara siri JRPG paling popular di seluruh tetapi secara khusus, hari ini kita akan bercakap tentang Tales of Symphonia sahaja. Memandangkan game itu menghampiri ulang tahun ke-20, Bandai Namco membuat keputusan untuk mengeluarkan Tales of Symphonia Remastered bagi konsol generasi baharu.
Asalnya dikeluarkan pada tahun 2003, game ini merupakan salah satu JROG ikonik dalam sejarah dan mewakili hala tuju baharu untuk siri kerana menampilkan watak yang tidak dapat dilupakan, plot yang menarik dan grafik 3D serba baharu pada ketika itu. Adakah ia dapat mengekalkan kualiti yang kita jangakan! Teruskan membaca review ini.
Jalan cerita paling menarik dalam JRPG
Kita akan mengawal Lloyd Irving, seorang lelaki muda yang mengembara bersama rakan zaman kanak-kanaknya Colette dalam usaha untuk menyelamatkan Sylvarant, dunia yang perlahan-lahan merosot akibat daripada mana (tenaga) planet yang semakin berkurangan.
Satu bangsa yang dikenali sebagai Desian telah dipenjarakan oleh dewi Martel selepas menyerang dunia pada zaman dahulu dan malangnya, kurungan itu telah pecah kerana sumber mana yang berkurangan. Ini membenarkan bangsa Desian muncul semula dan menculik orang untuk digunakan sebagai buruh dan eksperimen kejam.
Hero kami kemudian disertai oleh ramai lagi watak unik termasuk rakan karibnya Genis, seorang askar upahan bernama Kratos, dan banyak lagi di dalam pengembaraan yang jauh lebih dahsyat daripada yang disangkakan.
Tanyalah mana-mana peminat siri Tales dan semua boleh menjawab Symphonia memiliki jalan cerita paling bagus dalam francais. Kisahnya bermula dengan simple, tetapi lama-kelamaan, banyak plot twist akan diperkenalkan untuk memastikan naratif sentiasa menarik. Kemunculan plot twist ini sangat penting kerana pemain harus mengambil masa sekurang-kurangnya 60 jam untuk menamatkan jalan cerita.
Tarikan utama Tales of Symphonia Remastered, seperti semua game Tales, adalah barisan watak utamanya. Setiap satu mempunyai sebab dan latar belakang unik demi menyokong Colette untuk memastikan dia dapat menyelamatkan dunia.
Cutscene sahaja tidak menceritakan kisah sebenar dan kemasukan ciri ‘Skit’ menyerlahkan lagi personaliti kompleks setiap watak. Bagi mereka yang tidak tahu, ‘Skit’ adalah perbualan pendek antara watak-watak dan merangkumi pelbagai topik seperti perkembangan plot, dilema/ kebimbangan watak dan lain-lain – untuk membuatkan kita lebih ‘memahami’ watak itu.
Disebabkan skit tidak makan masa dan sepenuhnya optional, ia memberi unsur jenaka dan keperibadian pada watak-watak.
Lakonan suara yang sangat bagus. Game ini menawarkan lakonan suara dalam bahasa Inggeris dan Jepun, tetapi saya paling suka lakonan Jepun kerana ia rasa lebih autentik di mana setiap suara sesuai dengan wataknya dan tidak kedengaran pelik.
Sistem pertempuran yang klasik
“Multi-Line Linear Motion Battle System” memacukan pertempuran di dalam game, dan membolehkan pemain mengawal satu watak manakala AI yang cekap mengawal seluruh parti.
Setiap watak menggunakan jenis senjata berbeza, dan masing-masing menawarkan pelbagai jenis gaya pertempuran. Gaya pertarungan ini dihebatlan lagi dengan penggunaan ‘Arts’, iaitu sihir atau teknik tempur unik.
Sepanjang bermain, saya anggap sistem pertempuran amat ‘straight-forward dan tidak terlalu susah. Menawarkan gabungan natural antara pertempuran 2D dan pergerakan 3D, sistem pertempuran ini sangat ikonik dan masih digunakan dalam entri terkini seperti Tales of Arise yang dikeluarkan 2 tahun lepas.
Selain itu, ahli parti boleh melakukan banyak tindakan berbeza mengikut. Antara contoh; anda boleh meminta parti menumpukan serangan fizikal atau sihir, atau “serang habis-habisan” atau menyimpan mana.
Walaupun sistem pertempuran nampak cukup komprehensif, ia masih ada masalah. Kadangkala, pertempuran boleh jadi susah untuk menavigasi terutamanya apabila musuh menghampiri daripada arah yang berbeza.
Ini membuat keadaan menjadi sukar kerana kita harus menyerang satu musuh sambil bertahan dari satu musuh lain pada masa yang sama. Isu ini datang kerana kawalan game dibuat pada zaman yang ‘kuno’ dan tidak selancar seperti game moden sekarang.
Saya faham ini adalah versi remastered untuk game berusia 20 tahun, tetapi sekurang-kurangnya mereka boleh memperbaiki elemen pertempuran agar terasa lebih lancar. Sebaliknya, pemain tidak akan merasa ‘bebas’ berbanding JRPG moden lain.
Visual HD membuatkan watak nampak pelik
Tales of Symphonia mempunyai rupa visual klasik ikonik yang serta-merta boleh dikenal pasti oleh setiap pemain veteran. Walaupun sudah berusia sangat lama, tidak dapat menafikan bahawa game itu masih kelihatan menakjubkan. Tahap butiran di bandar dan kampung memang mengagumkan dan semuanya nampak lebih terperinci berbanding versi original.
Namun, bahagian yang menerima perhatian paling besar dalam Remastered sebenarnya adalah watak. Semua model yang ada dalam game ini sama seperti versi original daripada segi penampilan, cuma bezanya adalah muka dan pakaian mereka mempunyai tekstur lebih tajam dan jelas.
Ini adalah upgrade besar secara keseluruhan, tetapi jika bermain di TV besar, kita akan perasan bahawa; contohnya, wajah Lloyd jauh lebih “petak”. Game original mungkin nampak seperti ini, tetapi pada tahun 2023, kita dapat melihatnya dengan lebih jelas kerana semua resolusi tinggi. Itu bukan perkara yang baik kerana watak kini kelihatan seperti watak Roblox.
Selain itu, saya juga berminat dengan muzik dalam game ini. Motoi Sakuraba, Shinji Tamura dan Takeshi Arai menyumbang kepada runut bunyi dalam game dan selepas 60+ jam bermain, lagunya masih terasa “fresh” dan tidak membosankan. Ini adalah keseimbangan ideal antara agar sesuai dengan nada permainan.
Masalah & isu
Saya tidak ingin bohong, saya agak kecewa dengan versi Remastered 2023. Walaupun Tales of Symphonia merevolusikan begitu banyak aspek JRPG pada masa lalu, versi 2023 mempunyai beberapa masalah ganjil. Selalunya, versi Remastered cuba membetulkan isu yang saya akan sebutkan di bawah, tetapi saya tidak tahu mengapa ia tidak diperbaiki.
Pertama sekali, berbanding dengan versi GameCube (platform pertama ia dikeluarkan), versi 2023 mempunyai framerate yang dikunci pada 30 FPS. Ini bukan masalah yang serius, tetapi boleh jadi “annoying”. Pertempuran akan terasa lembab dan itu akan mempengaruhi gameplay kerana ini bukan permainan turn-based, ia adalah ARPG.
Pengalaman ini juga dipenuhi dengan tempoh loading yang panjang. Skrin loading selalu akan berlaku ‘sebelum dan selepas setiap pertempuran’, ‘apabila memasuki atau keluar dari bandar’, dan ‘apabila melakukan kebanyakan aksi’. Setiap aktiviti yang pemain lakukan akan disambut oleh skrin loading yang lama. Lama-kelamaan, ia menjadi sangat menjengkelkan kerana mengganggu pacing keseluruhan game.
Akhir sekali, kandungan versi 2023 dikurangkan berbanding edisi sebelum kerana Dawn of the New World (spin-off dan sekuel) tidak disertakan dalam remastered ini.
Sebagai konteks, Dawn of the New World dan Tales of Symphonia original telah dikeluarkan bersama sebagai judul HD Remastered untuk PS3 di bawah nama Tales of Symphonia Chronicles pada tahun 2013. Namun, Remastered 2023 tidak menawarkan sebarang content tambahan, jadi lebih baik kita dapatkan versi 2013 memandangkan content pun lebih kurang sama.
Pendapat
Secara am, saya anggap Tales of Symphonia Remastered 2023 boleh menjadi versi definitif di konsol moden bagi peminat lama dan pemain yang baru hendak mencuba. Sebaliknya, kami menerima adaptasi yang kurang memuaskan.
Jangan salah faham. Saya suka game Symphonia – seperti yang saya katakan tadi, ia mempunyai antara jalan cerita paling hebat dalam mana-mana JRPG, character-building yang hebat, sistem pertempuran yang menarik, penuh dengan misi sampingan dan aktiviti lain yang perlu dilakukan. Ada banyak kelebihannya.
Namun, kekurangan ciri quality-of-life merendahkan kualiti Tales of Symphonia Remastered 2023.
Di sebalik kritikan ini, saya percaya bahawa pemain baru akan mencuba versi 2023 kerana ini merupakan kali pertama mereka mencuba Tales of Symphonia, dan sebab ia lebih mudah diakses sekarang. Kesilapan yang saya sebutkan di atas sebenarnya khusus untuk peminat lama yang ingin melihat upgrade dalam aspek tertentu.
Secara keseluruhan, Tales of Symphonia Remastered ialah game yang hebat jika anda adalah peminat lama kepada genre JRPG atau baru sahaj ingin menyelam ke dalam kisahnya buat kali pertama. Walaupun pengalaman itu “tidak sempurna”, yang penting kelebihannya masih berkualiti tinggi.
Bagi sesiapa yang berminat, Tales of Symphonia Remastered kini tersedia untuk PlayStation 4, Xbox One dan Switch.
@gamersantaimy
The Review
Tales of Symphonia Remastered
Secara keseluruhan, Tales of Symphonia Remastered ialah game yang hebat jika anda adalah peminat lama kepada genre JRPG atau baru sahaj ingin menyelam ke dalam kisahnya buat kali pertama. Walaupun pengalaman itu "tidak sempurna", yang penting kelebihannya masih berkualiti tinggi.
PROS
- Cara lebih mudah untuk bermain JRPG klasik di konsol moden
- Jalan cerita yang hebat
- Memiliki watak dan interaksi paling menarik dalam francais
- Muziknya bagus dan tidak membosankan
CONS
- Kunci pada 30fps
- Content lebih sikit berbanding versi sebelum
- Tempoh loading yang kerap dan lama
Discussion about this post