Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Review Soul Hackers 2 – Menyelamatkan Dunia Dengan Bantuan AI Hebat!

Maira by Maira
August 25, 2022
in Artikel, Berita, Game, Game Review, PC, PS4, PS5, Review, RPG, Steam, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Review Soul Hackers 2 – Menyelamatkan Dunia Dengan Bantuan AI Hebat!
Share on FacebookShare on Twitter

Soul Hackers 2 merupakan entri terbaru untuk siri Shin Megami Tensei (SMT): Devil Summoner dan juga sekuel kepada Soul Hackers selepas 25 tahun game itu dilepaskan. Nampaknya Atlus ingin jadikan Soul Hackers 2 ini sebagai IP tersendiri dengan membuang tajuk SMT dan Devil Summoner daripada tajuknya. Sama seperti siri Persona. Gaya combat-nya juga masih lagi sama seperti game Megaten yang lain tetapi masih mempunyai keunikkannya tersendiri. Walaupun ada beberapa glitch tetapi ia tetap satu game yang bagus untuk dimainkan. Nak tahu lebih lanjut? Jom kita teruskan dengan review Soul Hackers 2 ini!

Penceritaan yang mudah difahami

Soul Hackers 2 menceritakan konflik antara dua kumpulan Devil Summoner iaitu Yatagarasu yang ingin melindungi Jepun dan Phantom Society yang ingin membangkitkan dewa untuk mencipta semula dunia. Untuk menghentikan kemusnahan dunia, satu AI hebat telah dihasilkan dipanggil Aion mencipta personaliti fizikal bernama Ringo dan Figue. Ringo telah rekrut tiga devil summoner lain untuk misi ini. Mereka ialah Arrow, Milady dan Saizo.

Soul Hackers 2

Selepas itu, kita akan bertemu dengan puak-puak lain yang sedang mencari lima convent, objek berkuasa yang boleh diturunkan kepada jiwa yang berbeza. Dengan memperoleh kesemua convent, seseorang itu boleh mengubah semula dunia. Elok kumpulan Ringo menjejaki convent tersebut, ia telah jatuh ke tangan ketua Phantom Society yang juga bekas kekasih Milady.

Kekal membawa penceritaan thriller

Apa yang membezakan Devil Summoner dengan SMT dan Persona ialah genre mereka berpusat pada misteri supernatural thriller. Kita akan melihat sekumpulan detektif ataupun penggodam yang membongkar plot underground dan devil summoner.

Walaupun dunia sci-fi Soul Hackers 2 berwarna-warni,ia masih mengekalkan penceritaan thriller tersebut. Ia bermula terus dengan memperkenalkan plot utama dan mengumpulkan parti dalam masa 2 jam pertama dan terus memberikan kejutan kepada anda tentang watak. Bukan itu sahaja, ia juga membawa anda berjumpa puak Summoner lain dan memberikan misteri yang lebih besar. Ianya agak menarik bagi saya dan itu membuatkan saya tertanya-tanya.

Game ini juga mempunyai beberapa perkara yang diperkenalkan dalam game Devil Summoner. Kalau anda ingin tahu, Yatagarasu dan Phantom Society merupakan organisasi daripada game terdahulu dan Soul Hackers 2 memberikan kita lebih mengenalinya. Pemain lama mesti teruja berjumpa dengan watak lama seperti Victor dan Madame Ginko. Walaupun begitu, anda jangan risau kalau tidak mengenali mereka kerana penceritaan Soul Hackers yang pertama tidak begitu banyak dalam game ini. Jadi anda tidak perlu pun bermain game pertama untuk memahami Soul Hackers 2.

Soul Hackers 2

Tetapi bagi saya, game ini terlampau pendek, kira-kira 25 jam yang perlu diambil untuk menamatkan cerita utamanya dan ini tidak termasuk side quest. Ada juga beberapa scene yang agak laju. Tahu-tahu konflik itu telah tamat dan terus sambung ke masalah lain pula. Kalau anda yang jenis suka main game JRPG yang pendek, bolehlah selami dunia Devil Summoner ini.

Watak-watak yang menarik dan unik

Selain daripada ceritanya, watak-watak dalam game ini juga tarikan utama yang menarik. Ringo tampil sebagai protagonis perempuan pertama untuk siri Megaten. Anda akan lihat sikapnya yang riang serta sisi sarkastiknya, dan ini membuatkan interaksinya bersama watak lain menyeronokkan. Perwatakannya juga dikembangkan dengan baik sepanjang meneroka dunia sebenar yang rupanya lebih rumit daripada apa yang dipelajarinya di Internet.

Tidak dilupakan juga watak lain dalam parti. Memang anda akan lihat pelbagai adegan menarik melibatkan Arrow, Milady dan Saizo. Figue yang juga Aion seperti Ringo juga mempunyai rahsianya tersendiri.

Soul Hackers 2 juga memberi peluang untuk anda rapat dan membina hubungan dengan setiap watak di bar. Dengan menjawab soalan dengan betul, hubungan anda akan lebih dekat. Ia juga akan meningkatkan Soul Level yang membolehkan anda menggunakan kebolehan pasif dalam pertempuran. Anda juga akan dapat mengenali watak-watak ini dengan lebih mendalam. Apapun, anda tidak akan menyesal meluangkan masa bersama mereka.

Soul Hackers 2

Gaya pertempuran yang sama tetapi berbeza

Soul Hackers 2 mempunyai sistem pertempuran turn-based Megaten yang telah diubah suai. Anda boleh menggunakan demon untuk setiap watak dalam parti untuk digunakan dalam pertempuran. Jika anda berjaya menyerang kelemahan musuh, anda akan mendapat stack dan pada penghujung giliran, anda boleh menggunakan Sabbath. Senang cerita ianya hampir sama seperti All-Out Attack daripada Persona 5. Jadi kalau anda ingin memberikan damage yang tinggi, kumpulkan sebanyak mungkin stack.

Lebih maju anda dalam game ini, anda akan membuka cara baru untuk mendapatkan lebih banyak demon untuk parti simpanan Sabbath. Sistem ini memang mesra untuk pemain baru kerana ia tidak akan memberikan hukuman kepada anda jika serangan anda miss ataupun disekat. Jadi anda diberi peluang untuk berjinak dengan sistem Sabbath ini. Tetapi kalau pemain yang sudah biasa dengan game Megaten, mesti akan terasa game ini terlampau senang. Contohnya, sistem pertempurannya tiada cara untuk anda berunding dengan demon apabila anda menjumpai mereka. Agak sukar juga kalau anda ingin mendapatkan demon tertentu dan terpaksa melakukan fusion nanti.

Soul Hackers 2

Selain itu, Soul Hackers 2 juga agak sukar untuk menukar demon semasa dalam pertempuran. Anda tidak boleh mulakan dengan kebolehan, dan jika anda mendapat upgrade, ia hanya boleh digunakan sekali sahaja setiap pertarungan. Bukan setakat itu sahaja, kadang-kadang nasib malang melanda dan anda terpaksa melawan demon yang tidak boleh dikalahkan dengan roster demon parti. Sudahlah kena hadap demon yang sama, selepas itu ia tidaklah mencabar sangat. Kalau anda gunakan Jack Frost sepanjang game, anda memang susah untuk dikalahkan.

Secara umumnya, selain Sabbath, pertempurannya agak perlahan dan berulang. Ia tidak mempunyai sesuatu yang lebih mendalam seperti game Atlus yang lain. Walaupun begitu, sistemnya masih lagi bagus tetapi mempunyai sedikit kekurangan.

Soul Hackers 2

Dungeon game yang tidak pelbagai

Walaupun cerita dan pertempuran Soul Hackers 2 menarik, tetapi dungeon untuknya sama sahaja. Hampir sama seperti Persona 3 dimana anda bermain dalam Tartarus sahaja. Cuma level terakhir sahaja berbeza rupa dungeon-nya. Itu pun ia kelihatan seperti terowong yang gelap dan tidak begitu meriah. Ia juga mempunyai peta yang agak kompleks tetapi tiada benda yang menyeronokkan sepanjang meneroka.

Malah terdapat bahagian peta yang meminta anda untuk kembali dan melihat sama ada demon anda menemui item untuk membantu anda maju lebih jauh level tersebut. Ringo punya pergerakan juga agak perlahan. Memang tidaklah nak ulang alik dalam satu level sahaja.

Kamera pula terasa lebih dekat pada Ringo membuatkan saya susah untuk melihat kedudukan musuh yang berada di luar perpektif kamera. Jadi senang sahaja untuk musuh menyelinap dan menyerang hendap.

Satu perkara yang menarik ialah apabila anda berjaya menumbangkan demon, mereka akan terus terhantuk dan hilang selepas beberapa saat. Ini memberi anda pilihan sama ada anda mahu melawan mereka atau melepasinya, bermakna pemain boleh memilih apabila mereka mahu bertarung dan melangkau pertarungan apabila mereka mahu menumpukan pada penerokaan. Ia adalah sistem bagus yang memudahkan pemain kasual sambil memberikan kepuasan kepada pemain veteran.

Soul Hackers 2

Upgrade COMP, Fusion dan Side Quest

Bukan Megaten-lah kalau anda tidak boleh upgrade watak anda. Dalam game ini memang tidak ada perisai untuk dipakai, hanya ada aksesori sahaja. Tetapi anda boleh upgrade COMP untuk mendapatkan skill pasif untuk serangan elemental tertentu. Jadi ia sangat berguna ketika menukar demon dalam pertempuran.

Selain itu, kita ada Goumanden, satu sistem untuk anda fuse demon anda. Dengan mengumpul banyak demon, anda bolehlah eksperimen semua gabungan demon untuk luaskan compendium anda. Anda juga boleh menjualnya untuk mengosongkan slot yang sudah penuh.

Soul Hackers 2

Terdapat juga banyak side quest yang boleh diakses melalui Madame Ginko. Sebahagian daripada quest tersebut ada berkait dalam pengembangan dunia tersebut serta menceritakan beberapa watak minor atau menceritakan kisah seorang Devil Summoner. Kalau anda yang suka untuk mengetahui lebih lanjut mengenai dunia Soul Hackers 2, bolehlah main side quest ini. Ada beberapa yang menarik, tetapi sudah tentu ada yang macam biasa-biasa sahaja.

Rupa lebih moden

Bercerita tentang estetika Soul Hackers 2, ia memang berbeza daripada entri pertama. Reka bentuknya lebih kepada sci-fi dan sedikit elemen cyberpunk. Saya suka melihat rekaan watak-watak serta pakaian mereka yang kelihatan moden dengan warna neon-nya. Walaupun begitu, ia masih lagi sebuah game Megaten. Jadi anda boleh agak beberapa adegan yang mengerikan dalam game.

Soul Hackers 2

Model demon sudah tentu lebih baik. Mereka kelihatan lebih seperti komik sedikit. Ini juga kali pertama beberapa demon seperti Mad Gasser dan Turbo Granny dalam 3D. Tetapi malang sekali kita hanya boleh nampak mereka dalam battle sahaja.

Kesimpulan

Kalau anda baru nak cuba francais Megaten, Soul Hackers 2 memang entri yang sesuai untuk dimainkan. Ia juga mudah untuk difahami berbanding game Megaten yang lain. Ceritanya juga agak laju dan sesuai untuk pemain kasual. Watak-wataknya juga seronok untuk dimainkan terutamanya Ringo dan Figue. Untuk pemain lama, terdapat juga beberapa benda daripada entri dahulu. Walaupun dungeon serta pertempurannya tidaklah seperti entri lain Megaten yang lebih mencabar tetapi ia masih lagi seronok untuk dimainkan.

Soul Hackers 2

Walaupun begitu, Soul Hackers 2 masih lagi berjaya dalam menghidupkan kembali siri Devil Summoner serta diberi peluang untuk berdiri sendiri sebagai “Soul Hackers” bersama game lain seperti SMT dan Persona. Teringin juga nak tahu apa pula rancangan Atlus terbaru untuk siri ini pada masa hadapan. Apapun, kalau anda ingin membaca review lain daripada kami, boleh klik pautan ini.

Beli Sekarang!
Soul Hackers 2
Publisher: Sega
Release Date: 2022-08-26
PlayStation 4, PlayStation 5, Steam, Xbox One, Xbox Series X|S
Terokai RPG supernatural dengan summoner bergaya dan bahaya yang menyelinap dalam kegelapan di bawah lampu neon cyberpunk Jepun. Terpulang kepada Ringo, ejen Aion untuk menyelamatkan dunia daripada kemusnahan.
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy

The Review

Soul Hackers 2

7 Score

PROS

  • Plot yang menarik
  • Interaksi antara watak yang menyeronokkan
  • Mekanik yang mesra dengan pemain baru

CONS

  • Beberapa plot berlaku dengan pantas
  • Dungeon yang agak biasa
  • Pertempuran terasa seperti begitu mudah

Review Breakdown

  • Sebuah entri Megaten yang mesra untuk pemain baru mencuba francais tersebut 0
Tags: AtlusreviewsegaSoul Hackers 2
Previous Post

Preview Park Beyond – Matlamat bina Roller Coaster paling gila

Next Post

[Review] SD Gundam Battle Alliance – Misi menyelamatkan dunia dengan Gundam comel

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
[Review] SD Gundam Battle Alliance – Misi menyelamatkan dunia dengan Gundam comel

[Review] SD Gundam Battle Alliance - Misi menyelamatkan dunia dengan Gundam comel

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd