Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

[Review] Sing 2 – Filem animasi yang penuh dengan muzik dan visual hebat!

Maira by Maira
January 7, 2022 - Updated on January 10, 2022
in Artikel, Berita, Filem, Movie Review, Review
0 0
0
[Review] Sing 2 – Filem animasi yang penuh dengan muzik dan visual hebat!
0
SHARES
358
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Sing 2 baru sahaja di lepaskan di pawagam pada awal bulan ini. Ia merupakan sebuah filem sekuel, sambungan daripada filem pertama “Sing“. Seperti filem animasi yang lain, filem ini disasarkan untuk tontonan kanak-kanak bersama keluarga, dan boleh dikatakan ia memang menyeronokkan. Tanpa membuang masa lagi, ini ialah review ringkas untuk filem Sing 2.

Penulisan filem

Jika lihat pada tajuk, sudah pasti anda tahu filem jenis apakah Sing 2. Ia merupakan sebuah filem animasi yang tertumpu pada muzik dan penuh dengan nyanyian. Sememangnya salah satu perkara yang kanak-kanak suka. Jika anda seorang dewasa, anda mungkin rasa ia agak cliche tetapi itulah cerita kanak-kanak. Jalan ceritanya sangat mudah difahami untuk tuntunan semua orang tanpa sebarang konflik yang berat.

Ia juga mempunyai beberapa scene yang melucukan dan itu sememangnya salah satu benda yang saya boleh jangkakan. Ini kerana Sing 2 dihasilkan oleh Illumination, studio sama yang menghasilkan Minions. Rasanya kita semua tahu, ramai orang yang menyukai Minion. Tetapi penulisan Sing 2 jika dibandingkan dengan filem pertama, Sing 1 mempunyai penulisan yang lebih bagus kerana kurangnya watak dan fokus pada mereka menjadi penghibur hebat.

Sing 2 mempunyai lebih ramai watak dan lagu, jadi agak susah untuk fokus kepada setiap watak dan masalah yang dihadapi mereka. Tetapi ia masih seronok untuk ditonton.

RelatedPosts

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

Previu SHINOBI: Art of Vengeance – Menyelami Dunia Ninja Penuh Aksi!

Interviu SHINOBI: Art of Vengeance – Pengaruh Seni Neo2D & Cabaran Menghidupkan Joe Musashi!

Muzik

Filem ini sememangnya mempunyai lagu yang dinyanyikan dan mengingatkan saya pada filem Disney kadang kala. Itu jugalah yang menyebabkan banyak lagu yang dipendekkan dan saya agak sukar untuk mengingati setiap satu daripadanya. Saya hanya ingat beberapa lagu sahaja seperti Bad Guy oleh Billie Eilish dan This Girl is on Fire oleh Alicia Key.

Persembahan nyanyian juga memang hebat. Taron Eagerton, yang bermain sebagai gorilla, Johnnnya menjadi watak kegemaran saya. Nyanyian dan kawalan suaranya sungguh hebat. Sama seperti watak-watak yang lain, mereka juga memberikan persembahan yang mantap.

Visual dan Animasi

Kualiti animasinya setaraf dengan filem Hollywood lain dengan visual yang terang dan terperinci. Jika anda lihat watak filem itu basah, anda sudah tentu dapat melihat perincian pada watak tersebut. Animasi pergerakan watak sangat lancar dan ekspresif. Paling saya kagum apabila mereka mula menari breakdance. Memang terbaiklah bahagian itu.

Kesimpulan

Senang cerita, jika anda hanya ingin melihat animasi yang santai dan penuh muzikal, sila tonton filem ini. Animasi serta visualnya yang mantap sudah pasti mampu membuatkan anda terhibur. Untuk melihat review filem lain dari kami, sila klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy

The Review

Sing 2

7 Score

PROS

  • Animasi hebat
  • Persembahan yang hebat oleh pelakon suara

CONS

  • Penulisan yang agak lemah berbanding filem pertama
  • Terlampau banyak lagu yang dipersembahkan

Review Breakdown

  • Sebuah filem yang boleh korang enjoy dengan santai. 0
Tags: reviewSing 2
Previous Post

My Hero Ultra Impact akan dilepaskan secara Global! Pra-daftar sudah bermula!

Next Post

Review ASUS ROG Flow X13 – Laptop gaming 2-in-1 siap touch screen!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Previu SHINOBI: Art of Vengeance – Menyelami Dunia Ninja Penuh Aksi!
Preview

Previu SHINOBI: Art of Vengeance – Menyelami Dunia Ninja Penuh Aksi!

June 8, 2025
Interviu SHINOBI: Art of Vengeance – Pengaruh Seni Neo2D & Cabaran Menghidupkan Joe Musashi!
Temuramah

Interviu SHINOBI: Art of Vengeance – Pengaruh Seni Neo2D & Cabaran Menghidupkan Joe Musashi!

June 8, 2025
Next Post
Review ASUS ROG Flow X13 – Laptop gaming 2-in-1 siap touch screen!

Review ASUS ROG Flow X13 - Laptop gaming 2-in-1 siap touch screen!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd