Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

[Review] ROG Phone 7 Ultimate – Kepuasan gamer tercapai bersama kombo menarik AeroActive Cooler 7!

safwan by safwan
May 10, 2023
in Artikel, Berita, Review, Review Produk, Smartphone, Teknologi
0 0
0
[Review] ROG Phone 7 Ultimate – Kepuasan gamer tercapai bersama kombo menarik AeroActive Cooler 7!
Share on FacebookShare on Twitter

Setiap tahun, ada sahaja phone baru yang dikeluarkan oleh ASUS ROG dan untuk tahun ini, mereka telah pun melancarkan ROG Phone 7 dan ROG Phone 7 Ultimate yang di dikuasakan oleh Snapdragon 8 Gen 2. Oleh itu, kami telah mencuba dan bermain beberapa game terlebih dahulu untuk mengetahui sama ada ianya berbaloi atau pun tidak.

Sebelum itu, saya nak beritahu yang ada di tangan kami adalah ROG Phone 7 Ultimate yang didatangkan dengan kotak besar dan disertakan dengan satu produk yang sangat spesial di dalamnya. Terima kasih kepada ASUS ROG Malaysia kerana memberikan kami peluang untuk mencuba peranti ini. Jom teruskan dengan review ROG Phone 7 Ultimate!

Reka Bentuk

Kredit: ASUS ROG Malaysia

Memandangkan kami dapat ROG Phone 7 Ultimate, ia hanya di datangkan dengan warna Storm White. Jika anda ingin warna yang gelap, mereka hanya sediakan Phantom Black pada ROG Phone 7 biasa. Reka bentuknya sangat cantik dan betul-betul unik.

Pada bahagian belakang, mereka menambah sedikit keunikan iaitu ROG Vision di mana ia berfungsi sebagai skrin kecil yang boleh memaparkan logo ROG. Bukan setakat itu sahaja, paparan ini juga boleh diaktifkan sekiranya anda baru sahaja membuka game, menghidupkan X mode, menerima panggilan dan banyak lagi. Paparan tersebut akan memainkan animasi ringkas.

Kredit: ASUS ROG Malaysia

Satu perkara yang spesial untuk ROG Phone 7 Ultimate adalah ia didatangkan dengan AeroActive Cooler 7. Kenapa ia spesial untuk ROG Phone 7 Ultimate sahaja? Hal ini kerana, peranti ini didatangkan dengan POGO pin di bahagian belakang phone untuk memasangkan AeroActive Cooler 7 di mana ia akan berfungsi sebagai penyejuk dan pengeluar audio.

Namun, POGO pin tersebut tidak boleh dibuka dengan hanya menggunakan tangan dan hanya terbuka apabila AeroActive Cooler 7 sahaja. Ia juga boleh dibuka dengan menggunakan Armoury Crate tetapi untuk tujuan pembersihan sahaja. Jika diletakkan secara mendatar, ia akan kekal terbuka dan membantu mengalirkan udara masuk ke dalam untuk menyejukkan telefon.

Kredit: ASUS ROG Malaysia

Untuk port I/O, terdapat 1x USB Type- C untuk pengecasan dan pemindahan fail dan 3.5mm audio jack di bahagian bawah telefon. Syukur masih lagi ada 3.5mm audio jack. Mereka juga membuat sedikit penambahan di mana mereka meletakkan 1x USB Type-C di bahagian kiri bersama-sama POGO pin.

Kedudukan button sama sahaja seperti ROG Phone 6 dengan mengenakan power dan volume button di sebelah kanan. Air Trigger pula pada peghujung telefon atas dan bawah di sebelah kanan juga.

Paparan

Kredit: ASUS ROG Malaysia

ROG Phone 7 Ultimate didatangkan dengan skrin AMOLED HDR10+ 1ms bersaiz 6.78 inci bersama resolusi 2448×1080 (395 piksel per inci). Paparan ini juga lengkap dengan “touch sampling” pada 720Hz dan mempunyai touch latency 23ms yang cukup pantas.

Tambah pula dengan color gamut yang hebat, sudah pasti telefon ini menjadi pilihan ramai orang terutama sekali para gamer dan pencipta kandungan. Gaming phone ini dilengkapkan dengan 111.23% DCI-P3, 150.89% sRGB dan Delta E<1 bersama nisbah kontras pada 1,000,000: 1. Dengan adanya ciri-ciri paparan seperti ini, sudah pasti ia memberikan kepuasan dan pengalaman yang terbaik kepada para pengguna nanti.

Kredit: ASUS ROG Malaysia

Jika melihat dengan mata kasar, ROG Phone 7 Ultimate langsung tidak mempunyai sebarang perbezaan. Tetapi apabila melihat spesifikasi dengan lebih terperinci, ROG Phone 7 Ultimate ini didatangkan dengan peak brightness” pada 1,500 nits yang agak terang untuk sesebuah telefon pintar. Namun, dengan adanya “peak brightness” yang tinggi, anda boleh bermain game atau melakukan sebarang aktiviti di bawah situasi pencahayaan yang berbeza tanpa sebarang masalah.

Audio

Kredit: ASUS ROG Malaysia

Gaming phone terbaru ini mempunyai dual speaker untuk menghasilkan bunyi surround. Anda tidak perlu risau tentang speaker tertutup kerana speaker ini sebenarnya telah ditanam di dalam phone dan kedudukannya adalah “front facing”. Jadi, memang sangat sesuai untuk anda bermain tanpa menggunakan headphone atau earphone.

Bateri

Kredit: ASUS ROG Malaysia

Phone baru sekarang terkenal dengan menggunakan konfigurasi bateri dwi-sel dan setiap sel tersebut mengandungi 3,000mAh menjadikan kandungan bateri yang ada pada ROG Phone & Ultimate adalah 6,000mAh.

Saya telah cuba memainkan video selama 5 jam dengan kecerahan maksimum, volume 50%, X mode aktif dan tiada AeroActive Cooler 7 dipasangkan. Bateri yang digunakan hanya sekitar 50% sahaja untuk penggunaan selama 5 jam. Namun, apabila saya cuba bermain game dan menggunakan cooler, bateri daripada 53% turun sehingga 31%.

Kredit: ASUS ROG Malaysia

Secara keseluruhan, saya sangat berpuas hati dengan prestasi bateri yang disertakan pada ROG Phone 7 ini. Ia mampu bertahan dengan sangat lama dan sudah pasti cukup untuk sesi bermain game yang sangat panjang sehingga saya berhenti untuk menjejaki masa dan bermain dengan sangat seronok.

Pengecas yang disertakan didalam kotak adalah pengecasan pantas 67W. Anda hanya memerlukan sekitar satu jam untuk mengecas peranti ini daripada 4% kepada 100%. Walaupun saya telah melihat pengecasan yang lebih laju, saya boleh katakan yang pengecas yang ada dalam kotak adalah cukup untuk digunakan seharian tanpa sebarang masalah. Kini anda tidak perlu untuk mengecas phone semasa tidur.

Kamera

Phone gaming ini dilengkapi dengan setup 3 kamera belakang di mana kamera utama 50MP dengan menggunakan sensor SONY IMX766, kamera ultra lebar 13MP dan makro 8MP. Kamera hadapan pula adalah 32MP MP OV32 Quad Bayer sensor.

Bagi saya, kamera yang ada pada phone gaming ini memang sangat cantik. Warna yang ditangkap adalah sangat terang dan gambar yang dihasilkan nampak sangat jelas.

ROG Flavour

ROG Phone 7 Ultimate
Kredit: ASUS ROG Malaysia

Ini adalah satu lagi perkara spesial yang ada dalam ROG Phone 7 sahaja. Saya boleh katakan yang ianya sangat hebat kerana ia hanya terdapat di dalam laptop atau PC sahaja sebelum ini. Anda boleh mengakses pelbagai ciri-ciri ROG yang ada pada phone ini termasuk ROG Vision, AirTrigger, Motion Control dan Vibration Mapping.

Vibration Mapping

ROG Phone 7 Ultimate
Kredit: ASUS ROG Malaysia

Ia adalah ciri-ciri baharu yang tidak pernah ditambah dalam phone sebelum ini dan hanya boleh didapatkan pada ROG Phone 7 sahaja. Dengan adanya Vibration Mapping, anda akan mendapati skrin akan bertindak balas dengan bergegar buat sementara waktu.

Anda juga boleh mengubahsuai kedudukan setiap gegaran di mana-mana sahaja di sekitar skrin. Bukan setakat itu sahaja, anda juga boleh menukar kadar getaran tersebut, sama ada anda mahu ianya kuat ataupun perlahan. Ciri-ciri ini dapat memberikan pengalaman bermain lebih interaktif.

Benchmark

ROG Phone 7 Ultimate
Kredit: ASUS ROG Malaysia

Saya menggunakan AnTuTu untuk melakukan benchmark pada phone ini dan kami mendapat skor yang sangat tinggi iaitu pada 1,320,302. Memandangkan ROG Phone 7 Ultimate menggunakan Snapdragon 8 Gen 2 dan 16GB LPDDR5X RAM, dari awal lagi kami telah menjangkakan yang skor Antutu akan melepasi jumlah sejuta dengan mudah .

Pengalaman bermain

Pelbagai game yang saya mainkan dengan menggunakan phone gaming terbaru termasuk Honor of King China, League of Legends: Wild Rift, Apex Legends Mobile, Project Sekai dan Genshin Impact. Saya rasa saya tidak perlu bercakap panjang tentang kesemua game secara individu kerana terdapat game yang mengehadkan FPS seperti Genshin Impact.

Sepanjang menggunakan phone ini semasa bermain game, saya tidak pernah mengalami sebarang masalah prestasi. Semuanya berjalan dengan lancar tanpa menghadapi masalah “FPS drop”.

Genshin Impact terus memberikan 60 FPS secara konsisten walaupun dalam pertarungan dengan grafik yang tertinggi. Tidak lupa juga yang saya bermain sambil merakam. Hasilnya cukup mengagumkan.

Manakala untuk Project Sekai, semuanya berjalan dengan sangat lancar walaupun dengan Music Video 3D yang cukup mengganggu dalam sesi bermain game tersebut. Tambah pula dengan tiada sebarang masalah FPS drop, saya boleh katakan yang pengalaman bermain yang saya dapat adalah cukup hebat.

Apa yang lebih menarik adalah bermain dengan menggunakan AeroActive Cooler 7 di mana ia mampu menyejukkan telefon dengan kadar yang segera. Baru sahaja memakai AeroActive Cooler 7, suhu telefon terus jatuh sehingga sekitar 40oC. Memang sangat rendah dan memberikan keselesaan yang berpanjangan untuk bermain game dalam tempoh masa yang panjang.

Satu keunikan yang menambah lagi keseronokan adalah Vibration Mapping semasa bermain game. Ia rasa seperti bermain game dengan controller yang sebenar tetapi dengan menggunakan touchscreen.

Aksesori

ROG Phone 7 Ultimate
Kredit: ASUS ROG Malaysia

Untuk tahun ini, aksesori yang datang sekali untuk ROG Phone 7 Ultimate adalah satu sahaja dan ianya merupakan AeroActive Cooler 7. Jika nak dibandingkan dengan AeroActive Cooler 6 dari segi reka bentuk, ia sudah pasti sangat berbeza. Kickstand yang ada pada cooler terbaru adalah lebih berguna tetapi jika tidak pakai pun boleh sahaja berdiri dengan lebih mudah dan tidak condong ke belakang.

Dari segi fungsi, ianya sama sahaja, terdapat kipas di bahagian belakang untuk meniup udara, dan terdapat empat butang boleh disesuaikan ikut kesukaan anda. Memandangkan ia lengkap dengan Portal AeroActive di bahagian belakang, kesan penyejukkan yang dihasilkan adalah lebih baik.

ROG Phone 7 Ultimate
Kredit: ASUS ROG Malaysia

Walaupun AeroActive Cooler 6 masih boleh digunakan pada ROG Phone 7 Ultimate, sudah pasti terdapat perbezaan dalam kesan penyejukan di mana yang terbaru mempunyai hasil yang lebih baik.

Keunikkan AeroActive Cooler 7 mempunyai satu ciri tambahan iaitu subwurfer (speaker) yang boleh mengeluarkan audio dan audio yang dihasilkan terdapat bass yang lebih baik. Sudah pasti anda boleh membezakan bunyi yang dihasilkan speaker phone dan juga subwurfer yang disediakan pada AeroActive Cooler 7 ini terutama sekali pada bahagian bass.

Kesimpulan

ROG Phone 7 Ultimate
Kredit: ASUS ROG Malaysia

Secara keseluruhan, ROG Phone 7 Ultimate sudah pasti mempunyai beberapa penambahbaikan pada reka bentuk di mana ia kelihatan sangat “clean” dan mewah. Saya boleh katakan yang ianya tidak nampak begitu menyerlah jika nak dibandingkan dengan yang phone sebelum ini dan saya sebenarnya sangat suka dengan reka bentuk yang ringkas seperti ini.

Dari segi prestasi, sudah pasti saya sangat berpuas hati. Lagi-lagi ia didatangkan dengan kombo yang mengagumkan iaitu Snapdragon 8 Gen 2 dan AeroActive Cooler 7, memang menjadi pilihan yang sangat berbaloi untuk para gamer. Setakat ini, Snapdragon 8 Gen 2 memang sangat dikenali ramai terutama sekali dalam komuniti android.

ROG Phone 7 Ultimate
Kredit: ASUS ROG Malaysia

Manakala AeroActive Cooler 7 adalah satu jenis cooler yang sangat hebat. Ia mampu menyelesaikan masalah suhu yang tinggi dan dapat menghasilkan suhu yang lebih rendah daripada biasa. Dengan menggunakan kombo ini, anda boleh bermain semua game yang ditawarkan untuk android tanpa sebarang masalah. Ia juga dapat memberikan keselesaan yang berpanjangan semasa bermain game.

Walaupun phone sebelum ini mempunyai AirTrigger dan Motion Control, saya rasa terdapat sedikit perubahan sahaja untuk phone ini. Namun terdapat ciri-ciri baharu yang memberikan anda kelebihan semasa bermain game iaitu Vibration Mapping dan secara jujurnya, saya sangat suka dengan ciri-ciri ini.

ROG Phone 7 Ultimate
Kredit: ASUS ROG Malaysia

ROG Phone 7 Ultimate akan dilancarkan pada 10 Mei 2023. Sesiapa yang berminat atau sedang mencari phone gaming yang cukup lengkap untuk kegunaan harian atau sesi bermain yang panjang, saya memang sarankan anda untuk mendapatkan phone ini. Kalau anda berminat untuk mendapatkannya, anda boleh dapatkannya di kedai rasmi ROG serta kedai dalam talian seperti Shopee dan Lazada. Berikut adalah tanda harga untuk semua model:

  • ROG Phone 7
    • 12 GB| 256 GB: RM 3,599
    • 16GB| 512GB: RM 4,299
  • ROG Phone 7 Ultimate
    • 16GB| 512GB: RM 4,999

Untuk mendapatkan lebih banyak review menarik mengenai game, filem atau teknologi sila klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: asus rogASUS ROG MalaysiaROG Phone 7ROG Phone 7 Ultimate
ShareTweetSend
Previous Post

“Pengembaraan Aloy Akan Diteruskan” — Pembangun Horizon Mengacah Sekuel Baharu Game!

Next Post

Jom kenal Black Knight! Penghantar barang jadi hero umat manusia dalam siri terbaru Netflix!

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

Reviu DOOM: The Dark Ages – Zaman Berubah, Tapi Slayer Kekal Brutal!
Review

Reviu DOOM: The Dark Ages – Zaman Berubah, Tapi Slayer Kekal Brutal!

Reviu The Elder Scrolls IV: Oblivion Remastered – Legenda Lama, Diberi Nafas Baharu
Review

Reviu The Elder Scrolls IV: Oblivion Remastered – Legenda Lama, Diberi Nafas Baharu

DAN DA DAN: Evil Eye Akan Tayang di Pawagam Malaysia – Tarikh, Sinopsis & Bonus Eksklusif
Anime

DAN DA DAN: Evil Eye Akan Tayang di Pawagam Malaysia – Tarikh, Sinopsis & Bonus Eksklusif

May 9, 2025
Next Post
Jom kenal Black Knight! Penghantar barang jadi hero umat manusia dalam siri terbaru Netflix!

Jom kenal Black Knight! Penghantar barang jadi hero umat manusia dalam siri terbaru Netflix!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Honkai: Star Rail x Fate/stay night [Unlimited Blade Works] Akan Bermula 11 Julai!
Berita

Honkai: Star Rail x Fate/stay night [Unlimited Blade Works] Akan Bermula 11 Julai!

May 4, 2025
Black Clover – Asta Kecundang, Tinggal Yuno Seorang Diri Melawan Lucius
Anime

Black Clover – Asta Kecundang, Tinggal Yuno Seorang Diri Melawan Lucius

May 2, 2025
Trailer Baru Ejen Ali The Movie 2 – Ali Beraksi Dalam Sut Satria, Ejen Rizwan Berpaling Tadah?
Filem

Trailer Baru Ejen Ali The Movie 2 – Ali Beraksi Dalam Sut Satria, Ejen Rizwan Berpaling Tadah?

May 2, 2025
Kisah Sebenar Uchiha Itachi – Bukan Penjahat, Tapi Wira Tragis
Fakta & Trivia

Kisah Sebenar Uchiha Itachi – Bukan Penjahat, Tapi Wira Tragis

May 1, 2025
Papa Zola: The Movie – Game On Akan Hadir Ke Pawagam Disember Ini!
Filem

Papa Zola: The Movie – Game On Akan Hadir Ke Pawagam Disember Ini!

May 1, 2025
Pengalaman Kami di One Piece Asia Hunt – Menggembara Bersama Kru Straw Hat
Jom Singgah!

Pengalaman Kami di One Piece Asia Hunt – Menggembara Bersama Kru Straw Hat

April 30, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd