Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Review Razer Kaira X untuk PS5 – Pilihan “bajet” untuk pemain PlayStation

Razin Syafiq by Razin Syafiq
December 29, 2021 - Updated on January 2, 2022
in Headset, PS5, Review, Review Produk, Teknologi
0 0
0
Review Razer Kaira X untuk PS5 – Pilihan “bajet” untuk pemain PlayStation
Share on FacebookShare on Twitter

Razer ingin meneruskan kerjasama bersama konsol PlayStation generasi baharu dengan menampilkan reka bentuk ikonik PlayStation 5 ke produk terbaru mereka. Di sini, saya memperkenalkan headset berwayar Razer Kaira X yang direka khusus untuk PS5, tetapi masih memberikan fitur “cross-compatibility” merentas pelbagai platform berkat audio jack 3.5mm.

Headset ini memang tidak pilih kasih setelah saya menggunakannya di PS5, Nintendo Switch dan PC. Saya sendiri boleh mengesahkan bahawa ia menawarkan kualiti audio yang menakjubkan di semua platform, tetapi di PS5 adalah tempat sebenar Kaira X benar-benar menyerlah lagi-lagi kerana harganya yang sangat murah. Selepas beberapa minggu mencuba headset ini, berikut adalah review saya untuk Razer Kaira X.

Reka bentuk & Ciri-ciri

Reka bentuk Razer Kaira X sangat serupa dengan controller PlayStation 5 DualSense. Ini masuk akal, memandangkan ia adalah headset khas untuk konsol PS5. Walaupun bentuknya nampak premium, tetapi ia agak kurang daripada segi daya ketahanan berbanding headset Razer lain yang telah kita cuba. Jangan salah faham dengan kata-kata ini: ia bukanlah betul-betul senang patah, cuma bahan plastik itu tidak sekukuh seperti Razer Kraken V3 HyperSense kerana kekurangan sumber bahan logam.

Kelebihan adalah bahan ini menjadikan headset sangat ringan lantas sangat selesa untuk dipakai dalam jangka masa yang lama. Headset pun terasa agak besar, di mana saya tidak pernah merasakan Kaira X mencengkam kepala saya terlalu ketat. Kerana itu, saya boleh memakai headset ini selama berjam-jam tanpa sebarang masalah.

Earcup sebelah kanan Kaira X mempunyai mikrofon dan “connector” berwayar, yang tidak boleh dicabut. Terdapat “volume roller” dan suis untuk on/off mikrofon di sini juga. Earcup kiri pula tidak mempunyai sebarang butang, jadi ia menjadikan headset ini lebih mudah untuk digunakan, setelah saya membiasakan diri untuk mencapai bahagian kanan sahaja. Kabel 1.3m pun cukup panjang, dan boleh disambung terus ke controller PS5, atau Nintendo Switch (dalam mod portable), tanpa rasa susah-payah.

Malangnya, Kaira X tidak mempunyai banyak ciri-ciri tetapi itu bukan satu kekurangan. Selepas melihat nilai harga dan mendengar kualiti audio – yang akan saya jelaskan kemudian di bawah – saya anggap ia kena dengan nilai kita beli. Apa yang saya nak jelaskan dahulu ialah Kaira X tidak ada ciri-ciri istimewa PS5 dan lebih kurang seperti headset gaming tipikal. Pada masa yang sama, jangan harapkan audio teknologi 3D seperti headset Sony Pulse 3D. Cahaya RGB pun tidak wujud, yang sedikit mengecewakan bagi saya kerana ini salah satu kelebihan utama Razer. TETAPI, jika anda mahukan headset gaming dengan reka bentuk dan audio hebat pada nilai harga mampu milik, ini adalah pilihan yang tepat.

Kaira X datang dengan audio jack 3.5mm, yang bermakna ia boleh berfungsi di pelbagai platform dan konsol berbeza jika bicu dimasukkan ke dalam soket. Bagi mereka yang kurang tahu, Kaira X juga mempunyai versi Xbox yang berbeza pada varian warna yang tersedia. Itu sahaja untuk topik ini, jom kita teruskan ke bahagian prestasi.

Kualiti Audio & Mikrofon

Kaira X Razer memfokuskan pada driver Triforce 50mm ikonik mereka, yang dikatakan dapat mengasingkan bunyi high, mid dan low dengan lebih tepat. Menurut Razer, ia dapat mencipta perwakilan bunyi yang lebih jelas dan fokus dengan “trebel yang kaya dan bass yang lebih berdentum“.

Diuji di dunia Returnal yang menyeramkan, Razer Kaira X dapat menggambarkan suasana permainan dengan sempurna. Seragam dengan apa yang saya lihat di skrin, setiap bunyi menghasilkan efek jumpscare yang lebih berkesan semasa kita mengembara dunia gelap Atropos. Andai kata bermain game shooter seperti Deathloop, headset Razer Kaira X juga dapat membantu mengesan musuh. Lagu yang menemani setiap game pun semakin menyerlah kerana bass meningkatkan tension pada adegan-adegan penting. Bergantung kepada game yang dimainkan, ia boleh membakar semangat kita, atau membuatkan hantu dan raksasa lebih menakutkan.

Secara ringkas, setiap pengalaman akan rasa lebih mengasyikkan dan Kaira X adalah produk yang hebat untuk menggambarkan pengalaman itu. Malangnya, seperti saya kata di atas, ia tidak menyokong audio 3D tetapi menyokong Windows Sonic di PC.

Dari segi kualiti mikrofon, selain daripada susah untuk mengalihkan posisi, ia dapat menangkap suara saya dengan jelas menurut kata kawan-kawan di Discord. Walaupun bukan yang terbaik, ciri asasnya dilaksanakan dengan baik, supaya pengguna tidak perlu risau tentang perkara yang remeh temeh.

Pendapat

Bagi pendapat saya, Razer Kaira X adalah headset gaming berwayar normal yang tidak menawarkan banyak ciri-ciri unik next-gen seperti audio 3D walaupun mempunyai reka bentuk PS5.

Walaupun kurang dari segi ciri-ciri, ia menyerlah dalam aspek kualiti bunyi. Audio memang bagus berkat driver Razer TriForce 50mm, dan rasa sangat selesa untuk dipakai semasa sesi gaming yang panjang. Untuk headset yang berkualiti dengan reka bentuk PlayStation yang menawan pada harga yang berpatutan, Kaira X adalah pilihan yang bagus. Dah lah ada cross-platform compatibility, memang banyak sebab untuk para gamer suka.

Boleh dibeli pada harga RM299, Razer Kaira X sangat berbaloi untuk sesiapa sahaja yang ingin sesi gaming yang mantap. Jika anda menggunakan laptop atau memang ingin perform di PS5, Razer Kaira X adalah antara pilihan berkualiti terbaik pada nilai harga yang murah.

Untuk maklumat lanjut tentang produk ini, sila lawat laman web rasmi mereka di SINI.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: audioHeadsetplaystation 5ps5Razer Kaira Xreview
Previous Post

Mesej tersembunyi daripada juruanimasi Akira dijumpai setelah berdekad lamanya!

Next Post

Vtuber popular telah dikritik selepas berjenaka mengenai refund game!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Nioh 3 Diumumkan, Demo Alpha Kini Boleh Dimainkan!
Berita

Nioh 3 Diumumkan, Demo Alpha Kini Boleh Dimainkan!

June 5, 2025
Pandangan Pertama ‘007 First Light’ – Game James Bond Baru Untuk 2026
Berita

Pandangan Pertama ‘007 First Light’ – Game James Bond Baru Untuk 2026

June 5, 2025
Final Fantasy Tactics: The Ivalice Chronicles – Remaster Kepada RPG Taktikal Kesayangan Ramai
Berita

Final Fantasy Tactics: The Ivalice Chronicles – Remaster Kepada RPG Taktikal Kesayangan Ramai

June 5, 2025
Next Post
Vtuber popular telah dikritik selepas berjenaka mengenai refund game!

Vtuber popular telah dikritik selepas berjenaka mengenai refund game!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025
Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025

May 26, 2025
Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year
Anime

Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year

May 26, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd