Razer telah mengeluarkan versi terkini bagi laptop gaming mereka dan kali ini, mereka telah mengeluarkan Razer Blade 15 OLED. Tanpa bercakap banyak tentang laptop ini, jom kita mulakan dengan review laptop gaming Razer Blade 15 OLED.
Reka Bentuk & I/O Port
Kebiasaannya, laptop yang dikeluarkan oleh Razer sangat bergaya dan Razer Blade 15 OLED tidak terkecuali untuk menggayakan seperti laptop yang lain. Ia dibuat dengan reka bentuk yang nipis dan ringan. Jika saya tidak tahu apa-apa mengenai game, saya mungkin akan fikir yang ini adalah laptop biasa. Bagi saya, ianya adalah perkara yang seronok untuk dimiliki.
Memandangkan laptop ini sangat nipis dengan ketebalan hanya 16.99mm dan berat hanya 2kg sahaja, saya dapat membawa laptop ini ke mana sahaja. Walaupun ianya nipis, Razer dapat memuatkan hardware yang sangat berkuasa di dalamnya.
Keseluruhan chassis diperbuat daripada aluminium dengan hasil matte pada permukaannya. Dengan menggunakan aluminium sebagai chassis, ia kelihatan sangat kukuh dan sukar untuk di lenturkan. Saya telah mencuba dengan memberikan daya tekanan yang agak tinggi pada bahagian keyboard dan ia tidak banyak melengkung. Malah bahagian skrin juga tidak melentur dengan sangat teruk.
Secara keseluruhan, laptop ini masih membawa reka bentuk yang lama cuma kualitinya telah dipertingkatkan. Laptop ini masih menggunakan style yang sama di mana mereka mengekalkan profil rendah (low profile) dan logo Razer pada belakang skrin. Tambah pula dengan tiada sebarang jalur RGB pada luar laptop, ia nampak sangat “simple” dan membuatkan saya suka pada laptop ini.
Untuk bahagian I/O port pada laptop ini, mereka menyediakan 3x USB 3.2 Gen 2 Type A, 1x USB Gen 2 Type-C, Thunderbolt 4, SD Card reader, 3.5mm headphone jack dan HDMI 2.1.
Keyboard & Touchpad
Secara jujur, saya sangat membenci keyboard laptop ini pada mulanya. Tetapi semakin lama saya menggunakan laptop ini, semakin hilang rasa membenci itu pada keyboard ini. Saya telah menggunakannya dengan sangat lama dan sebenarnya saya sangat suka dengan keyboard yang ditawarkan oleh Razer.
Layout yang Razer gunakan adalah sangat biasa kita lihat pada laptop-laptop lain dan tiada yang istimewa berkaitan keyboard. Malah jarak yang diberikan pada setiap key itu tidak terlalu sempit dan mampu memberikan pengalaman yang sangat baik semasa menaip. Tetapi masalah yang saya hadapi adalah “arrow key” yang saiznya agak kecil daripada key yang lain dan secara tidak langsung ia membuatkan saya susah untuk menggunakannya.
Rasa semasa menaip juga agak sedap di mana ia tidak terlalu lembut dan keras untuk menekan setiap satu per satu key. Travel distance keyboard ini juga agak besar dan secara tidak langsung jangkaan saya meleset kerana saya fikirkan yang travel distance-nya agak pendek pada mulanya.
Seperti biasa, setiap benda baru yang kit gunakan sudah pasti akan ada silapnya bukan. Sama juga seperti saya yang baru sahaja gunakan keyboard ini dan terlalu banyak typo saya lakukan pada awalnya. Lama kelamaan, selepas saya telah biasa dengan keyboard ini, kesilapan typo itu sendiri semakin lama semakin berkurang.
Beralih kepada bahagian touchpad, selalunya setiap laptop mempunyai “shortcut key” untuk mematikan fungsi touchpad. Tetapi untuk Razer Blade 15 adalah sangat berbeza, mereka langsung tidak menyediakan “shortcut key” dan terpaksa membuka Razer Synapse untuk mematikan touchpad di mana saya rasa ini sangat menyusahkan para pengguna nanti.
Bagi saya, touchpad yang disediakan sangat licin dan kelancaran padanya juga sangat memuaskan untuk digunakan. Manakala untuk tindak balas, saya tidak rasa yang anda memerlukan tekanan yang agak kuat untuk menekannya kerana tekanan yang lembut telah cukup untuk memastikan yang ia berfungsi dengan sangat baik.
Paparan & Audio
Razer Blade 15 OLED menggunakan panel OLED dengan saiz skrinnya adalah 15.5 inci bersama resolusi 2K dan 240Hz refresh rate serta 1ms response time. Skrin yang didatangkan pada laptop ini menggunakan matte finish tetapi saya boleh katakan yang ianya langsung tidak serupa dengan matte kerana ia hampir menjadi cermin dan memantulkan muka saya sendiri.
Colour gamut yang disediakan adalah 100% DCI-P3 dan kecerahan purata pada laptop ini adalah hanya 400 nits sahaja. Walaupun ianya hanya 400 nits sahaja, ia ternyata cukup bagus untuk laptop.
Dengan colour gamut laptop in adalah 100% DCI-P3, warna yang dipaparkan pada skrin sangat menyerlah dan ia kelihatan sangat realistik serta cantik. Semasa saya bermain Spider-Man Miles Morales dan berayun di bandar pada waktu petang, ia kelihatan sangat indah dan membuatkan saya ingin balik ke kampung dan melihat matahari terbenam. Sehingga capai tahap itu sekali dia punya realistik.
Tambah pula dengan refresh rate 240Hz dan response time 1ms, ia sangat membantu saya sepanjang bermain game shooter seperti Overwatch 2. Saya boleh katakan yang pengalaman sepanjang menggunakan laptop ini adalah sangat baik dari segi paparannya.
Untuk bahagian audio, mereka menggunakan Audio Spatial THX yang mampu mengeluarkan audio yang sangat bagus. Kesan bunyi stereo adalah sangat tepat di mana anda boleh mendengar dari mana bunyi itu datang sekali gus memberikan pengalaman bermain yang sangat menyeronokkan.
Audio juga sangat bagus terima kasih kepada Audio Spatial THX. Kesan bunyi stereo adalah sangat tepat di mana anda boleh mendengar dari mana bunyi itu datang dan bukan itu sahaja, pengalaman permainan pada komputer riba ini juga lebih mengasyikkan. Sangat menghargainya.
Razer Synapse
Semua perkara yang berkaitan dengan produk Razer terletak di sini. Sama juga untuk laptop Razer Blade 15 OLED ini. Semua feature terletak di dalam ini termasuk menukar warna keyboard. Pelbagai warna dan efek yang boleh digunakan pada keyboard laptop ini.
Apa yang saya minati di dalam Razer Synapse adalah Performance Setting Razer Blade 15 OLED. Saya boleh katakan apa yang ditawarkan di dalam ini adalah langsung tidak sama dengan jenama laptop lain yang ada di luar sana. Hal ini kerana, ia kelihatan sangat ringkas dan mudah sekali gus membuatkan saya tertarik pada feature ini.
Manakala untuk mode bateri pula, anda hanya mempunyai Balanced Mode dan ia langsung tidak mengubah apa-apa. Tetapi apabila anda “plug in” laptop, anda akan mempunyai pelbagai mode lain seperti Balanced, Silent dan Custom. Dengan “plug in” anda boleh buat pelbagai perkara termasuk menukar kelajuan kipas.
Untuk Silent Mode pula, anda tidak boleh melakukan apa-apa kerana laptop akan mengawal segala kelajuan kipas di mana ia sepatutnya tidak membuat sebarang bunyi yang bising. Untuk Custom Mode pula, anda boleh mengawal semua perkara termasuk menetapkan prestasi CPU dan GPU secara manual, mengawal kelajuan kipas dan macam-macam lagi.
Untuk mode GPU, mereka menyediakan dua mode iaitu NVIDIA Optimus dan Dedicated GPU. Saya sarankan untuk anda sentiasa menggunakan Dedicated GPU kerana jika anda menggunakan NVIDIA Optimus, saya tidak rasa yang ia akan memuaskan hati anda semasa bermain game atau apa-apa yang anda akan lakukan nanti.
Tetapi saya ingin mengingatkan anda bahawa menggunakan Dedicated GPU akan memakan banyak bateri jika tidak “plug in” pengecas.
Di dalam Razer Synapse juga boleh mengubah Refresh Rate anda tetapi saya tidak rasa ada orang yang akan menukar refresh rate skrin daripada 240Hz kepada yang lebih rendah. Tetapan yang diberikan di dalam Razer Synapse adalah sangat kemas dan ringkas untuk para pengguna yang tidak biasa menggunakannya.
Benchmark & Pengalaman Gaming
Razer Blade 15 OLED telah didatangkan dengan Intel i9-12900H bersama-sama NVIDIA GeForce RTX 3070 Ti 8GB dan 16GB RAM DDR5. Dengan adanya spesifikasi seperti ini, markah benchmark yang didapatkan juga sangat menarik.
3DMark – 10,317
PCMark 10 – 7,223
Beralih kepada pengalaman bermain game. Untuk mencuba laptop gaming daripada Razer, saya telah bermain beberapa game termasuk Marvel’s Spider-Man: Miles Morales, Forza Horizon 5 dan Overwatch 2. Semua game yang saya memainkan adalah pada resolusi 2560×1440 (2K).
Spider-Man Marvel: Miles Morales
Tetapan Sangat Tinggi (Tertinggi) tanpa DLSS dan Ray Trace Off: Purata 70FPS
Tetapan Sangat Tinggi tanpa DLSS dan Ray Trace Terendah: Purata 50FPS
Tetapan Sangat Tinggi dengan Prestasi Ultra DLSS dan Jejak Sinar Terendah: Purata 60FPS
Forza Horizon 5
Tetapan Extreme (Tertinggi) tanpa DLSS dan Ray Trace Off: Purata 68FPS
Tetapan Extreme tanpa DLSS dan Ray Trace Extreme: Purata 60FPS
Tetapan Extreme dengan Prestasi Ultra DLSS dan Ray Trace Extreme: Purata 70FPS
Overwatch 2
Tetapan Epik: Purata 100 FPS
Tetapan Sederhana: Purata 220FPS
Secara keseluruhannya pengalaman bermain game dengan menggunakan Razer Blade 15 OLED cukup memuaskan. Kombo paparan OLED, Audio Spatial THX dan kadar penyegaran 240Hz (untuk game FPS) sangat membantu.
Hayat Bateri
Razer Blade 15 OLED memberikan jumlah bateri yang agak standard di mana bateri di dalamnya hanya 80Whr manakala untuk “power brick” adalah 230W. Namun, Razer sememangnya menawarkan jaminan bateri terhad kepada dua tahun dan bagi saya ianya sangat bagus. Apa yang tidak bagus adalah hayat baterinya.
Saya tidak melakukan apa-apa yang “hardcore” dengannya, hanya membuat kerja menaip dengan kecerahan pada tahap maksimum dan kelantangan speaker pada 20 sahaja. Untuk mode GPU, saya gunakan Dedicated GPU sahaja.
Sepanjang saya menggunakan laptop ini selama 1 jam 30 minit, bateri yang pada asalnya adalah 95% kini telah bertukar menjadi 20% dan “battery saver” telah pun digunakan. Walaupun nampak sangat menyakitkan, anda boleh mengubah tahap kecerahan kepada yang lebih rendah atau menukar mode GPU kepada NVIDIA Optimus. supaya anda dapat menjimatkan lebih banyak bateri.
Manakala untuk mengecasnya pula adalah sangat lama. Daripada 15% sehingga ke 80%, ia perlu mengambil masa selama 1 jam 45 minit.
Sistem Penyejukan
Memandangkan Razer Blade 15 OLED menggunakan i9-12900H sebagai CPU, laptop ini boleh menjadi sangat panas dengan laju. Tetapi laptop ini dapat membuat kerja dengan sangat pantas kerana dapat mengekalkan suhu di bawah 90o Celsius.
Semasa saya menggunakan laptop ini untuk pelbagai ujian, suhu GPU laptop ini langsung tidak pernah melebihi daripada 83o Celsius manakala untuk CPU pula sentiasa melebihi 90o. Secara keseluruhan, prestasi laptop ini sangat mengagumkan walaupun suhunya sangat tinggi.
Bunyi kipas yang tidak terlalu kuat juga bagus bagi saya, kerana apabila membawa laptop ini ke tempat awam, saya tidak mahu orang lain mendengar bunyi kipas laptop yang sangat kuat. Sudah pasti anda akan tidak dengar sebarang bunyi kipas semasa anda memakai headset supaya pengalaman bermain tidak terganggu.
Kesimpulan
Razer Blade 15 OLED adalah laptop gaming yang sangat berkuasa kerana CPUnya adalah Intel i9-12900H, GPUnya adalah NVIDIA GeForce RTX 3070 Ti bersama RAM 16GB DDR5. Saya rasa hampir semua game boleh dimainkan dengan sangat lancar tanpa sebarang masalah.
Walaupun bermain game AAA yang baru dilancarkan, game tersebut dapat dimainkan dengan sangat lancar dan saya langsung tidak mengalami sebarang masalah. Tambah pula dengan skrin OLED bersama refresh rae 240HZ, sudah pasti laptop ini mampu memberikan pengalaman gaming yang sangat menyeronokkan.
Secara keseluruhan, laptop gaming Razer Blade 15 OLED adalah pakej yang sempurna dengan reka bentuknya yang “simple” dan minimalist, prestasi gaming yang sangat baik dan sudah tentu sistem penyejukan yang baik. Jadi sesiapa yang mencari laptop gaming daripada Razer, saya sarankan anda untuk mencuba Razer Blade 15 OLED ini. Spesifikasi penuh di sini.
Untuk mendapatkan review lain, sila klik di sini.
@gamersantaimy
Discussion about this post