Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

[Review] Mobile Suit Gundam Hathaway bawa gaya baru tetapi kurang aksi mecha!

Amir Haziq by Amir Haziq
July 14, 2021 - Updated on July 15, 2021
in Artikel, Filem, Gunpla, Movie Review, Movie/siri, Netflix, Review
0 0
0
Obduction dan Offworld Trading Company akan menjadi game percuma di Epic Games Store 15 Julai nanti!
Share on FacebookShare on Twitter

Baru-baru ini, Netflix telah melancarkan filem terbaru Gundam bertajuk Mobile Suit: Gundam Hathaway, yang berlaku di masa Universal Century (UC) Gundam. Filem ini telah diterbitkan oleh anime studio dari Jepun, iaitu Sunrise Inc, dan menceritakan tentang Hathaway Noa, iaitu anak kepada kapten Bright Noa dari siri asal Mobile Suit Gundam Hathaway Flash dimana beliau beraksi di Char’s Counterattack. Tanpa membuang masa, jom baca review kami tentang Mobile Suit: Gundam Hathaway!

Jalan cerita Gundam Hathaway

Mobile Suit Gundam: Hathaway telah diarahkan oleh Shūkō Murase dan ditulis oleh Yasuyuki Muto. Ini adalah bahagian pertama dari trilogi filem yang dirancang dan ianya berlaku pada tahun U.C. 0105, iaitu garis masa Universal Century yang berlaku di sebahagian besar karya francais Gundam, termasuk siri animasi dari tahun 1979, dan Gundam Hathway ini terjadi selepas peristiwa Char’s Counterattack. Kejadian ini berlaku di mana Earth Federation (bekas musuh) tidak lagi aktif berperang dengan koloni Interstellar. Filem Gundam Hathaway juga mengisahkan tentang Hathaway Noa, iaitu bekas juruterbang mobile suit kembali ke Earth dalam sebuah misi baru.

Selepas tidak lagi menjadi askar kepada Earth Federation, Hathaway menjadi rasis dengan koloni interstellar, iaitu kumpulan manusia yang telah terbiasa atau dilahirkan dan tinggal di koloni angkasa. Hathway telah mengambil identiti Mafty Navue Erin sebagai ketua kumpulan pengganas yang menggelarkan diri mereka Mafty, dan melakukan keganasan pada Earth Federation. Ketika dalam misi ini, dia telah bertemu dengan seorang gadis misteri bernama Gigi Andalucia dan Kenneth Sleg, iaitu komandan Earth Federation yang ditugaskan untuk memburu Mafty. Di bahagian pertama trilogi ini, Hathaway lebih banyak mengimbau trauma masa lalu dan memberitahu ideology Mafty yang dilakukannya.

Kurang aksi mecha dalam filem ini

Gundam Hathaway mempunyai persembahan yang menarik untuk ditonton sepanjang 90 minit, terutama babak pertarungan Gundam-nya. Namun, dalam filem ini mereka tidak banyak menggunakan babak aksi mecha sebagai fokus penceritaan. Aksi Gundam di cerita ini tidak diberikan tumpuan, kerana hanya ada dua babak besar iaitu adegan serangan Mobile Suit di daratan dan pertarungan Gundam vs Gundam antara pasukan Hathaway dengan Earth Federation di kemuncak filem. Mungkin peminat akan rasa sedikit kecewa kerana filem ini tidak memiliki banyak aksi pertarungan mecha seperti yang diharapkan di setiap filem dan animasi Gundam yang lepas.

Watak utama dijadikan sebagai penjahat  

 

Hathaway Noa (CV Nozomu Sasaki)

Hathaway Noa merupakan watak utama dalam filem ini, dan dia membawa nama Mafty Navue Erin sebagai ketua organisasi pengganas Mafty yang membawa pemahaman rasis pada Earth Federation. Hathaway juga seorang juruterbang Mobile Suit yang cekap, tetapi babak pertarungannya menggunakan Gundam agak sedikit dalam filem ini.

Gigi Andalucia (CV Reina Ueda)

Seorang wanita muda cantik yang mampu menarik perhatian lelaki dan membuat wanita cemburu. Dia diperkenalkan di Haunzen Flight 356, sebuah pesawat ulang-alik ke Hong Kong. Tujuan perjalanannya ke Hong Kong dan asal-usulnya masih misteri dan tidak begitu jelas dalam filem ini. Perwatakan Gigi telah berjaya menarik perhatian Hathaway dan membuatkannya menceritakan identiti sebenar Mafty serta kejadian Char’s Counterattack. Gigi juga cuba mencari penyelesaian kepada konflik masa lalu Hathaway sepanjang filem ini.

Kenneth Sleg (CV Junichi Suwabe)

Kenneth Sleg merupakan pegawai Earth Federation berpangkat Kolonel, dan ditugaskan untuk menentang gerakan pengganas Mafty. Sebagai komandan dalam operasi ini, dia telah mengetahui rahsia sebenar Hathaway dan ingin membalas dendam kerana telah menewaskan rakan baiknya semasa pertempuran Mobile Suit.

Buat pertama kalinya, Sunshine telah menjadikan watak utama sebagai penjahat dalam francaise mereka. Hathaway telah menyamar sebagai ketua kepada kumpulan Mafty, dan mempunyai pemahaman dimana dia perlu menghapuskan penduduk Earth Federation bagi mengekalkan status mereka yang hidup di Earth. Malah, dia juga diburu kerana telah melakukan protes jalanan dan beberapa siri serangan terhadap menteri-menteri Earth Federation.

Tidak seperti filem-filem Gundam yang lain, Earth Federation sebelum ini dianggap sebagai musuh utama dalam francais. Namun, dalam filem ini, mereka telah dijadikan hero yang menentang Hathaway dari melakukan keganasan di Earth. Malah, konflik dalam Gundam Hathaway lebih memfokuskan pada krisis pemerintahan tentera dan masalah rasis antara Earth Federation dan koloni Interstellar.

Kebanyakkan adegan watak Hathaway hanya tertumpu kepada flashback yang berlaku di filem Mobile Suit Gundam: Char’s Counterattack. Penonton tidak dijelaskan secara terperinci bagaimana Hathaway menyertai gerakan Mafty dan mempunyai fahaman rasis pada Earth Federation. Malah, hubungan Gigi dan Hathaway dalam filem ini seperti tergantung, dan mungkin akan dapat dilihat pada bahagian kedua trilogi Gundam Hathaway.

Visual

Seperti semua produksi Gundam moden, filem ini nampak lebih luar biasa dengan gaya seninya kearah Gundam The Origin, yang dikatakan salah satu media Gundam paling menarik sehingga sekarang. Malah grafik mobile suit nampak lebih hebat di setiap babaknya. Satu perkara yang saya minat dalam filem ini adalah keseluruhannya berlatarkan Asia Tenggara. Visual budaya Asia telah disampaikan dengan cukup sempurna oleh produksi Sunshine.

Perkara lain yang menarik perhatian saya ialah kredit pembukaan untuk filem ini, dimana ia telah mempersembahkan peristiwa Char’s Counterattack dengan sangat kemas. Walaupun ianya masih ada kekurangan kerana filem ini banyak tertumpu kepada watak Hathaway dan flashback Char’s Counterattack, tetapi mereka telah memberikan sentuhan hebat untuk pertarungan Hathaway dalam 3D.

Pendapat

Secara jujurnya, Sunrise sepatutnya menyatakan filem Gundam Hathaway sebagai OVA seperti Gundam Unicorn. Filem ini telah memberi banyak teaser untuk watak UC yang bakal kembali apabila Hathaway dan Gigi berpisah di penghujung babak. Malah, Gundam Hathaway merupakan sebuah filem yang sangat perlahan kerana ia banyak mengisahkan tentang watak utama bercerita mengenai Char’s Counterattack.

Di sebalik semua ini, saya harap Gundam Hathaway akan memberikan sesuatu yang lebih banyak untuk bahagian akan datang. Tetapi saya masih boleh katakan filem ini sangat menarik untuk ditonton dan tidak sabar untuk melihat dua lagi bahagian dari trilogi Gundam Hathaway.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: filemgundamMobile Suit Gundam Hathawaynetflix
Previous Post

Review Godzilla Singular Point- Wajib atau tidak anda tonton Kaiju-kaiju ini?

Next Post

Bermula hari ini hingga 21 Julai, Pra-Pesan HUAWEI MateView dan MateView GT dan dapatkan rebat RM100!

Amir Haziq

Amir Haziq

Pelajar RekaBentuk Permainan Digital. Peminat Nintendo dan gunpla dari dulu hingga sekarang. Separuh masa pelajar dan separuh masa pemain kompetitif permainan mobile.

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Bermula hari ini hingga 21 Julai, Pra-Pesan HUAWEI MateView dan MateView GT dan dapatkan rebat RM100!

Bermula hari ini hingga 21 Julai, Pra-Pesan HUAWEI MateView dan MateView GT dan dapatkan rebat RM100!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd