Bakal dilancarkan pada 15 November 2022, Floodland adalah game city-builder strategy yang mengambil tempat semasa bumi telah hancur akibat perubahan iklim dan kenaikan paras air laut yang sangat teruk. Anda sebagai pemain akan memilih dan memimpin clan untuk meneroka, membangun dan membina semula tamadun manusia.
Kami bernasib baik kerana dapat mencuba terlebih dahulu dan review ini adalah berdasarkan demo yang diberikan. Tunggu apa lagi, mari kita mulakan dengan review Floodland.
Pandangan pertama

Memandangkan game ini berlaku selepas bencana besar yang mengakibatkan sesuatu tempat sunyi dan terbiar, saya dapat rasa elemen yang digunakan pada grafik sangat sesuai dalam keadaan seperti itu. Walaupun keadaan nampak lebih suram akibat kesan selepas perubahan iklim, saya tetap boleh menikmati grafik yang ditampilkan dengan warna-warni suasana game ini.

Sambung pada bahagian grafik, terdapat satu perkara yang paling saya tertarik adalah art-style 2D yang digunakan dalam game ini, terutama sekali adalah reka bentuk watak dan potret. Bukan itu sahaja, UI dan HUD yang digunakan juga sangat menarik perhatian dengan pelbagai warna yang digunakan.
UI yang dipaparkan pada skrin nampak begitu kemas dan tidak penuh seperti game city builder yang lain. Cuma apa yang saya perasan adalah susunan item dalam tab “Technology Development” tidak terlalu kemas. Pada tab utamanya adalah sangat kemas dan tersusun. Apabila pergi ke sub-tab seperti Survival, Living, Exploration dan Development, ia agak berterabur dan sepatutnya disusun dengan sangat kemas supaya pemain dapat mencari bangunan yang diperlukan dengan sangat laju.
Lagu background Floodland menampilkan muzik dengan membawa tema ambient yang sangat lembut dan santai. Secara tidak langsung memberikan suasana yang tenang apabila mendengarnya dan sangat sesuai dengan tema game ini.
Gameplay

Pada pengawalan game, anda akan memilih satu clan diantara 4. Mereka masing-masing mempunyai worldview dan clan trait yang berlainan dan unik. Worldview adalah jenis nilai yang mereka utamakan apabila cuba membina semula tamadun. Manakala clan trait pula adalah pasif kekal yang anda peroleh.
Contoh yang saya boleh berikan adalah clan Berkut-3. Worldview mereka adalah New World Autocracy yang bermaksud clan yang menghargai sains dan pemikiran rasional. Clan trait mereka pula adalah Explorer yang dapat memberi rangsangan 50% pasif apabila ia berkaitan dengan pencarian clan dan mengumpul barang.

Perlu saya ingatkan yang review ini adalah versi demo sahaja dan saya tidak dapat melihat worldview beraksi dengan lebih mendalam. Besar kemungkinan, ia akan menjejaskan keseluruhan clan apabila pemain memilih keputusan yang betul dan sesuai dengan worldview itu tadi.
Game seperti Floodland ini sudah pasti mempunyai difficulty yang berbeza di mana anda boleh memilihnya dan akan memberikan kesan kepada ciri-ciri game seperti sumber dan penyakit. Walaupun saya bermain dengan difficulty default, saya dapat rasakan yang ia sangat mencabar.

Terdapat satu ciri yang saya sangat gemari dalam game ini berbanding game lain iaitu anda boleh memberikan tugasan kepada pekerja untuk lakukan carian kawasan. Kalau game-game lain, anda perlu klik pekerja dan menyuruh mereka untuk membuat kerja satu per satu. Daripada melakukan perkara seperti itu, lebih baik lakukannya secara menyeluruh dengan mencari kawasan sekali gus.
Dengan adanya ciri-ciri seperti ini, anda boleh menjimatkan lebih banyak masa dalam bahagian pencarian sumber. Hal ini kerana anda akan sibuk dengan mengurus bangunan lain dengan memberikan tugasan kepada pekerja dan tidak di biar kosong.

Selepas memberikan tugasan kepada pekerja, anda perlu mencari sekumpulan pengakap yang berdekatan untuk menjemput mereka bagi menyertai clan anda. Tetapi terdapat satu perkara yang anda perlu pastikan ianya mencukupi adalah makanan. Jika makanan tidak mencukupi, anda boleh lakukan sebaliknya di mana pemain tidak perlu mencari dan menjemput mereka untuk menyertai clan.
Sudah selesai tugasan tadi, sudah tiba masanya untuk masuk kepada gameplay utama. Progress pembangunan akan dibuka mengikut sumber penting yang bernama mata “Research”. Ia boleh didapatkan selepas selesai membuat tugasan dan bangunan yang boleh menghasilkannya. Namun, menyelesaikan tugasan adalah satu-satunya cara untuk mendapatkannya buat masa sekarang.

Sesetengah bangunan boleh sahaja “research” terus tanpa menggunakan mata “Research”. Namun, kebanyakan bangunan perlu dibangunkan menggunakan mata “Research”. Bangunan juga boleh mempengaruhi sumber di mana terdapat bangunan yang akan membuka sumber baharu.

Bercakap tentang hubungan bangunan dan sumber, terdapat satu lagi bangunan yang berkait dengan bangunan yang menghasilkan sumber iaitu “resource patch”. Terdapat satu jarak yang boleh memaksimumkan sumber di mana “resource patch” menjadi fokus utama yang dikelilingi oleh bangunan lain. Selepas membina bangunan, anda tidak boleh mengalihkannya tanpa memusnahkannya.
Kesimpulan

Walaupun ianya hanya versi demo, saya dapat bermain dengan sangat seronok dan sangat menghargai masa yang saya luangkan untuk bermain game ini. Namun, terdapat pelbagai ciri game yang tidak dapat saya dalami seperti “clan profile page” di mana ia membolehkan anda untuk menetapkan skill kepada ahli-ahli dan meningkatkan level mereka.
Tambah pula dengan reka bentuk persekitaran, UI dan HUD yang sangat sesuai dengan tema, ia membuatkan saya rasa lebih mendalami situasi yang sedang dialami. Dalam masa yang sama, ia memberikan atmosfera yang begitu santai.

Secara keseluruhan, saya rasa ia sangat sesuai kepada semua jenis pemain termasuk kepada anda yang mungkin baru nak mencuba game city-builder. Kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan game ini, Floodland akan tersedia pada 15 November 2022 di PC melalui Steam.
Untuk mendapatkan review lain mengenai game dan teknologi, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post