Filem Drive My Car baru sahaja dilepaskan di platform MUBI, tetapi kami telah mendapat peluang untuk menontonnya lebih awal. Kepada anda yang tidak tahu, filem ini baru sahaja memenangi anugerah OSCAR yang berlangsung hujung Mac yang lalu. Filem ini telah memenangi kategori “International Feature Film”, bersaing dengan filem hebat lain seperti The Hand of God, Lunana: A Yak in the Classroom dan The Worst Person in the World. Mari kami ceritakan sedikit sebanyak mengenai filem ini.
Drive My Car merupakan filem adaptasi daripada koleksi cerpen yang ditulis oleh Haruki Murakami, Men Without Women. Filem tersebut sebenarnya telah menggabungkan dua cerita lain daripada antologi ‘Scheherezade’ dan ‘Kino’. Untuk pengetahuan anda, cerita ini sebenarnya 50 muka surat, memang sesuatu yang agak susah untuk diadaptasi dalam masa 3 jam. Ingin tahu mengapa filem ini mendapat anugerah Oscar tersebut, jom baca review kami ini!

Sinopsis Drive My Car
Yusuke Kafuku (Hidetoshi Nishijima), seorang pelakon dan pengarah pentas, telah berkahwin dengan Oto (Reika Kirishima), seorang penulis skrip. Namun, Oto tiba-tiba meninggal dunia selepas meninggalkan satu rahsia. Dua tahun kemudian, Kafuku telah menerima tawaran untuk mengarahkan pementasa drama di festival teater dan memandu ke Hiroshima dengan keretanya. Di sana, dia bertemu dengan Misaki (Toko Miura), seorang wanita pendiam yang ditugaskan untuk menjadi pemandunya. Semasa mereka menghabiskan masa bersama, Kafuku berhadapan dengan misteri yang ditinggalkan isterinya yang secara senyap menghantuinya.
AMARAN! TERDAPAT KANDUNGAN SENSITIF PADA REVIEW INI.
Persembahan Drive My Car
Drive My Car menunjukkan konsep biasa yang digunakan dalam kebanyakkan filem Jepun. Terdapat beberapa adegan di mana kamera kelihatan seperti berkeliaran atau watak-watak dibiarkan bersendirian dalam kesunyian sambil memikirkan perkara yang terjadi pada mereka. Saya agak suka cara persembahan filem ini kerana ia ada menunjukkan realiti kehidupan. Ia sememangnya sentuhan yang baik.

Filem ini juga boleh saya terangkan seperti “biasa”, tetapi bukan dengan maksud yang tidak baik. Maksud saya, walaupun Yusuke Kafuku seorang pelakon dan pengarah pentas, tetapi itu bukanlah tumpuan utama filem ini. Di sebalik tirai, watak-wataknya ada yang kelihatan biasa, kelihatan segak mungkin juga ada pelakon tambahan dalam produksi filem. Ia seperti menghubungkan anda dengan watak-watak ini. Melalui mereka juga, anda boleh memproses keadaan mereka luar biasa itu dengan “lebih mudah.”
Saya agak terkejut juga apabila mendengar behasa Melayu dalam filem ini, tetapi itulah kekuatan Yusuke yang mahir dengan pelbagai bahasa. Walaupun filem ini sepenuhnya dalam bahasa Inggeris tetapi ini ialah sentuhan kecil yang boleh memberikan kesan yang kuat. Lebih-lebih lagi pada ekspresi dan emosi watak yang turut membawa keseluruhan filem ini pada tahap yang lain.

Penceritaan yang liminal
Sejujurnya, karya Murasaki banyak menyentuh perkara yang dianggap sebagai sensitif untuk masyarakat seperti seks, realisme / surealisme dan intropeksi yang mendalam. Jadi, ia sememangnya membuka ruang untuk perbincangan oleh pembaca. Saya rasa ini merupakan adaptasi pertama karyanya di mana gaya persembahannya lebih halus dan ditunjukkan melalui interaksi watak dan subjek. Ia membuatkan saya rasa adaptasi ini merupakan tafsiran Hamaguchi (pengarah filem) dan bukannya adaptasi yang 100% sama daripada karya Murasaki.
Yusuke Kafuku bukan satu-satunya watak dalam filem ini. Kita juga ada isterinya, Oto, Misaki Watari, pelakon untuk produksi teater oleh Yusuke. “Uncle Vanya” oleh Anton Chekhov turut terlibat serta watak yang bergelut dengan masalah mereka sendiri. Walapun mereka tidak begitu penting, tetapi mereka masih perlu bersaing untuk membuat persembahan yang berkemungkinan sukar untuk difahami oleh penonton.

Kaedah latihan Yusuke, selain cara dia mengarahkan, agak original. Nama Oto menjadi pedih untuknya, apabila dia mendengar rakaman “Uncle Vanya” pada kaset, membacakan baris skripnya dalam kesunyian. Selepas meminta Misaki menemaninya untuk menghantarnya ke mana-mana sahaja dengan kereta lama kesayangannya, kita dapat lihat bagaiman kedua watak itu mula rapat. Yusuke yang menjaganya dan memberi kelonggaran untuknya menggunakan kenderaan itu dan boleh lihat yang dia sangat mempercayai Misaki. Agak susah untuk saya ulaskan dengan perkataa, tetapi saya boleh katakan ia agak menyayat hati dengan adegan seperti ini.

Kesimpulan
Pada pendapat saya, Drive My Car sangat mengagumkan dengan penggunaan kekuatan bahasa. Walaupun anda tidak memahami kata-kata orang lain, tetapi anda dapat mengetahuinya melalui pergerakan dan ekspresi mereka. Kepada saya ia lebih kepada “art film” yang sememangnya memerlukan anda tonton dengan menghayati perkara yang ingin ditunjukkan. Kalau anda masa terluang dan ingin tahu bagaimana filem ini boleh menempatkan namanya sebagai pemenang di Oscar 2022, boleh pergi ke platform MUBI untuk menontonnya. Untuk membaca review lain daripada kami, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post