Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Review anime DOTA: Dragon’s Blood (spoiler) – Alami sejarah rumitnya dalam bentuk anime!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
March 18, 2021
in Animasi, Anime, Artikel, Berita, Movie Review, Movie/siri, Netflix, Review
0 0
0
Review anime DOTA: Dragon’s Blood (spoiler) – Alami sejarah rumitnya dalam bentuk anime!
Share on FacebookShare on Twitter

Baru sahaja diumumkan bulan lepas, ramai peminat Dota dari seluruh dunia tidak menjangkakan sebuah adaptasi anime sedang dalam pembikinan. Saya sendiri pun agak terkejut, tetapi selepas fikir semula, “menarik juga DOTA ada anime kan?”. Rasanya sudah tiba waktu untuk Valve mengembangkan harta intelek mereka! Di sini, saya harus mengaku bahawa saya bukanlah peminat tegar kepada francais Dota, dan hanya tahu asas-asas permainan sahaja. Akan tetapi, saya mempunyai kelebihan kerana dapat menilai atau review anime Dota ini, sebagai peminat (bukan tegar) dan juga sebagai orang luar.

Oleh itu, inilah ulasan saya tentang DOTA: Dragon’s Blood, yang dihasilkan oleh Ashley Miller dan dianimasikan oleh Studio MIR, yang mempunyai 8 episod berdurasi kira-kira 25 minit. Netflix telah memberikan akses awal kepada saya untuk anime ini, jadi terima kasih banyak-banyak kerana biarlah saya ceritakan pengalaman saya menonton anime ini untuk anda semua. Harap maklum, ulasan ini mempunyai banyak SPOILER! Saya sudah beri amaran! Jika anda berminat untuk tahu, teruskan. Jadi tanpa melengahkan masa lagi, mari kita mulakan.

Gaya animasi dan penampilan keseluruhan

Studio MIR telah melakukan tugas yang cukup baik secara keseluruhan, di mana mereka berjaya menggabungkan seni 2D dan 3D dalam cara yang halus dan lancar. Sudah tentu, ia tidak sempurna di mana saya merasakan seninya tidak sesuai atau janggal pada sesetengah adegan. Terrorblade mempunyai aura hijau yang menyeramkan, sekaligus menjadikannya seperti iblis yang jahat. Ini membantu rekaannya, dan jika dibandingkan dengan watak lain, ini membuatkan penampilannya lebih menonjol.

Pada masa yang sama, kita dapat melihat wajah Davion tanpa topi perisai berbanding wataknya dalam permainan, dan sejujurnya, saya memang suka. Akan tetapi, saya tidak beberapa suka transformasinya! Reka bentuk dan citarasa seni adalah sepenuhnya subjektif untuk setiap orang, jadi mungkin ada orang lain yang suka. Namun, saya tidak merasa ia cukup menyampaikan sifat seekor ‘naga’.

Untuk Mirana, saya tidak ada sebarang isu. Pakaian yang dia sering pakai dalam anime sudah cukup “cun“, sambil mengekalkan aura seorang pahlawan. Pakaian dia juga akan berubah apabila dia semakin menghampiri dengan Nightsilver Wood, yang menunjukkan bahawa dia jauh dari kediaman asalnya.

Fymryn adalah seorang “elf” perempuan yang agak comel, dan walaupun tidak selalu menonjol, dia mempunyai kuasa yang hebat manakala Selemene mempunyai sejenis cahaya ungu di sekeliling, seolah-olah bunga teratai, untuk membantu membentuk penampilannya yang seperti seorang dewi, dengan rambut yang panjang dan gaun yang panjang. Itu sahaja untuk wataknya! Mari kita teruskan ke jalan cerita!

Naratif yang banyak dan rumit bergabung menjadi satu

Walaupun ia bukan masalah besar, banyak yang saya ingin bincangkan tentang jalan cerita kerana eksposisinya yang terasa sangat janggal. Terdapat banyak plot cerita yang berlaku sekaligus, dan semuanya tidak dapat disimpulkan pada penghujung episod terakhir dalam Book One. Kita ada beberapa “point” penting untuk sebuah kesinambungan, tetapi hasilnya, kelancaran cerita mungkin akan bertambah teruk dan serabut.

Cerita ini sering berubah bergantung pada naratif mana yang sedang difokuskan, dan sebagai kaedah untuk bercerita, ia tidak salah. Dari apa yang saya lihat, kita ada sekurang-kurangnya tiga naratif berbeza dalam anime. Di bawah, Saya akan menjelaskan plot cerita yang paling jelas sambil menceritakan kisah perjalanan bagi watak-watak utama.

Plot cerita Davion

Kami bertemu dengan Davion ketika dia sedang memburu seekor naga, dengan bantuan rakan sepasukannya, Bram. Tidak lama kemudian, kita berjumpa dengan seorang lelaki jahat yang ingin seekor “eldwurm” yang sedang tidur berdekatan kota. Davion memberitahu lelaki itu untuk jangan buat apa-apa sementara dia pergi untuk mendapatkan pertolongan, di mana dia bertemu Mirana dan Marci buat pertama kalinya semasa sedang berminum. Selepas itu, Mirana dan Marci bertemu dengan seorang “elf” lelaki untuk mendapatkan maklumat tetapi itu saya akan ceritakan kemudian. Kehadiran elf ini juga memberi tahu kita tentang sikap rasis manusia kepada kaum elf.

Lelaki jahat yang saya sebutkan di atas tadi pula dirasuki oleh Terrorblade dan serta merta pergi memburu eldwurm yang rupa-rupanya adalah Uldarak. Selepas mengetahui tentang hal ini, Bram teleportasi ke Dragon’s Hold untuk melaporkan kejadian dengan menitiskan darahnya pada sejenis skrol ungu.

Terrorblade berjaya membunuh eldwurm itu, dan nampaknya menunggu di kubu raksasa itu untuk merasuk Davion. Slyrak (disuarakan oleh pelakon suara asli dari permainan) yang menyorok tidak boleh sabar lagi dan muncul untuk bertarung dengan Terrorblade tetapi tercedera dalam pertarungan mereka. Davion datang dan ingin mengakhiri penderitaannya, tetapi tiba tiba, lehernya dikelar lalu dirasuk oleh Slyrak.

Plot cerita Mirana

Sambung dari naratif di atas, elf yang saya sebutkan tadi cuba menjual Mirana dan Marci ke perdagangan seks, tetapi gagal. Berkat “Gem of True Sight” yang diberi oleh Shopkeeper, mereka bertemu dengan seorang “individu misteri“. Mirana juga membunuh beberapa orang dengan bantuan Marci demi menolong Davion supaya mereka dapat mengembara bersama-sama, tetapi terkejut selepas dapat tahu bahawa Davion boleh berubah kepada Galra (kerana dirasuk oleh Slyrak).

Terdapat satu masa di mana Mirana terpisah dari kumpulan dan menemui hantu (merupakan orang yang telah diubah oleh Bloodstone). Walaupun dia boleh sahaja membunuh penyamun. Mirana tidak berani membunuh hantu-hantu ini. Agak pelik kan? Ternyata, ia hanya digunakan sebagai plot untuk membantu Davion melepaskan diri.

Mereka bertemu semula, dan kita boleh melihat sejenis hubungan romantik berputik antara Mirana dan Davion. Mirana menceritakan tentang rasa hormatnya kepada Selemene dan merasa bahawa dia berhutang budi kepada dewi tersebut kerana menolong dan menyelamatkan orang yang mengembara ke Nightsilver Woods.

Kemudian ada plot twist, dan rupanya Selemene bukanlah seperti dewi “baik hati” yang kita sangkakan. Kebenarannya sudah di depan mata, namun Mirana masih merasakan ia adalah tugasnya untuk mengembalikan keamanan kepada Nightsilver Woods, demi Selemene.

Plot cerita Fymryn

 

Sebelum saya cerita tentang Fymryn, saya agak tertekan kerana sari kata asyik salah eja namanya. Saya berharap Netflix sudah betulkan isu ini semasa tayangan rasmi. Kembali kepada topik asal, Fymryn adalah seorang elf perempuan dari Coedwig yang mampu menggunakan kuasa bayang serta pandai menyamarkan diri. Fymryn percaya bahawa dengan memberi Lotus of Mene kepada “individu misteri“, ia boleh mengembalikan Mene. Fymryn duduk di dalam satu pod dengan tiga Elf lain. tetapi kita tidak tahu banyak tentang mereka, dan cuma tahu mereka berempat saling menyayangi antara satu sama lain.

Fym mendapat duit syiling ketika mereka bertemu dengan individu misteri ini, yang mengambil bunga lotus itu darinya dan mengejek Fym kerana terlalu mempercayai kisah dongeng lama. Bersama dengan tiga elf tadi, Fym bertemu Luna tetapi dia membunuh semua elf kecuali Fym. Nasib baiklah, Fym diselamatkan oleh individu misteri yang disebutkan di atas.

Apakah kaitan duit syiling itu? Saya pun tidak tahu kerana anime tidak mendedahkan apakah fungsi sebenarnya. Akhir sekali, Fym bertemu dengan Mirana dan Davion untuk mengembalikan lotus yang dicurinya, dan juga berjaya membalas dendam terhadap Luna walaupun tidak membunuhnya, jadi itulah alkisahnya.

Plot cerita Terrorblade

Kami pertama kali menemui watak ini dalam episod pertama di mana dia merasuki badan seseorang untuk membunuh eldwurm bernama Uldorak. Dia membuat sejenis kesepakatan tertentu, dengan syarat “tujuh roh untuk satu“, lalu menyerap kekuatan Selemene. Saya sendiri pun terkejut melihat dia tidak begitu banyak muncul dalam anime ini tetapi membuat penampilan di episod terakhir dan kemudian hilang, mungkin sehingga musim seterusnya. Sangat-sangat pendek! Itu sahaja yang diceritkan tentang Terrorblade. Mungkin dia ada penglibatan yang lebih besar di Book Two?

Kesimpulan “Book One”

Banyak perkara yang anda perlu hadam kerana banyak juga isi-isi yang saya tinggalkan dalam ulasan di atas. Bagi Davion, kita ada plot di mana dia dibunuh dan dirasuki oleh eldwurm (Slyrak), pastuh kita ada Kaden yang rakan-rakan ksatrianya dibunuh oleh Slyrak, dan sedang merancang untuk mengusir Slyrak dari tubuh Davion. Pada masa yang sama, kita ada Selemene yang membuat pembunuhan beramai-ramai ke atas para elf yang tidak memujanya, dan subplot Luna yang sama jahat seperti Selemene.

Semuanya baik-baik sahaja tetapi banyak perkara yang saya rasa “tergantung”. Saya harus mengakui bahawa jika anime ini tidak mempunyai nama Dota di dalam tajuk, kemungkinan besar saya tidak akan menontonnya. Sekiranya anda bukan peminat pun, masih ada banyak yang kita boleh nikmati semasa melihat anime ini. Namun, saya percaya Dragon’s Blood boleh menjadi lebih bagus jika mempunyai jalan cerita yang memberi fokus kepada satu. Buat masa sekarang, saya hanya merasakan ia adalah anime standard yang kebetulan mempunyai watak Dota di dalamnya.

Ia agak sukar untuk memberikan sebuah rumusan untuk membantu pembaca faham kerana memang terlalu banyak yang pihak produksi ingin tunjukkan hanya dalam lapan episod, lantas membuatkan anime ini ‘berakhir’ secara tidak memuaskan. Setiap watak mempunyai motif masing-masing, dan ia terlalu berbeza sehingga merumitkan jalan cerita keseluruhan. Saya berharap Book Two mempunyai lebih banyak episod, atau sekurang-kurangnya memberi kesimpulan yang memuaskan kepada salah satu plot cerita ini tanpa memperkenalkan naratif baru yang lebih rumit.

Adakah saya akan mengesyorkan rancangan ini kepada penonton baru? Mungkin ya, tetapi untuk peminat tegar, anda harus 100% tonton anime ini dan bincangkan pendapat anda bersama saya. Harap maklum bahawa anime ini juga mempunyai sari kata bahasa Melayu, jadi jika ada istilah yang kamu tak faham, boleh lah rujuk sari katanya. Terima kasih Netflix!

Itu sahaja untuk review anime DOTA: Dragon’s Blood ini! Jangan lupa untuk tonton anime ini yang ditayangkan secara ekslusif di Netflix pada 25 Mac! Untuk segala liputan kami tentang francais DOTA: Dragon’s Blood, sila tekan pautan ini. Sehingga kita berjumpa lagi, selamat ber-gaming!

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: animasianimeDOTA : Dragon's BloodDota 2netflixreviewulasan
Previous Post

Review The Outerworld: Murder On Eridanos – Misteri baru untuk kita bongkarkan!

Next Post

Lebih maklumat dikongsikan untuk FINAL FANTASY VII REMAKE INTERGRADE

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Reviu DOOM: The Dark Ages – Zaman Berubah, Tapi Slayer Kekal Brutal!
Review

Reviu DOOM: The Dark Ages – Zaman Berubah, Tapi Slayer Kekal Brutal!

Reviu The Elder Scrolls IV: Oblivion Remastered – Legenda Lama, Diberi Nafas Baharu
Review

Reviu The Elder Scrolls IV: Oblivion Remastered – Legenda Lama, Diberi Nafas Baharu

DAN DA DAN: Evil Eye Akan Tayang di Pawagam Malaysia – Tarikh, Sinopsis & Bonus Eksklusif
Anime

DAN DA DAN: Evil Eye Akan Tayang di Pawagam Malaysia – Tarikh, Sinopsis & Bonus Eksklusif

May 9, 2025
Next Post
Lebih maklumat dikongsikan untuk FINAL FANTASY VII REMAKE INTERGRADE

Lebih maklumat dikongsikan untuk FINAL FANTASY VII REMAKE INTERGRADE

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Honkai: Star Rail x Fate/stay night [Unlimited Blade Works] Akan Bermula 11 Julai!
Berita

Honkai: Star Rail x Fate/stay night [Unlimited Blade Works] Akan Bermula 11 Julai!

May 4, 2025
Black Clover – Asta Kecundang, Tinggal Yuno Seorang Diri Melawan Lucius
Anime

Black Clover – Asta Kecundang, Tinggal Yuno Seorang Diri Melawan Lucius

May 2, 2025
Trailer Baru Ejen Ali The Movie 2 – Ali Beraksi Dalam Sut Satria, Ejen Rizwan Berpaling Tadah?
Filem

Trailer Baru Ejen Ali The Movie 2 – Ali Beraksi Dalam Sut Satria, Ejen Rizwan Berpaling Tadah?

May 2, 2025
Kisah Sebenar Uchiha Itachi – Bukan Penjahat, Tapi Wira Tragis
Fakta & Trivia

Kisah Sebenar Uchiha Itachi – Bukan Penjahat, Tapi Wira Tragis

May 1, 2025
Papa Zola: The Movie – Game On Akan Hadir Ke Pawagam Disember Ini!
Filem

Papa Zola: The Movie – Game On Akan Hadir Ke Pawagam Disember Ini!

May 1, 2025
Pengalaman Kami di One Piece Asia Hunt – Menggembara Bersama Kru Straw Hat
Jom Singgah!

Pengalaman Kami di One Piece Asia Hunt – Menggembara Bersama Kru Straw Hat

April 30, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd