Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Review Diablo Immortal Beta: Mencuba kelas Necromancer & sistem leveling baru!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
November 15, 2021
in Android, ARPG, Artikel, Berita, Game Review, iOS, Mobile, Review
0 0
0
Review Diablo Immortal Beta: Mencuba kelas Necromancer & sistem leveling baru!
Share on FacebookShare on Twitter

Diablo Immortal secara rasmi mengadakan ujian beta tertutup sejak hujung bulan Oktober lalu. Mungkin ada di kalangan korang yang berpeluang mencuba, tetapi bagi mereka yang kurang bernasib, saya akan cuba menyampaikan pengalaman gaming saya dalam review Diablo Immortal versi Beta. Tanpa melengahkan masa lagi, inilah review saya!

Kelas Necromancer

May be an anime-style image of text that says 'NECROMANCER NEXT'

Antara content paling menarik dalam versi ujian beta adalah kelas baru bernama Necromancer yang boleh mengawal raksasa ala-ala skeleton yang terdiri dari pelbagai jenis, bermula dari askar biasa, penyihir dan askar pemanah. Selain daripada keupayaannya untuk menyeru skeleton, anda boleh memanfaatkan Chain Reaction pada kelas ini.

Chain Reaction

Necromancer mempunyai skil pasif iaitu apabila musuh atau askar Skeleton anda mati, mayatnya dilepaskan (pasif ini telah muncul sejak “Diablo II”). Dalam Immortal, pemain boleh menggunakan skil Corpses Explosion untuk meletupkan semua mayat di kawasan sekeliling, lalu menyebabkan damage yang besar kepada musuh, serta mempunyai tempoh cooldown yang singkat. Walau bagaimanapun, jika skil yang sama terkena pada musuh yang sama, damage keseluruhan juga akan berkurangan.

“Mayat” sangat penting bagi Necromancer. Selain membunuh musuh, pemain dapat menggunakan skil Grim Scythe untuk menghasilkan mayat. Skill tersebut menunjukkan Necromancer menggunakan sabit untuk menebas, lalu menyebabkan damage pada musuh dalam jarak tertentu , di mana setiap musuh yang terkena akan menjadi mayat. Kombinasi kedua skill tersebut dapat mengeluarkan damage yang tinggi.

Skeleton Army

Skil utama yang sangat penting untuk Necromancer, di mana dia boleh memanggil pelbagai jenis Skeleton seperti yang saya sebutkan di atas. Bagaimanapun, seperti Diablo III, tiada skil untuk memanggil semula askar yang mati. Sebaliknya, anda boleh menggunakan gem yang boleh di craft, dari drop atau dibeli untuk memberi anda peluang menyeru Hydra yang meludah bola api apabila membunuh musuh.

Skil Command Skeleton boleh dipertingkatkan dengan mendapatkan kesan tambahan daripada equipment legendary. Seperti askar Skeleton biasa, mereka boleh diubah menjadi kapten Skeleton yang kuat melalui equip Crown of The Gilded Leash, yang bukan sahaja mempunyai sejumlah darah yang besar, tetapi juga melepaskan skilnya. Kapten Skeleton akan mengikut pemain sehingga dia mati, tetapi boleh diseru semula.

Sebaliknya, skil Skeletal Mage akan menyeru Skeleton penyihir yang mampu melontarkan sihir seperti letusan api atau anak panah kilat ke arah pihak lawan. Selepas memanggilnya, anda boleh teruskan dengan memanggil Grim Reaper yang lebih kuat dan mempunyai mobiliti tinggi dengan mengorbankan masa cooldown selama 13 saat.

Aksi PVP

Pada late-game, pemain akan mengambil bahagian dalam PVP dengan beberapa pasukan sekaligus, di mana Necromancer pasti akan menjadi support terkuat dalam pasukan. Memandangkan pemain menggunakan Bone Armor untuk melindungi rakan sepasukan, dan Bone Wall untuk menghalang musuh dan serangan jarak jauh, pemain juga boleh menggunakan Bone Spike untuk menumbangkan dan stun musuh. Selain itu, Necromancer juga mempunyai skil untuk melindungi dirinya daripada serangan musuh. Anda tidak perlu takut untuk melindungi rakan sepasukan di barisan belakang.

Sistem Leveling

Sebelum ini, Blizzard menyebut bahawa dia telah merombak semula sistem XP yang boleh diperolehi apabila menyelesaikan misi. Apabila memainkannya, kami tidak pasti sama ada XP memang berkurangan atau mempunyai jurang level. Dalam versi beta, kami mendapat misi harian daripada Bounty Board. Semasa versi alpha lalu, kami mendapat misi harian pada level 50.

Jika dibandingkan dengan versi, untuk beta kali ini saya boleh menyelesaikan 16 misi harian setiap hari manakala versi alpha hanya terdapat 12 misi. Tetapi jumlah maksimum misi yang boleh diambil hanya 4. Sebaliknya Weekly Bounties yang boleh dijalankan setiap minggu adalah sebanyak 45 kali demi mendapatkan ganjaran menarik.

Sokongan Controller yang tidak lengkap

Menggunakan controller menjadikan pengalaman gaming kita lebih selesa di tangan. Setakat ini, controller konsol seperti PlayStation 4, Xbox Series dan Razer Kishi sudah boleh digunakan dan serasi dengan Diablo Immortal pada versi beta. Bagi tujuan review Immortal, kami menggunakan Razer Kishi untuk membuat ujian.

Malangnya, pengalaman saya tidak begitu lancar kerana terdapat beberapa butang yang tidak responsif apabila melakukan sesuatu dalam permainan, contohnya menukar kemahiran. Semuanya masih perlu dilakukan melalui telefon pintar. Malah kadang-kadang saya tidak boleh menekan butang A untuk melangkau dialog dan harus menekan skrin. Apabila bertarung, ternyata lebih selesa, tetapi kami berharap pada masa akan datang, ia boleh menjadi lebih lancar.

Ciri In-Game Shop

Blizzard telah pun menyebut bahawa versi beta ini sudah ada ciri in-game shop untuk membeli pelbagai barangan menggunakan wang sebenar. Apa yang menarik ialah kehadiran Battle Pass. Seperti yang saya katakan sebelum ini, anda akan mempunyai Battle Pass yang mempunyai versi percuma dan juga versi berbayar. Jadi jika anda membelinya, kami akan mendapat kedua-dua versi ganjaran percuma dan berbayar.

Pendapat

Secara keseluruhan dalam review saya, Diablo Immortal versi beta adalah lebih baik. Saya hampir tidak menemui sebarang bug yang menjengkelkan. Sebaliknya, pelbagai penambahbaikan seperti kehadiran dialog turut menjadikan permainan lebih rancak. Pelbagai ciri baharu, walaupun memerlukan saiz muat turun yang besar, turut menghebatkan lagi gameplay. Malangnya, pada pendapat saya, ciri sokongan controller tambahan harus dikemaskan sedikit lagi.

Itu sahaja bagi review saya untuk Diablo Immortal versi Beta di mana game penuh akan dikeluarkan pada awal 2022 dan buat masa ini dalam peringkat beta tertutup sejak 28 Oktober lalu untuk Android. Jika anda ingin tahu tentang beta tertutup dan mahukan butirannya, bacalah artikel temu ramah kami di SINI dengan pembangun. Anda boleh memantau maklumat terkini melalui laman web rasmi di SINI.

Untuk segala liputan kami tentang Diablo Immortal, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: AndroidBETADiablodiablo immortalreview
Previous Post

Gamer RPG mobile lebih toksik daripada gamer lain!

Next Post

Pokémon Battle Festival Asia 2021 – Kejohanan online pertama Pokémon di Asia!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

aespa Membawa Sentuhan K-pop Ke Dalam Street Fighter 6 Melalui Kolaborasi Khas!
Berita

aespa Membawa Sentuhan K-pop Ke Dalam Street Fighter 6 Melalui Kolaborasi Khas!

July 1, 2025
JoJo’s Bizarre Adventure: Ora Ora Overdrive – Game Baharu Untuk Platform Mobile!
Mobile

JoJo’s Bizarre Adventure: Ora Ora Overdrive – Game Baharu Untuk Platform Mobile!

July 1, 2025
Steam Menambah “In-Game Performance Monitor” untuk Tingkatkan Pengalaman Gaming!
Teknologi

Steam Menambah “In-Game Performance Monitor” untuk Tingkatkan Pengalaman Gaming!

July 1, 2025
Next Post
Pokémon Battle Festival Asia 2021 – Kejohanan online pertama Pokémon di Asia!

Pokémon Battle Festival Asia 2021 - Kejohanan online pertama Pokémon di Asia!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd