Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Review Days Gone (PC): Satu lagi game eksklusif PlayStation yang mantap di PC!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 18, 2021
in Artikel, Berita, Drama, Game Baru, Game Review, PC, Review, Steam
0 0
0
Review Days Gone (PC): Satu lagi game eksklusif PlayStation yang mantap di PC!
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas dua tahun eksklusif di PlayStation, Days Gone akhirnya membuat debut pertama di pelantar PC. Permainan ini mendapat respon bercampur semasa pelancaran tetapi kami di Gamer Santai agak kagum dengan permainan sehingga memberikannya 7.8/10! Sekarang yang tinggal hanya satu soalan.. Bagaimanakah prestasinya di PC?

Dalam ulasan untuk versi PS4, kami menyatakan bahawa Days Gone bukanlah permainan yang berinovasi tetapi sebaliknya menggilap idea zombie yang diperkenalkan sepanjang dekad ini. Namun, dalam dua tahun selepas pelancarannya, kami telah melihat beberapa permainan zombie hebat seperti Last of Us Part II dan Resident Evil Village yang pasti membuat ramai keliru untuk memilih mana satu. Tanpa melengahkan masa lagi, jom kita selami review Days Gone (PC) ini!

Spesifikasi PC

Harap maklum. Kami mencuba Days Gone di Razer Blade 15 Advanced (2021) dan berikut adalah spesifikasi peranti supaya anda tahu kita mencuba permainan di tetapan maksimum:

  • Intel® Core™ i7-10875H 8 Core 10th Gen (2.3GHz / 5.1GHz)
  • NVIDIA® GeForce RTX 3080 Laptop GPU 8GB GDDR6 VRAM
  • 1TB SSD (M.2 NVMe PCIe 3.0 x4) + Open M.2 PCIe 3.0 x4 slot
  • Dual-channel 32GB DDR4-2933MHz (16GB x 2)

Persembahan

Bagi saya, aspek paling lemah dalam Days Gone adalah rentak jalan cerita. Ini hanyalah pendapat sendiri tetapi ia terasa sedikit kekurangan jika dibandingkan dengan permainan zombie lain. Semasa kali pertama mencuba di PS4, ia bukan satu isu yang besar, tetapi selepas mencuba permainan sekali lagi di PC, ini menjadi masalah yang agak menjengkelkan. Beberapa jam pertama dalam permainan tidak begitu menghiburkan, dan rentak jalan cerita utama agak perlahan jadi kemungkinan besar ada banyak pemain yang akan mula bosan sebelum sampai ke bahagian cerita yang menarik.

Seperti saya kata di atas, bukan jalan cerita yang menjadi masalah kepada Days Gone, tetapi RENTAK-nya. Kisah utama di mana Deacon berusaha mencari isterinya dan menyelamatkan rakannya sebenarnya sudah cukup menarik. Cuma terlalu untuk kita sampai ke bahagian menarik itu. Tambahan pula, misi sampingan yang “generic” dan persekitaran dunia yang tidak mempunyai interaksi kukuh pun tidak membantu keadaan semasa. Bagi mereka yang mengharapkan “content” baru, adaptasi Days Gone di PC datang tanpa apa-apa perubahan struktur misi dan kandungan tambahan. Perubahan yang hanya dilakukan pada grafik dan prestasi sahaja.

Prestasi

Seperti yang anda sangka, Days Gone berjalan jauh lebih baik di PC daripada di PS4. “Load time” yang lebih cepat berkat SSD dan peningkatan “frame rate” adalah penambahan yang sangat dialu-alukan. Walaupun di PS4 Pro, permainan kadang-kadang terasa lembab, tetapi prestasinya jauh berbeza di PC.

Malangnya, Days Gone PC tidak ada sokongan DLSS. Walau apapun, laptop “tester” kami berjaya mencapai sekitar 150+ fps pada resolusi 1080p. Permainan ini mempunyai keperluan sistem yang sederhana, dan kita tidak perlu GPU RTX 30-series yang paling “latest” untuk membuat permainan berfungsi dengan lancar. Selain itu, terdapat juga tetapan Field of View baru, yang menjadikan permainan lebih selesa untuk dimainkan di resolusi “ultrawide“.

Pilihan grafik semasa akan menjalankan permainan pada gamut standard, dan nampaknya kita tidak ada pilihan untuk memilih option Anti-Aliasing. Masalah ini sebenarnya boleh diatasi dengan memilih NVIDIA Profile Inspector (sama juga untuk AMD). Namun, ia lebih baik jika fungsi itu ada di dalam menu permainan. Disamping itu, HDR berfungsi dengan baik di PC, tetapi perkara sama seperti di atas harus dilakukan untuk mengaktifkan pilihan.

Pendapat

Berkat peningkatan teknikal di perkakasan, Days Gone ternyata lebih baik berbanding versi sebelumnya di PC. Walaupun saya jumpa beberapa masalah, tetapi load time yang lebih cepat dan frame rate yang lebih tinggi sedikit sebanyak membantu saya menikmati permainan dengan lebih lancar dan selesa.

Untuk sesiapa sahaja yang menginginkan pengembaraan “open-world” di dunia pasca-apokaliptik, dengan tumpuan yang besar pada jalan cerita, Days Gone adalah pilihan yang bagus. Jalan ceritanya tidak beberapa “seronok” pada awal permainan dan ini mungkin akan membosankan beberapa pemain, tetapi bagi mereka yang berjaya tahan, kamu akan menemui kisah yang menarik dan sesuatu yang lain daripada lain untuk genre seram.

Itu sahaja untuk review Days Gone (PC) ini! Anda juga boleh baca ulasan penuh kami bagi versi PS4 di sini. Untuk segala liputan kami tentang Days Gone, sila tekan pautan ini.

Gameplay video

Muat turun di sini
Days Gone
Release Date: 2019-04-26
PlayStation 4
Days Gone adalah permainan video seram kelangsungan hidup aksi-aksi 2019 yang dikembangkan oleh Bend Studio dan diterbitkan oleh Sony Interactive Entertainment untuk PlayStation 4.  
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: days goneHorrorPCPS4reviewsteamulasanzombie
Previous Post

SNK mengumumkan ketibaan Samurai Shodown bersama DLC Amakusa di Steam pada 14 Jun ini!

Next Post

Genshin Impact di Nintendo Switch nampaknya ditunda sebab Hardware yang lemah?!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Game Sekuel ‘Code Vein II’ Diumumkan, Akan Keluar 2026!
Berita

Game Sekuel ‘Code Vein II’ Diumumkan, Akan Keluar 2026!

June 7, 2025
Next Post
Genshin Impact di Nintendo Switch nampaknya ditunda sebab Hardware yang lemah?!

Genshin Impact di Nintendo Switch nampaknya ditunda sebab Hardware yang lemah?!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd