Black Shark kini kembali dengan model terbaru phone gaming yang direka khas untuk para gamer mobile. Phone ini sudah lama dilepaskan pada tahun lepas dan gamer Malaysia akhirnya mendapat peluang untuk memilikinya. Jom kita lihat apa yang menanti anda dalam Black Shark 4 Pro ini.

REKA BENTUK
Untuk reka bentuk Black Shark 4 Pro, ianya nampak simple, mungkin jika orang biasa lihat, mungkin mereka ingat ianya phone biasa. Sekali anda memasang case khas yang disediakan, anda akan lihat reka bentuknya kelihatan lebih “gamer”. Jangan risau tentang ketahanan phone ini kerana ia menggunakan metal frame dan glass backplate. Jadi ia kelihatan lebih kemas dan menarik. Tetapi bahagian backplate yang tidak dilindungi oleh phone case mungkin dipenuhi dengan cap jari anda. Tidak dilupa juga logo Black Shark yang bernyala dibelakang phone. Anda boleh menukar warna logo tersebut menggunakan aplikasi “Light Effects” yang tersedia dan cara bagaimana ia berfungsi untuk beberapa situasi seperti menerima notifikasi, mengecas malah mendengar musik.
Dengan dimensi 163.8 x 76.4 x 9.9 mm dan berat 220g, saya rasa ia agak berat. Jika anda menggunakan cooling magnet Black Shark, mungkin akan membuatkan anda kurang selesa dengan keberatannya. Tetapi apabila menggunakannya dengan lama, anda mungkin akan biasa dengannya, dan tidak begitu janggal apabila bermain game. Biasa phone mempunyai butang volume dan power pada sisi yang sama. Tetapi butang volume diletakkan pada sisi kiri bersama ruang kad sim, manakala butang power ditemani dengan butang Trigger. Bahagian bawah phone pula mempunyai port USB Type-C, 3.5mm audio jack. Ia mempunyai dua speaker tersedia di bahagian atas dan bawah phone.

PAPARAN
Black Shark 4 Pro mempunyai paparan hebat untuk pengalaman gaming anda. Ia memberikan refrest rate yang tinggi sehingga 144hz yang memberikan pengalaman yang lancar ketika anda bermain. Terdapat beberapa tetapan lain yang anda boleh gunakan seperti 60Hz, 90Hz dan 120Hz. Ini sememangnya berbeza daripada phone gaming yang lain.
Selain itu, ia juga mempunyai touch sampeling rate sehingga 720Hz, memberikan Black Shark touch delay terendah untuk memberikan game yang lebih lancar dan responsif. Sama ada anda melihat melalui skop anda dalam permainan menembak untuk membunuh dan melihat merentasi skrin untuk melancarkan spell dalam MOBA, Black Shark ini mampu meningkatkan kestabilan dan ketepatan anda.

Jika anda ingin tahu, Black Shark adalah phone pertama yng memberikan teknologi paparan dual press-sensitivity yang dipanggil Magic Press.Ini akan memberikan ketepatan yang hebat semasa bermain dalam game kompetitif. Seperti trigger fizikal, anda boleh “map” Magic Press ini. Ini memberikan anda penguasaan penuh dalam semua situasi semasa gaming dan mengurangkan masalah tertekan butang lain.
Black Shark 4 Pro menggunakan paparan E4 AMOLED daripada Samsung. Ia cantik dan jimat bateri. Ia mempunyai kelebihan ultra-narrow edge dengan kecerahan 1300 Nits dan pengurangan 15% dalam penggunaan kuasa. Peredupan DC sebenar disokong untuk anda mengelakkan sakit mata. Ia juga diperakui HDR 10+ dan menggunakan warna DCI-P3. Butiran dan warna dalam game kelihatan lebih cerah. MEMC disokong untuk memberikan pengalaman visual yang lebih lancar.

KAMERA
Dengan tiga kamera ditambah dengan perisian kamera yang canggih, ia adalah sistem kamera telefon yang paling canggih. Ia dilengkapi dengan ciri berkuasa seperti fotografi kedua 60fps, imej definisi tinggi 4K, pemandangan malam super, penstabilan imej elektronik dan banyak lagi!

Berikut ialah spesifikasi untuk kamera untuk Black Shark 4 Pro:
Modul kamera belakang:
- 64 MP Ultra HD lens
- 8 M{ HD wide-angle lens
- 5MP macro lens
Modul kamera hadapan:
- 20MP Ultra HD lens.
Walaupun bunyinya menakjubkan tetapi jika anda seorang profesional yang mengharapkan hasil foto yang lebih hebat, anda mungkin perlu mencari telefon lain. Berikut adalah beberapa gambar yang ditangkap menggunakan kamera Black Shark 4 Pro:
AUDIO
Bunyi audio yang datang dari telefon ini sangat bagus malah lebih baik daripada pembesar suara PC saya. Speaker Black Shark 4 Pro berada ditangga teratas dalam senarai DXOMARK untuk audio. Ia menampilkan speaker stereo linear dwi-simetri, dengan penguat kuasa tinggi dan juga rongga bunyi bersaiz besar yang menghasilkan kualiti bunyi terbaik.
Black Shark juga bekerjasama dengan DTS dan Citrus Logic Technology untuk memperhalusi kesan bunyi. Walaupun speaker memberikan playback muzik yang luar biasa, rakamannya juga bagus. Telefon ini dilengkapi dengan 3 mikrofon dengan pembatalan bunyi. Jadi, suara anda boleh dirakam dengan baik dan jelas walaupun dalam persekitaran yang bising.

PRESTASI
Dilengkapi dengan cip Snapdragon 888 5G, sudah tentu ia memberikan prestasi yang mantap. Teknologi pemprosesan ini teknologi 5nm termaju dengan 8-core untuk kuasa pemprosesan yang sangat pantas. CPU Kryo680 juga menawarkan prestasi yang sangat berkuasa pada phone ini.
Ia juga menampilkan UFS 3.1 RAM dan LPDDR5 ROM untuk memastikan data dipindahkan pada kelajuan terpantas dalam telefon. Jadi, anda boleh membuka game dan bertukar antara aplikasi lebih cepat daripada sebelumnya. Dengan lebar jalur 6400Mbps, kelajuan memori meningkat sebanyak 16% dan kelajuan membuka aplikasi meningkat sebanyak 25%.

KELEBIHAN GAMING BLACK SHARK 4 PRO
Sebagai telefon gaming, Black Shark 4 Pro dilengkapi dengan magnetic pop-up trigger. Ia sangat responsif dan berbaloi dengan wang yang anda bayar. Anda hanya perlu menekannya dengan lembut tanpa menggunakan tenaga yang lebih dalam game. Trigger ini juga boleh disesuaikan, memberikan kelebihan untuk game kompetitif. Sangat mudah untuk menggunakan trigger ini kerana anda hanya perlu togglel suis berdekatan trigger. Bermain dengan trigger memang menyeronokkan tetapi mungkin agak susah jika anda menggunakan headset berwayar. Jadi saya syorkan anda gunakan headset tanpa wayar atau headset yang mempunyai plug berbentuk L.

Ini adalah cara untuk anda setup trigger anda untuk setiap game yang anda main:
- Buka Shark Space. Tekan kedua-dua trigger secara serentak.
- Buka game yang anda ingin mainkan.
- Buka Game Studio dengan swipe secara menyerong pada skrin.

- Tekan MasterControl.

- Gerakkan butang trigger pada fungsi yang anda ingin gunakan.

- Sesuaikan butang tersebut mengikut kehendak anda.
- Tekan pada trigger fizikal untuk membuka tetapan.
Shark Space yang tersedia merupakan game hub khas untuk Black Shark. Kesemua game yang anda install boleh dilihat dalam aplikasi ini. Anda juga boleh menambah game yang tidak tersedia secara manual. Selain itu, ia juga membolehkan anda melaraskan status rangkaian dengan cepat, prestasi permainan, fungsi Do-Not-Disturb, tetapan master touch dan fungsi lain untuk anda kekal fokus dalam game tanpa diganggu oleh perkara lain.

Selain menggunakan trigger fizikal, anda juga boleh menggunakan Game Macro. Ia satu fungsi yang sangat bagus, lebih-lebih untuk game yang mempunyai tindakan berulang. Dengan hanya satu sentuhan sahaja, ia boleh mengurangkan keperluan untuk anda melakukan perkara yang sama dalam game.

Motion sensing juga tersedia jika anda gemar menggunakan pergerakan. Sensor giroskop akan menjejaki pergerakan telefon dan membolehkan anda melakukan enam gerakan seperti pusing ke kiri atau kanan, gerak ke hadapan atau belakang serta condong ke kiri atau kanan. Anda hanya perlu menetapkan gerakan yang ingin anda gunakan untuk permainan yang anda mainkan.
PENGALAMAN SEMASA GAMING
Saya telah memilih 3 game yang banyak dimainkan iaitu Mobile Legends: Bang Bang, PUBG Mobile dan Genshin Impact. Saya telah menggunakan tetapan grafik tertinggi pada kesemua game ini.
Mobile Legends
Game ini tidak menunjukkan sebarang lag semasa bermain. Lebih-lebih lagi pada tetapan grafik paling maksima. Suhunya juga tidaklah begitu panas ketika bermain. Jadi, memang boleh All-out kalau anda menggunakan phone ini untuk bermain MLBB.
PUBG Mobile
Pada mulanya, agak kekok juga mengguna butang trigger pada game ini. Tetapi apabila sudah banyak kali main, memang musuh tidak akan terlepas dari anda. Dengan tetapi Ultra HD, phone agak panas apabila bermain dengan lama, jadi saya syorkan anda mengguna cooler ketika bermain atau bermain sekejap sahaja dengan tetapan ini. Kalau anda gunakan grafik Medium sahaja sudah cukup bagus.
Genshin Impact
Walaupun overclock apabila menggunakan tetapan tertinggi dan 60 fps, game ini tidak lag sama sekali. Memang seronok ketika meneroka dunia Tevyat dengan tetapan ini. Tetapi phone akan menjadi sangat panas dan bateri cepat habis dalam masa satu jam. Saya syorkan anda bermain dengan tetapan yang disyorkan game. Ini akan menjaga suhu phone anda serta menjimatkan bateri.
SISTEM PENYEJUKAN
Black Shark 4 Pro menggunakan dua komponen dalaman penyejuk cecair menyumbang kepada peningkatan keseluruhan sebanyak 30% dalam pelesapan haba, dan suhu CPU dikurangkan sebanyak 18 darjah. Walaupun anda bermain untuk masa yang lama dengan tetapan biasa, telefon ini mengekalkan suhunya dan tidak akan membakar tangan anda.
Keseluruhan sistem penyejukan direka bentuk sekitar tiga sumber haba utama dalam telefon dan komponen ini diletakkan untuk mengelakkan kepekatan haba yang berlebihan. Heatsink kuprum yang besar direka untuk memindahkan haba dengan pantas ke sistem penyejukan cecair untuk mempercepatkan pelepasan haba. Sensor suhu NTC pintar baru turut ditambah untuk mengesan suhu dan menghantar data ke sistem penyejukan untuk kawalan suhu yang lebih baik dalam masa nyata.

BATERI YANG BESAR SERTA PENGECASAN ULTRA PANTAS
Anda juga tidak perlu risau dengan baterinya. Black Shark 4 Pro datang dengan bateri 4500 mAh yang besar bersama teknologi pengecasan hyper-charge 120 W. Saya telah menghabiskan banyak masa bermain game pada phone ini dan sangat berpuas hati mengenainya. Bateri boleh penuh dalam masa 15 minit! Anda boleh sambung bermain game selepas itu. Pengecasnya mungkin tidak sesuai sangat untuk dibawa kemana-mana kerana ianya agak besar dan juga berat. Tetapi padanlah untuk berikan kuasa pengecasan yang pantas itu.
WAIFU SEBAGAI PEMBANTU AI – SHARK CHAN
Kalau anda ingin tahu, Black Shark 4 Pro mempunyai AI assistant tersendiri bernama Shark Chan. Sebagai commander, anda boleh meminta Shark Chan untuk setkan alarm atau memintanya untuk muncul semasa mengecas phone. Kalau anda bosan, anda boleh berinteraksi dengan menyentuhnya. Hanya terdapat lapan aksi yang Shark Chan boleh tunjukkan, jadi bergembiralah dengannya.
KESIMPULAN
Senang cerita, kalau anda memang inginkan sebuah phone untuk gaming, saya memang syorkan anda membeli Black Shark 4 Pro ini. Bukan sahaja dapat bermain game dengan lancar, ditambah lagi dengan sokongan 5G, sudah tentu tidak ada yang menghalang anda daripada mendapatkan pengalaman gaming yang terbaik.
Black Shark 4 Pro datang dengan tiga warna tersedia iaitu Shadow Black, Misty Grey dan Cosmos Black. Anda sudah boleh pra-pesan bermula 25 Januari dengan harga RM 2599 untuk varian 8GB + 128 GB dan RM 2999 untuk 12GB + 256 GB di Shopee. Pautan untuk kedua-dua varian ini tersedia dia bawah:
Untuk membaca review lain daripada kami, sila klik pada pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post