Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

[Review] ASUS ZenBook Pro 14 Duo OLED – Serlahkan kreativiti dengan Screenpad Plus!

safwan by safwan
July 13, 2022
in Artikel, Berita, Komputer, Laptop, Review, Review Produk, Teknologi
0 0
0
[Review] ASUS ZenBook Pro 14 Duo OLED – Serlahkan kreativiti dengan Screenpad Plus!
Share on FacebookShare on Twitter

ASUS tidak berhenti dengan memperkenalkan teknologi dan inovasi baru. Setiap tahun ada saja idea yang dihasilkan oleh mereka. Tambah pula dengan pelbagai barisan laptop daripada low-range sehingga high-range, semua mereka sediakan. Kali ini, mereka menyediakan laptop baru daripada barisan ZenBook iaitu ASUS ZenBook Pro 14 Duo OLED dan kami berpeluang untuk mencuba laptop ini.

Mesti ada yang tidak sabar dan tertanya-tanya adakah laptop ini sekadar untuk membuat kerja dan tidak boleh memainkan game kan. Tanpa melengahkan masa lagi, mari baca review daripada kami.

Reka bentuk

Tidak banyak perubahan yang ditampilkan oleh ZenBook Duo kali ini, ia didatangkan dengan reka bentuk yang nipis, hitam dan dalam masa yang sama nampak sangat bergaya. Disebabkan reka bentuknya begitu, logo ASUS pada laptop ini nampak sangat jelas dan ketara.

Di sebalik daripada penampilannya yang sangat bergaya, ZenBook Pro 14 Duo OLED mempunyai saiz dan berat yang sangat sesuai digunakan untuk kegunaan harian. Ketebalan laptop ini adalah 1.79 sehingga 1.96cm dan beratnya adalah 1.75kg. Ia mempunyai ketebalan dan berat yang lebih tinggi berbanding ZenBook Duo 14 tahun lepas yang didatangkan dengan ketebalan 1.69 hingga 1.73cm dan berat 1.53kg.

Daripada menggunakan reka bentuk ErgoLift, mereka menggunakan teknologi AAS Ultra untuk menaikkan skrin kedua supaya ia boleh dilihat dengan lebih mudah. Tanpa reka bentuk ErgoLift, saya rasa lebih senang dan selesa untuk digunakan.

Laptop ini juga dilengkapi dengan webcam yang mempunyai teknologi canggih iaitu “face recognition.” Walaupun mempunyai resolusi 720p ia tetap memberikan hasil kualiti yang cukup bagus sekiranya mempunyai pencahayaan yang bagus.

Bergerak kepada bahagian I/O, laptop ini dilengkapi dengan 1x USB 3.2 Gen 2 Type-A, 2x Thunderbolt 4 supports display / power delivery, 1x HDMI 2.1, 1x 3.5mm Combo Audio Jack, 1x DC-in dan SD Express 7.0 card reader. Dengan mempunyai hanya satu USB Type-A, saya rasa ianya sangat terhad dan besar kemungkinan akan digunakan untuk mouse. Jadi, semasa membeli laptop ini, jangan lupa beli sekali multiport USB untuk mempermudahkan lagi urusan kerja anda.

Keyboard & Touchpad

Disebabkan skrin kedua di bahagian atas keyboard, ia tidak mempunyai baki ruang yang cukup untuk meletakkan saiz 100% keyboard dan touchpad. Jadi, mereka meletakkan keyboard dan touchpad secara bersebelahan.

Bagi saya, saiz setiap key adalah kecil dan segalanya nampak padat. Dengan saiz jari dan tangan saya yang besar, saya mengambil masa yang lebih untuk menaip dengan betul dan kurang typo tetapi saya boleh katakan yang keyboard ini sangat selesa untuk kegunaan harian.

Semasa saya menaip menggunakan keyboard ini, saya boleh katakan yang ianya tidak mempunyai sebarang tindak balas dari segi bunyi. Tidak seperti laptop gaming yang penuh dengan lampu RGB, laptop ini didatangkan dengan hanya satu warna lampu sahaja iaitu putih.

Touchpad pada laptop ini diletakkan pada posisi yang mungkin agak pelik bagi sesetengah orang kerana ia terletak pada sebelah kanan keyboard. Semasa menggunakannya, saya dapat rasa yang touchpad ini tidak memberi tindak balas yang cukup bagus untuk mengesan pergerakan jari.

Paparan & Audio

ASUS ZenBook Pro 14 Duo OLED

ASUS ZenBook Pro 14 Duo OLED didatangkan dengan dua paparan skrin. Satu di bahagian lid laptop dan satu lagi di atas keyboard.

Paparan utama laptop ini didatangkan dengan resolusi 2880 x 1800 di mana ia menggunakan nisbah 16:10 OLED. Saiz skrin laptop ini tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil iaitu 14.5inci. Semasa saya menggunakannya pada kali pertama, saya rasa pelik kenapa cursor bergerak begitu perlahan dan saya sedar kenapa ia begitu. Rupanya, paparan ini mempunyai banyak pixel dalam skrin yang bersaiz normal.

Kualiti yang ditampilkan oleh ZenBook Pro 14 sangat cantik dan saya rasa kagum melihatnya. Semuanya nampak sangat jelas sehingga saya rasa ianya kualiti 4K. Tambah pula dengan refresh rate 120Hz, laptop ini bukan sahaja sesuai untuk digunakan untuk membuat kerja sahaja tetapi bermain game dan macam-macam lagi.

ASUS ZenBook Pro 14 Duo OLED

Paparan kedua pula lebih dikenali sebagai Screenpad Plus. Ia didatangkan dengan saiz 12.7inci dan menggunakan nisbah 32:10 skrin OLED bersama resolusi 2880 x 864. Ia juga dilengkapi dengan refresh rate 120Hz. Ini menjadi salah satu punca kenapa ASUS memasarkan ZenBook Pro 14 Duo OLED sebagai laptop yang sesuai digunakan untuk content creator.

Yang lebih menarik adalah Screenpad Plus merupakan touchscreen. Jadi, anda boleh lakukan bermacam-macam aktiviti daripada melukis sehingga ke edit video dengan menggunakan skrin kecil sahaja. Ia memang sangat memudahkan kerja bagi pereka bentuk mahupun ilustrasi kerana ia seperti tablet melukis digabungkan menjadi laptop.

ASUS ZenBook Pro 14 Duo OLED

Tidak lupa juga yang laptop ini dilengkapi dengan stylus sendiri iaitu ASUS pen 2.0. Ia sangat mudah untuk digunakan sama seperti pencil sedia ada. Ia tidak memerlukan bateri atau sebarang kuasa untuk menghidupkan pen tersebut.

ASUS ZenBook Pro 14 Duo OLED

Untuk bahagian audio, ianya boleh didengari dengan sangat jelas disebabkan reka bentuk AAS Ultra yang mengangkat Screenpad Plus dan meninggalkan sedikit ruang untuk bunyi pergi lebih jauh. Jika nak dibandingkan dengan laptop yang lain, bunyi yang dihasilkan adalah berbeza dan lebih jelas. Sekiranya anda memerlukan kualiti audio yang lebih bagus, saya sarankan anda untuk menggunakan headphone ataupun headset.

Prestasi & Benchmark

ASUS ZenBook Pro 14 Duo OLED

Sudah alang-alang spesifikasi yang melengkapi laptop ini adalah i7-12700H sebagai CPU dan RTX 3050 Ti sebagai GPU, saya mencuba untuk bermain beberapa game dan hasil yang saya dapat cukup baik untuk laptop yang tidak dikategorikan sebagai gaming. Game yang saya mainkan adalah Ghostrunner, CS:GO dan Resident Evil: Village.

Ghostrunner

Saya bermain Ghostrunner dengan tetapan grafik Epic dan FPS yang diberikan adalah sekitar 30. Semasa adegan epik, FPS akan jatuh sehingga 15. Jika anda meningkatkan prestasi, anda boleh turunkan tetapan grafik dan boleh bermain game ini dengan sangat lancar tanpa sebarang masalah.

CS:GO

Sempat juga saya memainkan beberapa pusingan game competitif iaitu CS:GO dan saya dapati FPS yang diberikan boleh dikatakan tinggi sebanyak 120 pada tetapan grafik High.

Resident Evil: Village

Semasa saya membuka game ini, tetapan grafik telah disetkan mengikut spesifikasi laptop dan ia memberikan hasil yang cukup bagus dengan 120FPS tetapi grafik yang ditampilkan agak pixelated.

Apabila saya tukar kepada preset “prioritise graphics”, game yang ditampilkan lebih cantik dan masih memberikan FPS yang konsisten sekitar 90. Walau bagaimanapun, saya tidak mencadangkan anda untuk menghidupkan ray tracing kerana game akan berjalan sekitar 20FPS sahaja dan sangat susah untuk dimainkan.

ASUS ZenBook Pro 14 Duo OLED

Secara keseluruhannya, ZenBook Pro 14 Duo OLED boleh menjalankan hampir semua game. Untuk game yang demand, ia lebih baik untuk menurunkan tetapannya sehingga ke paling yang rendah. Dalam kesemua game yang saya main, laptop tidak memberikan suhu yang tinggi sehingga 90o dan tangan saya tidak rasa terlalu panas seperti gaming laptop. Ini mungkin disebabkan reka bentuk AAS Ultra yang digunakan untuk pengaliran udara.

Benchmark

3DMark (Time Spy) – 4942

Cinebench R23 (multi core) – 9742

Bateri

ASUS ZenBook Pro 14 Duo OLED

Kapasiti bateri yang didatangkan adalah sebanyak 76Whrs dan bagi saya ianya tidak cukup untuk membuat kerja-kerja berat seperti Photoshop, Illustrator dan edit video tanpa pengecas. Saya cuba mengecas laptop ini sehingga penuh dan menggunakannya untuk kerja ringan seperti membaca, menonton YouTube dan menulis tetapi ia mengambil masa hanya 3 jam sahaja untuk bateri laptop ini habis.

Walaupun Screenpad Plus boleh dimatikan, ia tidak memberikan banyak perbezaan. Sekurang-kurangnya, ia boleh dicas dengan kadar yang biasa iaitu dalam sejam untuk cas bateri daripada 6% hingga 75%.

Kesimpulan

ASUS ZenBook Pro 14 Duo OLED

Jika anda rasa spesifikasi ZenBook Duo 14 tidak mencukupi kehendak anda, ZenBook Pro 14 Duo OLED adalah pilihan yang cukup baik bersama CPU i7 gen 12, GPU NVIDIA RTX 3050 Ti, RAM 16GB dan Storan SSD 512GB. Jika dibandingkan dari segi harga memang jauh perbezaannya tetapi prestasi yang diberikan juga sangat berbeza.

Masalah yang saya hadapi semasa menggunakannya tidak lah teruk cuma port USB Type-A yang boleh diselesaikan dengan membeli multiport USB. Lagi satu masalah adalah kapasiti dan jangka hayat bateri. Saya cadangkan anda untuk mencari kawasan yang berdekatan dengan plug supaya boleh digunakan semasa membuat kerja.

ASUS ZenBook Pro 14 Duo OLED

Memandangkan isu pada laptop ini tidak besar dan boleh diselesaikan dengan mudah, saya masih yakin yang ZenBook Pro 14 Duo OLED adalah pilihan yang sangat baik untuk content creator, illustrator, designer dan banyak lagi. Jika anda berminat untuk mendapatkan ASUS ZenBook Pro 14 Duo OLED, ia boleh didapatkan pada harga RM 8,999.

Untuk spesifikasi penuh, anda boleh pergi ke laman web rasmi ASUS di sini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: ASUS ZenBook Pro 14 Duo OLED
Previous Post

Chainsaw Man Part 2 bermula dengan bab 98, Memperkenalkan watak antagonis baru! [SPOILER]

Next Post

Filem Thor: Love and Thunder ditunda lagi di Malaysia! Tunggu tarikh baru daripada Disney!

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Filem Thor: Love and Thunder ditunda lagi di Malaysia! Tunggu tarikh baru daripada Disney!

Filem Thor: Love and Thunder ditunda lagi di Malaysia! Tunggu tarikh baru daripada Disney!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd