Game eksklusif PS5 Returnal akan menambah mode co-op untuk kempen dan mode survival dalam update Ascension, yang bakal hadir pada 22 Mac.
Berita ini diumumkan semasa siaran State of Play terbaru dan didedahkan melalui treler yang menunjukkan Selene masih terperangkap di Atropos. Tiba-tiba, seorang lagi Selene muncul lalu membantunya dalam pertempuran. Ini mengesahkan bahawa update baru akan menambah ciri co-op tetapi mengharuskan pemain untuk mempunyai langganan PlayStation Plus yang aktif. Selain itu, update ini juga percuma, jadi korang tidak perlu bayar walau satu sen.
Dalam mode co-op, gameplay berfungsi dengan cara yang sama seperti singleplayer. Walau bagaimanapun, jika seorang pemain terlalu jauh, mereka akan automatik disatukan semula.
Jika salah seorang pemain ‘downed’, rakan mempunyai pilihan untuk memulihkan mereka. Tetapi hati-hati kerana ‘revive’ memakan masa yang agak lama, dan korang perlu berhati-hati dengan ancaman di sekeliling.

Selain itu, treler itu juga mempamerkan Tower of Sisyphus, mode survival di mana pemain pemain harus memanjat menara dan menghadapi cabaran yang semakin sukar. Untuk mengakses mode ini, korang memerlukan Icarain Grapnel.
Berikut adalah gambaran kasar tentang update terbaru Returnal menurut treler;
“Sertai Selene, yang masih terperangkap dalam kitaran hidup yang tidak berkesudahan – tetapi kali ini, dia tidak lagi bersendirian. Returnal: Ascension menambah Mode Co-op, membolehkan anda berkongsi keseluruhan perjalanan melalui labirin Atropos yang sentiasa berubah dengan pemain lain.”
“Update ini turut menambah Tower of Sisyphus – yang boleh diakses selagi anda telah unlock Icarian Grapnel. Ia merupakan menara tinggi yang akan menjadi semakin berbahaya semakin tinggi kita panjat, di mana setiap satu mengandungi 20 tingkat. Selepas masuk, hapuskan semua musuh di setiap tingkat dan cari laluan ke tingkat seterusnya.”

Walaupun kempen boleh dimainkan bersama kawan, Tower Sisyphus, bahagian House dan Challenge Mode tidak tersedia secara co-op.
Returnal hanya tersedia di PlayStation 5 manakala update Ascension akan tiba pada 22 Mac 2022.
Sumber: PS Blog
@gamersantaimy
Discussion about this post