Diumumkan pada Februari yang lalu, Resident Evil akan mendapat filem CGI terbaru yang bertajuk “Resident Evil: Death Island”. Kalau anda ingin tahu, filem ini merupakan sekuel kepada filem Resident Evil: Vendetta yang ditayangkan pada 2017. Trailer baharu juga telah dilepaskan dan ia mendedahkan tarikh tayangan filem di Jepun. Buat masa ini, tiada maklumat mengenai tarikh tayangan di Malaysia.
Bukan setakat itu sahaja, poster terbaru untuk filem itu turut didedahkan. Ia memaparkan watak-watak penting seperti Leon, Jill, Chris, Claire dan Rebecca. Melihat daripada trailer, nampaknya mereka akan bertarung dengan jerung zombi.

Berikut adalah sinopsis untuk filem tersebut:
“Leon S. Kennedy, ejen D.S.O. sedang dalam misi untuk menyelamatkan Dr. Antonio Taylor daripada penculik, apabila seorang wanita misteri menghalang pengejarannya. Sementara itu, ejen B.S.A.A. Chris Redfield sedang menyiasat wabak zombi di San Francisco, di mana punca jangkitan tidak dapat dikenal pasti. Satu-satunya persamaan mangsa ialah mereka semua melawat Pulau Alcatraz baru-baru ini. Berikutan petunjuk itu, Chris dan pasukannya menuju ke pulau itu, di mana sesuatu yang baharu dan menyeramkan menanti mereka.“

Resident Evil: Death Island akan diarahkan oleh Eiichiro Hasumi dan ditulis oleh Makoto Fukami, filem ini akan tersedia di seluruh dunia oleh Sony Pictures Home Entertainment. Memandangkan filem RE: Vendetta pernah ditayangkan di Malaysia, ada kemungkinan besar filem baharu ini turut tersedia di pawagam nanti. Apa pun kita tunggu sahaja pengumuman lanjut mengenainya.
Untuk mendapatkan liputan lain mengenai Resident Evil daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post