Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Resident Evil 4 Remake VR Mode Akan Tersedia pada 8 Disember!

Maira by Maira
December 1, 2023
in Artikel, Berita, Game, PS5, Seram, VR
0 0
0
Resident Evil 4 Remake VR Mode Akan Tersedia pada 8 Disember!

Sumber: Capcom

Share on FacebookShare on Twitter

Setelah Capcom melepaskan pelbagai pendedahan gameplay untuk Resident Evil 4 Remake VR Mode untuk PSVR 2, nampaknya mode tersebut akan dikeluarkan tidak lama lagi. Didedahkan oleh Capcom, Resident 4 Remake VR mode akan tersedia di PSVR 2 pada 8 Disember 2023 secara percuma! Bukan setakat itu sahaja, demo percuma juga tersedia pada hari yang sama.

Resident Evil 4 VR Mode menyokong kempen cerita utama dan memberikan tahap rendaman tambahan kepada misi menyelamat Leon S. Kennedy yang mengerikan. Pengalaman itu membolehkan pemain melihat dunia yang menakutkan melalui mata Leon dan menikmati persekitarannya dengan paparan HDR 4K PlayStation VR2. Mode ini juga meningkatkan lagi suasana seram itu dengan audio 3D supaya pemain boleh mendengar ancaman yang menyorok di setiap sudut.

Sumber: Capcom

Di samping meletakkan pemain dalam persekitaran yang dahsyat ini, Resident Evil 4 VR Mode turut meningkatkan realisme dengan teknologi PlayStation VR2 Sense™. Kawalan intuitif menyediakan cara baharu untuk berinteraksi dengan dunia. Senjata boleh dikendalikan dengan gerakan semula jadi, termasuk gerak isyarat unik untuk reload senjata api tertentu, seperti pistol, shotgun dan rifle. Ciri ini juga dilanjutkan kepada aksi pisau yang dipertingkatkan game untuk pertemuan tersebut.

Sudah tentu, di luar babak pertempuran, semua gameplay penyelesaian teka-teki Resident Evil klasik yang anda jangkakan hadir dalam VR. Anda juga akan menjadi Ashley Graham dalam bahagian game di mana anda mengawalnya dan mengalami rasa ketakutan yang berbeza tanpa sebarang senjata untuk melawan.

Sumber: Capcom

Mode Shooting Range juga tersedia, membolehkan pemain untuk melatih kebolehan combat mereka dengan mencuba mekanik untuk menyasar, menembak dan reload untuk setiap senjata. Ini juga memudahkan pemain untuk membiasakan diri dengan mode VR ini.

Berkenaan demo percuma, ia juga akan tersedia di PS Store pada hari yang sama. Anda boleh melihat dunia game dengan pandangan 360 darjah semasa pembukaan game, mencuba ciri baharu termasuklah Shooting Range. Kalau anda rasa berminat untuk bermain versi penuhnya pula, bolehlah anda beli Resident Evil 4 Remake selepas itu.

Sumber: Capcom

Untuk mendapatkan segala berita mengenai Resident Evil 4 daripada kami, boleh klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: PSVR 2resident evil 4Resident Evil 4 RemakeResident Evil 4 Remake VR Mode
ShareTweetSend
Previous Post

Blue Lock Mendominasi “Manga Paling Laris 2023” – Senarai Top 10 Manga Tahun Ini!

Next Post

Xbox Game Pass Disember 2023 Tambah Remnant, Far Cry 6 dan Rise of the Tomb Raider & Banyak Lagi!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

Reviu ASUS ROG Strix SCAR 16 (2025) G635 – Kuasa & Prestasi Dalam Satu Pakej Premium!
Review

Reviu ASUS ROG Strix SCAR 16 (2025) G635 – Kuasa & Prestasi Dalam Satu Pakej Premium!

May 21, 2025
Naughty Dog Sedang Bikin Satu Lagi Game Baharu, Mungkin Uncharted
Berita

Naughty Dog Sedang Bikin Satu Lagi Game Baharu, Mungkin Uncharted

May 21, 2025
Next Post
Xbox Game Pass Disember 2023 Tambah Remnant, Far Cry 6 dan Rise of the Tomb Raider & Banyak Lagi!

Xbox Game Pass Disember 2023 Tambah Remnant, Far Cry 6 dan Rise of the Tomb Raider & Banyak Lagi!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime Sakamoto Days Part 2 Akan Ditayangkan Julai 2025, Trailer Baru Diperkenalkan
Anime

Anime Sakamoto Days Part 2 Akan Ditayangkan Julai 2025, Trailer Baru Diperkenalkan

May 14, 2025
Siapakah Ibu Anime Terbaik? Ini Pilihan Peminat Jepun Sempena Hari Ibu!
Anime

Siapakah Ibu Anime Terbaik? Ini Pilihan Peminat Jepun Sempena Hari Ibu!

May 12, 2025
Under 18 x KLEPET – Kolaborasi Komik Terbaru Gempak Starz & Filem Lokal
Tempatan

Under 18 x KLEPET – Kolaborasi Komik Terbaru Gempak Starz & Filem Lokal

May 12, 2025
DAN DA DAN: Evil Eye Akan Tayang di Pawagam Malaysia – Tarikh, Sinopsis & Bonus Eksklusif
Anime

DAN DA DAN: Evil Eye Akan Tayang di Pawagam Malaysia – Tarikh, Sinopsis & Bonus Eksklusif

May 9, 2025
Goblin Slayer Ⅱ & BrownDust2 Bergabung Dalam Kolaborasi Fantasi Anime!
Berita

Goblin Slayer Ⅱ & BrownDust2 Bergabung Dalam Kolaborasi Fantasi Anime!

May 8, 2025
‘Nintama Rantaro: Invincible Master of the Dokutake Ninja’ Tayang di Malaysia 22 Mei Ini!
Anime

‘Nintama Rantaro: Invincible Master of the Dokutake Ninja’ Tayang di Malaysia 22 Mei Ini!

May 8, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd