Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Resident Evil 4 Interview — Ketahui Lebih Lanjut Mengenai Watak dan Sistem Parry

Maira by Maira
March 8, 2023
in Artikel, Berita, Game, Temuramah
0 0
0
Resident Evil 4 Interview — Ketahui Lebih Lanjut Mengenai Watak dan Sistem Parry
Share on FacebookShare on Twitter

Resident Evil 4 akan kembali dengan versi remake pad penghujung bulan ini. Banyak perubahan juga yang kita telah lihat pada game itu jika nak dibandingkan dengan game original. Kami berpeluang untuk bertanyakan beberapa soalan mengenai Resident Evil 4 kepada Hirabayashi Yoshiaki, produser RE4 dan Ampo Yasuhiro pengarah RE4. Tanpa membuang masa, berikut adalah hasil temu ramah tersebut.

Daripada trailer terbaru, Luis nampak seperti mempunyai peranan yang besar dalam remake ini berbanding game original. Boleh ceritakan lagi kepada kami bagaimana dia dikembangkan dalam game?

Kami mahu kembangkan interaksi dan kisah Luis, jadi kami berikannya peranan yang lebih besar. Dan ini bukan sahaja untuk Luis — kami selami lebih dalam pada minda dan kisah watak-watak lain juga.

Kami perasan pertarungan dengan Krauser ditukar daripada Quick-time Event kepada pertarungan boss. Adakah perubahan ini dibuat untuk mekanik pisau yang baru?

Sistem parry sebenarnya datang daripada eksperimen dengan pertarungan Krauser dan meneroka cara untuk menjadikan adegan tersebut kepada gameplay yang menarik. Kami rasa ianya sesuai untuk sistem combat asas game, jadi kami kekalkannya untuk keseluruhan game.

Resident Evil 4

Ramai yang memberikan pelbagai pandangan mengenai peranan Ashley dalam Resident Evil 4 original. Bagaimana pasukan mempertimbangkan perkara ini apabila meletaknya dalam remake ini?

Untuk remake, kami ingin Ashley kelihatan seperti orang sebenar, jadi kami telah memberi pembaharuan kepada cara dia berinteraksi dengan Leon dan cara dia dimainkan dalam game. Dia bercakap kepada Leon dalam gameplay biasa dan bukan lagi berdiri sahaja semasa dalam situasi berbahaya atau enggan merentasi kawasan tinggi atau rendah sendiri.

Resident Evil 4

Setiap kali trailer atau gameplay baharu keluar, laju sahaja peminat RE4 mengupas video tersebut untuk melihat easter egg dan rahsia. Adakah pasukan rasa sebarang tekanan apabila mengeluarkan trailer seperti ini?

Kami sememangnya suka melihat analisis atau maklum balas daripada ramai peminat apabila kami melepaskan trailer. Seperti yang dikatakan, tekanan sentiasa ada untuk menepati jangkaan peminat.

Satu watak yang peminat nantikan ialah Ada Wong. Adakah terdapat banyak tekanan kepada pasukan untuk tidak sengaja membuat silap terhadap watak kegemaran peminat itu?

Siri Resident Evil sudah lama ada dan mempunyai peminat yang berdedikasi dengan anggapan dan perasaan tersendiri mengenainya. Terdapat banyak tekanan untuk membayangkan semula bukan sahaja Ada tetapi semua watak dalam cara untuk tidak membuatkan mereka tidak kecewa.

Adakah terdapat perubahan kepada masa semasa parry jika bermain dengan tahap yang lebih senang?

Ya, masa yang diperlukan untuk membuat parry akan berbeza mengikut tahap kesusahan game.


Itu sahaja yang kami boleh kongsikan kepada anda semua. Nantikan pelancaran Resident Evil 4 pada 24 Mac ini di PS5, PS4, Xbox Series X|S dan PC melalui Steam. Untuk mendapatkan liputan lain kami mengenai Resident Evil, boleh klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Resident Evilresident evil 4
Previous Post

SIEG Games umum Project MBR – game aksi mecha shooter untuk PS5 & PC

Next Post

Kajian kata komuniti One Piece & One Punch Man antara paling ‘toxic’ di Twitter!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Kajian kata komuniti One Piece & One Punch Man antara paling ‘toxic’ di Twitter!

Kajian kata komuniti One Piece & One Punch Man antara paling 'toxic' di Twitter!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd