Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Remaster “Onimusha 2: Samurai’s Destiny” Akan Kembali Mei 2025!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
February 13, 2025
in Action, Artikel, Berita, Nintendo Switch, PC, PS4, Remastered, Steam, Xbox One
0 0
0
Remaster “Onimusha 2: Samurai’s Destiny” Akan Kembali Mei 2025!
Share on FacebookShare on Twitter

Peminat Capcom boleh bersiap sedia—Onimusha 2: Samurai’s Destiny versi remaster akan kembali pada 23 Mei 2025! Game ini bakal dilancarkan di PlayStation 4, Nintendo Switch, Xbox One, dan PC melalui Steam, dengan pra-tempahan kini dibuka.

Mula diperkenalkan pada tahun 2002, Onimusha 2: Samurai’s Destiny kekal sebagai entri terlaris dalam siri Onimusha. Kisahnya mengisahkan Jubei Yagyu, seorang pendekar pedang yang berjuang menentang Nobunaga Oda dan bala tenteranya yang terdiri daripada makhluk iblis.

Dalam versi remaster ini, pengalaman aksi klasik diberi nafas baru dengan peningkatan visual serta pelbagai ciri moden.

Kredit: Capcom

Antara penambahbaikan yang menarik ialah pilihan tahap kesukaran baharu, termasuk mod “Hell” yang menjadikan game ini lebih mencabar di mana satu serangan sahaja boleh membawa maut. Pemain juga boleh memilih untuk memulakan game dalam mod Easy bagi menikmati cerita tanpa tekanan.

Selain itu, beberapa ciri moden diperkenalkan, seperti keupayaan menukar senjata tanpa menghentikan aksi serta kebebasan untuk menentukan bila Jubei akan berubah menjadi Onimusha.

Peningkatan lain termasuk fungsi auto-save, babak sinematik yang boleh dilangkau, pelbagai nisbah aspek paparan, serta galeri dalam game yang diperluas dengan tambahan 100 karya seni baharu dan runut bunyi asal.

Kredit: Capcom

Versi remaster ini bukan sahaja menghidupkan semula klasik kegemaran ramai tetapi juga menampilkan mekanik gameplay baharu seperti sistem “affinity” dengan sekutu Jubei serta laluan cerita bercabang yang memberi pengalaman berbeza kepada pemain.

Kredit: Capcom

Sebagai bonus khas, mereka yang membuat pra-tempahan awal atau mendapatkan “Onimusha 1+2 Pack” akan menerima “Onimusha 2: Orchestra Album Selection Pack,” yang mengandungi lagu muzik orkestra serta beberapa item berguna dalam game.

Selain itu, pemain yang mempunyai save data daripada remaster Onimusha: Warlords (2019) boleh membuka pakaian eksklusif Jubei yang diinspirasikan daripada Samanosuke, protagonis game pertama.

Kredit: Capcom

Tandakan tarikh 23 Mei 2025 dan bersiap sedia untuk mengembara ke dunia epik Onimusha! Sertai Jubei Yagyu dalam perjuangannya menentang kuasa jahat dan ubah takdirnya sekali lagi.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Onimusha 2: Samurai’s Destiny
ShareTweetSend
Previous Post

Onimusha: Way of the Sword Perkenalkan Miyamoto Musashi sebagai Protagonis!

Next Post

Demo “Like a Dragon: Pirate Yakuza in Hawaii” Akan Bermula 14 Februari!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

aespa Membawa Sentuhan K-pop Ke Dalam Street Fighter 6 Melalui Kolaborasi Khas!
Berita

aespa Membawa Sentuhan K-pop Ke Dalam Street Fighter 6 Melalui Kolaborasi Khas!

July 1, 2025
JoJo’s Bizarre Adventure: Ora Ora Overdrive – Game Baharu Untuk Platform Mobile!
Mobile

JoJo’s Bizarre Adventure: Ora Ora Overdrive – Game Baharu Untuk Platform Mobile!

July 1, 2025
Steam Menambah “In-Game Performance Monitor” untuk Tingkatkan Pengalaman Gaming!
Teknologi

Steam Menambah “In-Game Performance Monitor” untuk Tingkatkan Pengalaman Gaming!

July 1, 2025
Next Post
Demo “Like a Dragon: Pirate Yakuza in Hawaii” Akan Bermula 14 Februari!

Demo "Like a Dragon: Pirate Yakuza in Hawaii" Akan Bermula 14 Februari!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd