Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Remake Pac-Man World Re-PAC akan tiba di PS, Xbox, Switch & PC pada 26 Ogos – Pre-order sekarang!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 10, 2022
in Action, Artikel, Berita, Nintendo Switch, PC, Platformer, PS4, PS5, Steam, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Remake Pac-Man World Re-PAC akan tiba di PS, Xbox, Switch & PC pada 26 Ogos – Pre-order sekarang!
Share on FacebookShare on Twitter

Penerbit Bandai Namco dan developer NOW PRODUCTION telah mengumumkan info baru bagi game remake action platformer Pac-Man World Re-PAC untuk PlayStation 5,  Xbox Series, PlayStation 4, Xbox One, Switch dan PC yang bakal dilancarkan pada 26 Ogos.

Mula-mula dikeluarkan pada tahun 1999, Pac-Man World membuat penampilan sulung untuk genre platform 3D. Entri pertama dalam trilogi Pac-Man World telah menjual sebanyak 1.5 juta unit di seluruh dunia. Kini, remake yang dinanti-nantikan hampir tiba!

Dengan grafik yang dikemaskini, gameplay yang ditambah baik dan ciri-ciri baru, Pac-Man World Re-PAC sepatutnya menjadi game action platformer yang menyeronokkan untuk peminat lama dan pendatang baru.

Pac-Man tiba di rumah pada hari jadi tetapi mendapat tahu bahawa para Ghost telah menculik keluarga dan rakan-rakan, serta merosakkan partinya! Pac-Man mesti mengembara melalui enam kawasan di Ghost Island untuk menyelamatkan keluarga dan rakan-rakannya, lalu berhadapan dengan bos, Toc-Man!

Ciri-ciri utama:

  • Klasik yang dimodenkan – Memanfaatkan perkakasan generasi semasa, action platformer 3D ini padat dengan gameplay intuitif yang lebih lancar, visual yang dikemas kini termasuk rupa baharu untuk PAC-MAN dan Ghost, user interface yang dipertingkatkan, butiran persekitaran yang lebih terperinci, dan pandangan yang lebih luas bagi setiap aksi.
  • Pelbagai Mode – Lalui kempen utama dalam “Quest Mode,” mainkan koleksi labirin 3D dalam “Maze Mode”! Jangan lupa untuk menyelesaikan “Quest Mode” untuk membuka game PAC-MAN asli dalam “Original Mode”!
  • Dunia yang penuh pengembaraan – Mengelak daripada Ghost dan penjahat lain, selesaikan teka-teki dan kumpulkan item melalui enam kawasan Ghost Island: Pirate Area, Ruins Area, Space Area, Funhouse Area, Factory Area dan Mansion Area—masing-masing menampilkan pelbagai level dan pertempuran bos yang unik!
  • Serba boleh – Selain daripada berlari dan “makan” – Pac-Man dapat melompat, menggulingkan badan, dan banyak lagi melalui enam kawasan sambil mengumpul Pac-Dots, buah-buahan dan power up! Berjalan di bawah air dengan power up Metal Pac-Man atau jadi Mega Pac-Man untuk memakan Ghost!
  • Selamatkan semua orang – Cari kunci tersembunyi di setiap kawasan untuk menyelamatkan Pac-Mom, Pac-Boy, Pac-Sis, Professor Pac, Pac-Buddy dan Pooka. Selepas menyelamatkan setiap satu, Pac-Man alan mendapat kelebihan untuk pertempuran terakhir menentang Toc-Man!

Pac-Man World Re-PAC akan dikeluarkan untuk PlayStation 5, Xbox Series, PlayStation 4, Xbox One, Switch dan PC melalui Steam pada 26 Ogos. Bagi sesiapa yang berminat, game ini kini tersedia untuk pre-order melalui e-stor Bandai Namco Entertainment Asia.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Pac-ManPac-Man World Re-PACRemake
Previous Post

Pokemon: The Arceus Chronicles tiba di Netflix bermula 23 September 2022

Next Post

Nak Main Game AOT Dalam First-person? Boleh Cuba Fan Game AOT Percuma Oleh Swammy!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Racing Master Season 3 Bermula – Koenigsegg Agera RS ’15 dan Pelbagai Ciri Baharu Kini Tersedia!
Berita

Racing Master Season 3 Bermula – Koenigsegg Agera RS ’15 dan Pelbagai Ciri Baharu Kini Tersedia!

June 25, 2025
Filem Live Action “Wind Breaker” Umum Barisan Pelakon Utama!
Filem

Filem Live Action “Wind Breaker” Umum Barisan Pelakon Utama!

June 25, 2025
NTE Umum Closed Beta Test Baru pada 3 Julai, Gameplay Ala GTA Turut Diperkenalkan
Beta

NTE Umum Closed Beta Test Baru pada 3 Julai, Gameplay Ala GTA Turut Diperkenalkan

June 25, 2025
Next Post
Nak Main Game AOT Dalam First-person? Boleh Cuba Fan Game AOT Percuma Oleh Swammy!

Nak Main Game AOT Dalam First-person? Boleh Cuba Fan Game AOT Percuma Oleh Swammy!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd