Minggu lepas, penulis ada post tentang satu karakter terbaru Apex Legends yang tersebar di Internet, iaitu Octane. Imej bocor mengenai karakter tersebut memang nampak menyakinkan tapi tiada sebarang indikasi atau pengumuman yang dibuat oleh Respawn sendiri. Kalau sebelum ini, kita hanya dengar khabar angin, kali ini menurut Daily Esports, karakter Octane itu sebenarnya wujud dan bakal keluar pada season pertama Apex Legends!

Dalam interview Daily Esports bersama dengan sumber yang dirahsiakan itu, dia berkata yang karakter “Octane” tu memang sahih. Namun, dia tidak mempunyai maklumat lanjut mengenai abilities dan perwatakan karakter tersebut. Dia juga berkata imej Octane itu akan dijadikan promosi untuk battle pass Apex Legends yang pertama.
Katanya lagi, tarikh battle pass tersebut adalah pada 12 Mac nanti. Maklumat selebihnya seperti apa yang akan ada dalam battle pass, harga, dan tempoh masa untuk battle pass semuanya belum diketahui. Gambar sebegini telah banyak kali tersebar, jadi penulis tidak dapat menjamin kesahihannya. Kita hanya perlu menunggu pengumuman official dari Respawn sendiri! Disebabkan Respawn masih berdiam diri, ramai pemain yang membuat spekulasi tersendiri!
Sumber: Daily Esports
@gamersantaimy
Discussion about this post