Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Reka Bentuk Pink Godzilla Diinspirasikan oleh Dragon Ball!

Maira by Maira
April 5, 2024
in Artikel, Berita, Fakta & Trivia, Filem
0 0
0
Reka Bentuk Pink Godzilla Diinspirasikan oleh Dragon Ball!
Share on FacebookShare on Twitter

Godzilla x Kong: The New Empire telah menerima sambutan hangat daripada peminat-peminat. Filem kaiju itu telah memperkenalkan kita kepada rupa Godzilla baharu yang berwarna pink atau merah jambu. Yang menariknya, inspirasi di sebalik reka bentuk Pink Godzilla itu sebenarnya datang daripada siri anime popular Dragon Ball.

Sumber: Legendary

Perkara ini telah didedahkan sendiri oleh Jared Krichevsky, lead creature designer untuk filem Godzilla x Kong: The New Empire melalui X. Dia telah menjawab soalan daripada peminat mengenai proses di sebalik reka bentuk pink Godzilla, di mana mereka menyangka reka bentuk itu datang daripada Rose Goku daripada siri Dragon Ball.

Jangkaan peminat hampir betul tetapi Rose Goku bukanlah inspirasi untuk rupa Godzilla itu. Rupa-rupanya idea itu datang daripada teknik ikonik Goku iaitu Kaio-ken. Buat anda yang tidak mengenali Kaio-ken, apabila Goku menggunakan teknik itu, badannya akan diselubungi dengan aura pink yang akan menjadikan kekuatan, kepantasan dan derianya meningkat untuk jangka masa pendek.

Sumber: Toei Animation

Menurut Krichevsky, dia tidak pernah jumpa Rose Goku selepas bertahun-tahun menghasilkan konsep pink Godzilla. Dia menerangkan bahawa perubahan itu sebenarnya boost kuasa sementara dalam filem tersebut selepas Godzilla menyerap DNA Tiamat.

Tidak dinafikan lagi bahawa siri Dragon Ball telah memberikan inspirasi kepada banyak siri dan francais popular di seluruh dunia. Dengan pemergian Akira Toriyama baru-baru ini, sudah pasti membuatkan ramai peminatnya teruja jika melihat sebarang rujukan daripada siri Dragon Ball dalam mana-mana media.

Sumber: Legendary

Filem Godzilla x Kong telah ditayangkan di pawagam seluruh negara. Kalau anda belum menontonnya lagi, bolehlah beli tiket dan tonton di pawagam berdekatan! Untuk mendapatkan segala fakta dan trivia lain daripada kami, boleh klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Dragon BallGodzilla x Kong: The New EmpirePink Godzilla
ShareTweetSend
Previous Post

ULTRAMAN ARC Diperkenalkan! Bakal Tayang pada 6 Julai 2024!

Next Post

Jujutsu Kaisen Kini Anime Paling Popular di Dunia Menurut Guinness World Records!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Project Spirits – Projek Flagship Terbaharu SHIFT UP Selepas Stellar Blade & NIKKE
Berita

Project Spirits – Projek Flagship Terbaharu SHIFT UP Selepas Stellar Blade & NIKKE

June 2, 2025
SEGA Football Club Champions 2025 Diumumkan, Akan Keluar Di Mobile, PC & Konsol
Berita

SEGA Football Club Champions 2025 Diumumkan, Akan Keluar Di Mobile, PC & Konsol

June 2, 2025
Jualan Elden Ring Nightreign Cecah Lebih 2 Juta Unit Pada Hari Pertama Pelancaran
Berita

Jualan Elden Ring Nightreign Cecah Lebih 2 Juta Unit Pada Hari Pertama Pelancaran

June 2, 2025
Next Post
Jujutsu Kaisen Kini Anime Paling Popular di Dunia Menurut Guinness World Records!

Jujutsu Kaisen Kini Anime Paling Popular di Dunia Menurut Guinness World Records!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025
Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025

May 26, 2025
Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year
Anime

Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year

May 26, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd