Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Red Dead Redemption 1 dibuang daripada PS4 & PS5, kini tidak wujud di PS Store!

Alan Fikri by Alan Fikri
October 19, 2022
in Artikel, Berita, Open World, RPG
0 0
0
Red Dead Redemption 1 dibuang daripada PS4 & PS5, kini tidak wujud di PS Store!
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas beberapa tahun dimasukkan ke dalam PlayStation Store, akhirnya Red Dead Redemption 1 telah dikeluarkan daripada platform tersebut. Game ini boleh dikatakan sebagai salah satu game yang berjaya dibangunkan oleh Rockstar Games. Ini bermakna kepada mereka yang tidak mempunyai Red Dead Redemption 1 secara fizikal, mereka tidak boleh membeli game ini di PlayStation Store untuk merasai pengalaman bermain sebagai koboi epik.

Game ini sering dirujuk sebagai Grand Theft Auto versi koboi, tetapi dari segi penceritaannya memang menarik. Penulisan game ini amat menakjubkan dan ia menampilkan protagonis yang sangat luar biasa dengan kisah silam yang kompleks membuatkan pemain ingin tahu tentang kisah John Marston. Selepas lapan tahun dikeluarkan, Rockstar Games telah membuat prekuel game ini untuk memberitahu latar belakang John Marston yang lengkap dan menambah watak baru seperti Arthur Morgan.

Malangnya, ia menjadi semakin sukar untuk memainkan Red Dead Redemption kerana game ini telah dikeluarkan daripada perkhidmatan Sony. Sekarang, hanya ada satu cara untuk korang main game ini iaitu melalui Xbox One atau Xbox Series X|S.

Sehingga kini, masih tiada berita sama ada Red Dead Redemption 1 akan kembali ke PS4 atau PS5 dalam masa terdekat. Pernah ada khabar angin suatu ketika dahulu untuk remaster game ini tetapi khabar angin tersebut dilaporkan telah dibatalkan.

Ini kerana pihak Rockstar Games dan trilogi GTA telah membuat keputusan untuk fokus kepada game terbaru mereka yang akan datang iaitu Grand Theft Auto VI. Mungkin selepas selesai pelancaran GTA 6, kita akan dapat remake atau remaster RDR 1.

Untuk mereka yang bermain game Red Dead Redemption 2, mereka tidak akan faham keseluruhan cerita game ini sehinggalah mereka bermain game pertama. Jangan risau, korang masih boleh bermain Red Dead Redemption 1 di Xbox One atau Xbox Series X|S dan PS3 jika masih ada.

Untuk banyak lagi berita tentang game, anime pelbagai lagi, boleh ikuti Gamer Santai.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: playstation storered dead redemptionSonyXbox OneXbox Series X | S
Previous Post

“Edgerunners Merupakan Karya Standalone” — Anime Cyberpunk Tidak Menerima Sekuel Baru!

Next Post

RPG “Mortal Kombat: Onslaught” diumumkan untuk iOS & Android, bakal keluar tahun 2023!

Alan Fikri

Alan Fikri

Seorang yang membesar dengan anime, manga dan game. Tidak lupa juga dengan teknologi yang semakin pesat berkembang. Harap apa yang saya kongsikan dapat memberi manfaat kepada para pembaca.

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
RPG “Mortal Kombat: Onslaught” diumumkan untuk iOS & Android, bakal keluar tahun 2023!

RPG "Mortal Kombat: Onslaught" diumumkan untuk iOS & Android, bakal keluar tahun 2023!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd