Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

realme umumkan GT Neo 3 edisi Naruto, kolab anime ke-2 lepas Dragon Ball

safwan by safwan
May 25, 2022
in Android, Artikel, Berita, Smartphone, Teknologi
0 0
0
realme umumkan GT Neo 3 edisi Naruto, kolab anime ke-2 lepas Dragon Ball
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas buat kolaborasi bersama Dragon Ball sebelum ini, mereka meneruskan lagi dengan membuat kolaborasi bersama anime popular iaitu Naruto untuk mengeluarkan edisi istimewa realme GT Neo 3. Ianya akan dilancarkan pada 26 Mei 2022. Malangnya ianya akan dilancarkan di China dan tiada sebarang pengumuman di Malaysia.

Sebelum ini, kita pernah lihat realme membuat kolaborasi bersama Dragon Ball di mana mereka menggunakan realme GT Neo 2 sebagai base phone. Bukan setakat phone sahaja yang menerima reka bentuk Dragon Ball bahkan semua aksesori termasuk kotak telefon tersebut. Untuk kolaborasi bersama Naruto pula macam mana pula?

Menurut akaun Weibo rasmi Xu Qi Chase iaitu realme Chief marketing Officer (CMO), dia mendedahkan sedikit tentang reka bentuk yang ada pada phone tersebut dengan berkongsi sekeping gambar pada akaunnya. Dalam post tersebut, dia berkata yang reka bentuk phone akhirnya telah muktamad selepas 17 bulan dengan 55 reka bentuk telah ditolak.

Walaupun begitu, dia tidak memberitahu sebarang makluman tentang phone apa yang digunakan dalam kolaborasi ini. Namun, apabila kami melihat dengan lebih dekat lagi, ia kelihatan seperti realme GT Neo 3 jika berdasarkan dengan bahagian kameranya.

Pada bahagian belakang kamera, kita dapat lihat yang mereka menggunakan reka bentuk headband Naruto yang mempunyai logo kampung Konoha. Di bawah logo Konoha, terdapat logo realme dan Naruto untuk menunjukkan kolaborasi bersama. Gambar tersebut juga yang phone tersebut “dibalut” dengan scroll merah yang Naruto bawa dalam siri Naruto Shippuden.

Spesifikasi realme GT Neo 3 didatangkan dengan CPU MediaTek Dimensity 8100 (5nm) dan GPU Mali-G610. Ia dilengkapi dengan 128GB storan dan 6GB RAM. realme akan mengadakan acara di China pada pukul 2 petang esok. Jadi, mungkin kita akan dapat lihat dengan lebih terperinci tentang phone realme x Naruto ini selepas acara tersebut.

Saya ingin mengingatkan anda bahawa masih belum ada sebarang pengumuman yang dibuat oleh realme Malaysia berkenaan phone ini. Kalau phone edisi istimewa realme x Naruto ini dibawa ke Malaysia secara rasmi, adakah korang akan membelinya? Kongsikan pendapat korang di ruangan komen. Untuk lebih banyak berita berkenaan teknologi, sila klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: realme GT Neo 3realme X Naruto
Previous Post

[Review] The Centennial Case: A Shijima Story – Bongkar misteri 100 tahun keluarga Shijima!

Next Post

Dragon Ball Super: Kuasa Goku bukan dari usaha, rupanya datang dari bebola naga

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

Metal Gear Solid Δ: Snake Eater – Gameplay Baru Fokus Kepada Cobra Unit & Mini Game
Berita

Metal Gear Solid Δ: Snake Eater – Gameplay Baru Fokus Kepada Cobra Unit & Mini Game

June 5, 2025
MARVEL Tokon: Fighting Souls – Fighting Game Baharu Oleh Arc System Works
Berita

MARVEL Tokon: Fighting Souls – Fighting Game Baharu Oleh Arc System Works

June 5, 2025
Nioh 3 Diumumkan, Demo Alpha Kini Boleh Dimainkan!
Berita

Nioh 3 Diumumkan, Demo Alpha Kini Boleh Dimainkan!

June 5, 2025
Next Post
Dragon Ball Super: Kuasa Goku bukan dari usaha, rupanya datang dari bebola naga

Dragon Ball Super: Kuasa Goku bukan dari usaha, rupanya datang dari bebola naga

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025
Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025

May 26, 2025
Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year
Anime

Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year

May 26, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd