Razer hari ini mengumumkan koleksi peralatan dan pakaian sukan bergaya: “Razer Instinct Collection” yang merupakan percubaan pertama jenama itu dalam pakaian sukan dan aktiviti aktif.

“Berdasarkan kejayaan koleksi pakaian kami dahulu Genesis dan Unleashed, kami mahu memberikan pemain sesuatu yang sedikit berbeza kali ini. Di Razer, kami menganjurkan gaya hidup yang menggalakkan kesihatan fizikal dan mental, jadi kami hasilkan reka bentuk barisan olahraga yang menampilkan produk bergaya untuk semua jantina.
kata Addie Tan, Pengarah Bersekutu Pembangunan Perniagaan di Razer.
Instinct Collection

Instinct Collection dicipta dengan niat fesyen dan fungsi serta menawarkan versatiliti kepada para gamer. Untuk memastikan keselesaan sepanjang hari, pakaian sukan ini dibuat dengan kain regangan “dua dan empat hala” yang ringan. Fabrik itu juga menyekat peluh, untuk memastikan para gamer sentiasa kering dan sejuk semasa senaman atau sesi gaming yang sengit.
“Instinct Collection” mudah dikenali dalam warna hitam dan hijau Razer, dengan petunjuk halus untuk logo THS ikonik, tanda perkataan dan slogan – “For Gamers. By Gamers.”

Koleksi pakaian wanita pula terdiri daripada tank top, sports bra dan leggings tinggi manakala koleksi pakaian lelaki termasuk kemeja-T, baju singlet (tank top) dan seluar pendek. Koleksi ini boleh dipakai sebagai satu set atau dipasangkan dengan pakaian kasual lain, jadi anda boleh bergaya semasa sesi gaming, semasa bersenam atau semasa di luar berjalan-jalan.
Buat masa ini, koleksi pakaian di atas masih belum diumumkan di Malaysia – tetapi sesiapa yang inginkan maklumat lanjut tentang Razer Instinct Collection, boleh tekan pautan ini.
Anda juga boleh membaca segala liputan kami tentang produk Razer di SINI.
@gamersantaimy
Discussion about this post