Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

RAZER secara rasmi membuka ibu pejabat Asia Tenggara baru di one-north, Singapura!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 26, 2021
in Artikel, Berita, Teknologi
0 0
0
RAZER secara rasmi membuka ibu pejabat Asia Tenggara baru di one-north, Singapura!
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, Razer meraikan pembukaan Ibu Pejabat Asia Tenggara baharu. Majlis itu telah dirasmikan oleh Encik Heng Swee Keat, Timbalan Perdana Menteri Singapura, yang memuji Razer kerana membentuk dan memupuk komuniti gaming di dalam negara dan di seluruh dunia. Pejabat baharu itu terletak secara strategik di one-north, hab teknologi dan perniagaan Singapura, untuk memudahkan strategi pertumbuhan Razer di rantau ini.

Ibu Pejabat Razer Asia Tenggara merangkumi inisiatif kemampanan syarikat iaitu #GoGreenWithRazer, untuk memelihara alam semula jadi dan melindungi alam sekitar. Dilengkapi dengan ciri mesra alam, seperti panel solar untuk menggerakkan bahagian operasi dan dan sistem pencahayaan berdayakan sensor untuk keberkesanan tenaga, bangunan itu telah dianugerahkan pensijilan Green Mark GoldPLUS oleh Pihak Berkuasa Bangunan dan Pembinaan di Singapura.

Selain itu, ia membuang semua jenis plastik yang hanya boleh digunakan sekali dan menggunakan BAMBOOLOO – jenama produk kertas oleh The Nurturing Co.

Orang ramai juga dialu-alukan ke Ibu Pejabat Razer Asia Tenggara untuk peluang melawat RazerStore pertama di Singapura dan mendapatkan kopi yang dihidangkan di RazerCafe. RazerStore Singapura menawarkan peluang kepada pengguna untuk mencuba dan meneroka rangkaian produk penuh Razer dan melihat secara langsung inovasi dan ciptaan terbaru Razer.

Pada masa yang sama, Razer juga memperkenalkan konsep F&B baharu yang menggabungkan teknologi, reka bentuk dan minuman melalui barista robotik yang canggih. Di RazerCafe, tetamu boleh memesan minuman di kedai atau pra-pesan secawan kopi melalui aplikasi RazerCafe lalu mengambil minuman di kedai. AI kemudian akan membuat latte aromatik yang disesuaikan mengikut citarasa unik setiap pelanggan. RazerStore Singapura dan RazerCafe akan dibuka mulai 28 Oktober 2021

Designed For Gamers. By Gamers.

Razer akan terus menjalin kerjasama erat dengan pelbagai pihak penting dan persekutuan e-sukan di Asia Tenggara untuk menyokong pertumbuhan e-sukan di rantau ini. Tambahan pula, Razer telah memperuntukkan ruang yang ditetapkan di ibu pejabat hanya untuk menganjurkan bengkel e-sukan, sesi latihan dan menyokong pasukan dan bakat e-sukan tempatan.

“Dengan Ibu Pejabat Razer Asia Tenggara yang baharu, kami teruja untuk mengembangkan keluarga kami di Singapura daripada 600 kepada 1,000 pekerja. Ekosistem tertumpu gamer kami telah mentakrifkan semula pengalaman gaming selama lebih sedekad dengan pengenalan solusi inovatif dan kategori produk baharu, dan kami tidak bercadang untuk berhenti,” kata Min-Liang Tan, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Razer.

“Hab serantau baharu mewakili segala-galanya yang diwakili oleh Razer, daripada inovasi, kepada reka bentuk, kepada kemampanan, dan bukan sahaja akan menjadi rumah kepada kakitangan Razer yang semakin meningkat, malah juga kepada usahawan akan datang, dan yang mencari tempat untuk berlatih dan belajar.”

Untuk meraikan pembukaan Ibu Pejabat Asia Tenggara Razer dengan para gamer di seluruh rantau Asia Tenggara, Razer akan mengadakan acara siaran langsung pada bulan November. Untuk maklumat lanjut, sila lawati saluran media sosial Razer untuk maklumat lanjut.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Ibu Pejabat Razer Asia TenggararazersingapuraTeknologi
Previous Post

[Review] Predator Helios 300 2021 – Laptop mantap dengan RTX 3070!

Next Post

Pokemon Brilliant Diamond & Shining Pearl mendedahkan Team Galactic & Legendary Pokemon!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Pokemon Brilliant Diamond & Shining Pearl mendedahkan Team Galactic & Legendary Pokemon!

Pokemon Brilliant Diamond & Shining Pearl mendedahkan Team Galactic & Legendary Pokemon!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd