Jenama gaya hidup terkemuka untuk gamer, iaitu Razer mengumumkan bahawa mereka telah melancarkan earbud Hammerhead True Wireless gen 2! Dengan penambahan pencahayaan Razer Chroma RGB dan Noise Cancellation Active (ANC) untuk penyesuaian audio tanpa had kepada gamer di luar sana.

Earbud Razer Hammerhead True Wireless gen 2 adalah evolusi sebenar! Pencahayaan Razer Chroma RGB dan ditambah dengan fungsi Noise Cancellation Active untuk pembatalan bunyi persekitaran pada mikrofon. Ia juga dilengkapi dengan tip silikon in-ear sambil mengekalkan mod gaming latesi ultra-rendah 60ms. Earbud baru ini turut memberikan jangka hayat bateri sehingga 32.5 jam untuk melengkapkan gaya hidup on-the-go pemain.
Untuk meningkatkan lagi pengalaman audio, pengguna boleh menyambungkan Razer Hammerhead True Wireless gen 2 ke aplikasi Razer Audio yang tersedia di aplikasi Google PlayStore dan Apple App Store. Aplikasi ini membantu pengguna untuk membuat penyesuaian profil suara yang unik pada muzik dan game pada mana-mana peranti mempunyai Bluetooth.

Berikut adalah perbandingan antara Razer Hammerhead True Wireless 2019 dan 2021:
Razer Hammerhead True Wireless (2019) | Razer Hammerhead True Wireless (2021) | |
Razer Chroma RGB | No | Yes |
Active Noise Cancellation (ANC) | No | Yes (feedfoward) |
Low Latency Gaming Mode | Yes (60ms) | Yes (60ms) |
Google Fast Pair | No | Yes |
Gaya pemakaian | Truly wireless / Half in-ear | Truly wireless / In-ear |
Kawalan | On-Ear touch | On-Ear touch |
Hayat bateri | Tahan sehingga 16 jam (4 + 12) | Tahan sehingga 32.5 jam (6.5 +26) |
Rintangan air | IPX4 | IPX4 |
Sambungan | Bluetooth 5.0 | Bluetooth 5.2 |

Earbud Razer Hammerhead True Wireless gen 2 yang baru adalah pilihan terbaik dalam mengekspresikan diri! Ia juga membolehkan penyesuaian pencahayaan Razer Chroma RGB dan audio yang mendalam semasa anda memakainya ketika on-the-go. Anda boleh layari laman rasmi Razer atau RazerStore dan mana-mana peruncit sah untuk mendapatkan earbud ini pada harga RM629 sahaja! Kami juga pernah membuat ulasan mengenai Razer Hammerhead True Wireless X yang sangat gempak untuk digunakan ketika gaming atau melakukan kerja harian.
@gamersantaimy
Discussion about this post