Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

“Kualiti Macam Berserk” — Rakaman CGI Anime Chainsaw Man Buatkan Ramai Peminat Risau!

Maira by Maira
October 3, 2022
in Animasi, Anime, Artikel, Berita
0 0
0
“Kualiti Macam Berserk” — Rakaman CGI Anime Chainsaw Man Buatkan Ramai Peminat Risau!
Share on FacebookShare on Twitter

Mesti ramai antara anda yang tidak sabar untuk menonton anime Chainsaw Man yang akan ditayangkan pada minggu hadapan. Tetapi beberapa peminat bertuah telah dapat menonton anime tersebut. Siap ada yang sanggup rakam untuk menunjukkan kualiti animasinya. Tetapi melihat daripada rakaman anime Chainsaw Man tersebut, ramai peminat yang menjadi risau dengan penggunaan CGI (Imej Janaan Komputer) yang terlampau banyak oleh MAPPA.

Untuk pengetahuan anda, rakaman asal anime itu telah dibuang oleh Crunchyroll tetapi sudah tentu ramai yang sempat menyimpan video tersebut. Kualitinya juga bukanlah yang terlibat untuk dinilai tetapi ramai yang memberikan komen pedas masing-masing. Ada juga yang mengatakan CGI tersebut hampir sama dengan siri Berserk yang turut mendapat kritikan hebat semasa tayangannya.

#chainsawman

For anyone who saw the Chainsaw Man Episode 1 leak from CrunchyRoll France preview screening, it is a good chance that they didn't show the final version of the episode.

Just look at the difference between the exact same frames between 3rd and main trailer. pic.twitter.com/xTctrC4caF

— Smugwai (@Smugwai) October 1, 2022

Video CGI yang memaparkan transformasi Denji kepada Chainsaw Man itu juga telah didedahkan dalam trailer terbaru. Melihat daripada trailer baru, ada kemungkinan besar bahawa preview yang ditonton sebenarnya bukanlah hasil akhir episod daripada MAPPA. Sempat juga beberapa peminat yang membandingkan klip tersebut dengan adegan dalam trailer.

Chainsaw Man same exact leak scene, one from 144p camera, the other from 1080p camera. Proving Twitter are a bunch of morons with denji-IQ level 💀 pic.twitter.com/ZouHxwjYaO

— 9 (@knTeniN) October 1, 2022

Klip rakaman itu juga bukanlah HD, jadi agak susah untuk tentukan kualiti CGI-nya. Kita juga sudah sedia tahu bahawa anime ini akan menggunakan banyak CGI. Apapun, kita tunggu sahaja tayangan rasmi pada minggu depan.

Mengenai siri Chainsaw Man, setiap episod akan mempunyai lagu ending tersendiri. Ini bermakna terdapat 12 lagu ending yang anda akan dengari nanti. Bahagian kedua untuk siri manga telah pun bermula dan tersedia untuk dibaca secara percuma melalui MangaPlus.

Berikut adalah sinopsis rasmi untuk Chainsaw Man:

“Kisah ini menceritakan tentang seorang pemuda bernama Denji. Dia merupakan seorang budak miskin yang dipaksa oleh yakuza untuk membunuh iblis bagi melunaskan hutangnya. Namun, setelah misi terakhir, dia dianggap tidak berguna lagi dan dibunuh oleh iblis yang bekerja untuk yakuza.

Tetapi kehidupan Denji bakal berubah ketika dia dihidupkan semula oleh anjing gergaji peliharaannya, Pochita! Diperhatikan oleh pemburu iblis lain yang tiba di tempat kejadian, Denji ditawarkan untuk bekerja di Public Safety Bureau sebagai salah seorang dari mereka. Sekarang dia tinggal di bandar sebagai Devil Hunter rasmi. Walaupun akan menghadapi musuh yang lebih sukar, Denji tidak akan berhenti untuk mencapai impian remajanya!”

Untuk mendapatkan liputan lain mengenai Chainsaw Man daripada kami, sila klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: animeCGIChainsaw Man
Previous Post

Asyik Naruto je! Sasuke rasmi dapat manga sendiri, fokus pada kehidupan bersama Sakura

Next Post

[Review] Floodland- Bermulanya sebuah tamadun baru selepas bencana besar!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Reviu Jurassic World Rebirth – Visual Cukup Mencengkam, Cuma Identiti Original Semakin Hilang
Review

Reviu Jurassic World Rebirth – Visual Cukup Mencengkam, Cuma Identiti Original Semakin Hilang

NVIDIA Akan Tamatkan Driver Support untuk GPU GTX 700, 900 & 1000
Teknologi

NVIDIA Akan Tamatkan Driver Support untuk GPU GTX 700, 900 & 1000

July 2, 2025
Persona5: The Phantom X Tersedia Untuk Pre-Download, Akan Keluar 3 Julai!
Berita

Persona5: The Phantom X Tersedia Untuk Pre-Download, Akan Keluar 3 Julai!

July 2, 2025
Next Post
[Review] Floodland- Bermulanya sebuah tamadun baru selepas bencana  besar!

[Review] Floodland- Bermulanya sebuah tamadun baru selepas bencana besar!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd