Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Raja telefon pintar mid-range Redmi Note 10 akan tersedia di Malaysia bermula dari RM799!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
March 4, 2021
in Artikel, Berita, Smartphone, Teknologi
0 0
0
Raja telefon pintar mid-range Redmi Note 10 akan tersedia di Malaysia bermula dari RM799!
Share on FacebookShare on Twitter

Xiaomi hari ini mengumumkan bahawa mereka akan memperluas barisan peranti telefon pintar “mid-range” untuk siri Redmi dengan mengenalkan Redmi Note 10 Pro dan Redmi Note 10 di Malaysia! Bermula pada harga RM799, Redmi Note 10 akan tersedia di Malaysia mulai 8 Mac, manakala Redmi Note 10 Pro boleh dibeli mulai 15 Mac. Untuk pasaran global, Xiaomi juga mengumumkan pelancaran Redmi Note 10S dan Redmi Note 10 5G bersama dua peranti ini.

Siri Redmi Note 10 akan meneruskan komitmen Xiaomi untuk menawarkan teknologi telefon pintar terkini dan mentakrifkan semula maksud kelas pertengahan dalam industri. Sebagai rakan kongsi rasmi untuk PUBG Mobile Esports 2021, siri Redmi Note 10 memberi peluang kepada semua orang untuk mencabar batasan gaming!

Redmi Note 10 Pro: 108MP dan 120Hz AMOLED pertama untuk hadir ke siri Redmi Note

Redmi Note 10 Pro adalah salah satu kamera dengan resolusi tertinggi untuk sebuah telefon pintar, lantas menjadikannya raja kelas pertengahan dalam fotografi mudah alih. Sensor 108MP dengan teknologi binning 9-in-1 serta “Dual native ISO” digabungkan untuk menangkap butiran yang paling halus, demi memberikan gaya dinamik yang lebih tinggi dan menawarkan pelbagai pilihan dalam penyuntingan foto. Berkat Night Mode 2.0 yang dikuasakan oleh algoritma “RAW multi-frame“, pengguna dapat menangkap visual yang menakjubkan walaupun dalam keadaan cahaya rendah.

Redmi Note 10 Pro juga menawarkan rakaman video profesional dan telemacro time-lapse. Penambahan baru lain dalam Redmi Note termasuk Photo Clone, Video Clone, Dual Video dan mod Long Exposure untuk perkongsian foto atau video yang lebih menyeronokkan di aplikasi media sosial kegemaran.

Bersama reka bentuk yang kemas, sensor cap jari sisi Arc dan AMOLED DotDisplay 6.67” 120Hz, peranti ini boleh didapati dalam tiga warna iaitu – Onyx Grey, Glacier Blue dan Gradient Bronze. Pada masa yang sama, ia mempunyai Corning® Gorilla® Glass 5 di bahagian depan untuk berlindung dari calar dan kerosakan lain.

Untuk prestasi, Redmi Note 10 Pro memiliki pemproses 4G paling hebat di pasaran, iaitu Qualcomm® Snapdragon™ 732G. Sesuai untuk pemain dan streamer, prestasinya yang tinggi dan penggunaan kuasa yang rendah, bersama dengan sistem bunyi mendalam yang menampilkan dua pembesar suara, akan memberikan pengalaman yang paling optimum. Dengan bateri 5,020mAh (typ) dan pengecasan pantas 33W yang canggih, tempoh masa pengguna untuk menunggu pun amat minimum.

Redmi Note 10: Memperbaharui semula pengalaman telefon pintar kelas pertengahan

Bagi pengalaman menonton yang selesa, Redmi Note 10 dilengkapi dengan AMOLED DotDisplay 6.43”. Selebihnya adalah sama seperti Redmi Note 10 Pro, termasuk reka bentuknya yang kemas, sensor cap jari sisi Arc, pengecasan pantas 33W, sensor cahaya 360 darjah dan dua pembesar suara yang mengasyikkan.

Redmi Note 10 juga mampu menangkap semua momen penting dengan setup kuad kamera yang menampilkan kamera sudut ultra lebar 8MP untuk gambar beramai-ramai, kamera makro 2MP untuk jarak dekat, dan sensor kedalaman 2MP untuk menyokong potret. Dikuasakan oleh resolusi 48MP, kamera utama Redmi Note 10 sentiasa mengambil gambar yang mengagumkan dan dilengkapi dengan kemampuan time-lapse profesional – bersama penambahan pada mod slow motion, mod malam dan mod time-lapse biasa.

Pada masa yang sama,  ia mempunyai pemproses pantas yang dapat menyokong kegunaan seharian anda iaitu Qualcomm® Snapdragon™ 678 baru.

Redmi Note 10S & Redmi Note 10 5G

Redmi Note 10S dilengkapi dengan AMOLED DotDisplay 6.43″ manakala Redmi Note 10 5G menampilkan AdaptiveSync DotDisplay 90Hz 6.5” yang menawan. Seterusnya, Redmi Note 10 5G datang dengan kemampuan 5G, dan merupakan salah satu telefon pintar 5G yang paling murah dalam pasaran sambil mengekalkan teknologi yang canggih.

Bersama cip MediaTek Helio G95, Redmi Note 10S pula datang dengan prestasi yang lebih baik dan GPU yang boleh cecah hingga 900MHz. Walaupun Redmi Note 10 5G dilengkapi dengan MediaTek Dimensity 700 dengan nod 7nm-nya, sistem Dual SIM 5G yang disokong dan modem bersepadu memberikan kecekapan kuasa bertaraf industri.

Kamera utama 64MP dan kamera sudut ultra lebar 8MP milik Redmi Note 10S menandakan peningkatan yang luar biasa dari generasi sebelum. Pada masa yang sama, Redmi Note 10 5G menggunakan kamera utama 48MP. Kedua-dua peranti ini memiliki kamera makro 2MP untuk jarak dekat dan sensor kedalaman 2MP untuk menyokong gambar potret. Di samping itu, kedua-dua Redmi Note 10S dan Redmi Note 10 5G mempunyai bateri 5,000mAh (typ) masing-masing dengan sokongan pengecasan pantas 33W dan 18W, untuk menjadikan mereka pendamping ideal bagi penggunaan seharian.

Harga dan ketersediaan

Di Malaysia, Redmi Note 10 Pro akan hadir dalam dua varian; 8GB+128GB dan 6GB+128GB, manakala Redmi Note 10 akan tersedia dalam varian 6GB+128GB.

Mulai 8 Mac, Redmi Note 10 akan tersedia pada harga RM799 untuk varian 6GB+128GB secara dalam talian di kedai Xiaomi dan Lazada, serta luar talian di kedai Mi dan pengedar rasmi lain di Malaysia. Redmi Note 10 akan hadir dalam tiga warna – Onyx Grey, Pebble White dan Lake Green.

Mulai 15 Mac, Redmi Note 10 Pro akan tersedia pada harga RM1,099 dan RM999 untuk varian 8GB+128GB dan 6GB+128GB, secara dalam talian di kedai Xiaomi dan Lazada serta luar talian di kedai Mi dan pengedar rasmi lain di Malaysia. Redmi Note 10 Pro akan hadir dalam tiga warna – Onyx Grey, Glacier Blue dan Gradient Bronze.

Spesifikasi

Redmi Note 10 Pro Redmi Note 10
Display
  • 120Hz AMOLED 6.67” DotDisplay
  • 6.43” AMOLED DotDisplay
Rear camera
  • 108MP wide-angle camera
  • 8MP ultra-wide angle camera
  • 5MP telemacro camera
  • 2MP depth sensor
  • 48MP wide-angle camera
  • 8MP ultra-wide angle camera
  • 2MP macro camera
  • 2MP depth sensor
Front camera
  • 16MP front camera
  • 13MP front camera
Dimension &
Weight
  • 164mm x 76.5mm x 8.1mm
  • 193g
  • 160.46mm x 74.5mm x 8.29mm
  • 178.8g
Processor
  • Qualcomm® Snapdragon™ 732G
  • Qualcomm® Snapdragon™ 678
RAM+ROM
  • LPDDR4X
  • UFS 2.2
Audio
  • Dual speakers
  • 3.5mm headphone jack
  • Hi-Res Audio certification
Security
  • Arc side fingerprint sensor
Charging
  • 5,020mAh (typ) battery
  • Supports 33W wired fast charging
  • 5,000mAh (typ) battery
  • Supports 33W wired fast charging
Connectivity
  • Dual SIM
  • Multi-functional NFC
  • IR blaster
  • Dual SIM
  • IR blaster
Variant
  • 6GB+64GB
  • 6GB+128GB
  • 8GB+128GB
  • 4GB+64GB
  • 4GB+128GB
  • 6GB+128GB
Available
color
  • Onyx Gray
  • Glacier Blue
  • Gradient Bronze
  • Onyx Gray
  • Pebble White
  • Lake Green
Redmi Note 10S Redmi Note 10 5G
Display
  • 6.43” AMOLED DotDisplay
  • 90Hz AdaptiveSync 6.5” DotDisplay
Rear camera
  • 64MP wide-angle camera
  • 8MP ultra-wide angle camera
  • 2MP macro camera
  • 2MP depth sensor
  • 48MP wide-angle camera
  • 2MP macro camera
  • 2MP depth sensor
Front camera
  • 13MP front camera
  • 8MP front camera
Dimension &
Weight
  • 160.46mm x 74.5mm x 8.29mm
  • 178.8g
  • 161.81mm x 75.34mm x 8.92mm
  • 190g
Processor
  • MediaTek Helio G95
  • MediaTek Dimensity 700
RAM+ROM LPDDR4X
UFS 2.2
LPDDR4X
UFS 2.2
Audio
  • Dual speakers
  • 3.5mm headphone jack
  • Hi-Res Audio certification
  • 3.5mm headphone jack
  • Hi-Res Audio certification
Security
  • Arc side fingerprint sensor
  • Side-mounted fingerprint sensor
Charging
  • 5,000mAh (typ) battery
  • Supports 33W wired fast charging
  • 5,000mAh (typ) battery
  • Supports 18W wired fast charging
Connectivity
  • Dual SIM
  • Multi-functional NFC
  • IR blaster
  • 5G Dual SIM
  • Multi-functional NFC
  • IR blaster
Variant
  • 6GB+64GB
  • 6GB+128GB
  • 8GB+128GB
  • 4GB+64GB
  • 4GB+128GB
  • 6GB+128GB
Available
color
  • Onyx Gray
  • Pebble White
  • Ocean Blue
  • Chrome Silver
  • Graphite Gray
  • Nighttime Blue
  • Aurora Green
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: MalaysiaRedmi Note 10Redmi Note 10 Proxiaomi
Previous Post

Dynasty Warriors 9 Empires ditunda lagi ke tarikh lebih lanjut pada 2021

Next Post

Sniper Ghost Warrior Contracts 2 akan dilancarkan 4 Jun ini di PS5 dan Xbox Series X/S!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Sniper Ghost Warrior Contracts 2 akan dilancarkan 4 Jun ini di PS5 dan Xbox Series X/S!

Sniper Ghost Warrior Contracts 2 akan dilancarkan 4 Jun ini di PS5 dan Xbox Series X/S!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd