Atlus menggembirakan peminat di seluruh dunia dengan mengumumkan Raidou Remastered: The Mystery of the Soulless Army, sebuah versi moden bagi klasik PlayStation 2 pada 2006, Devil Summoner: Raidou Kuzunoha vs. The Soulless Army.
Akan dilancarkan pada 19 Jun 2025, tajuk RPG aksi yang diperbaharui ini akan tersedia di Nintendo Switch, PlayStation 5, PlayStation 4, Xbox Series X|S, dan PC melalui Steam, membawa pengembaraan detektif supernatural Raidou Kuzunoha XIV kepada generasi baharu.
Berlatar di Jepun era Taisho 20 (1931), Raidou Remastered: The Mystery of the Soulless Army membawa pemain ke versi fantasi Tokyo di mana tradisi Timur bertembung dengan pengaruh Barat, dan syaitan bersembunyi di kegelapan. Cerita ini mengikuti Raidou Kuzunoha XIV, seorang detektif pelatih muda di Narumi Detective Agency yang secara rahsia juga bertugas sebagai Devil Summoner untuk melindungi ibu kota.
Pengembaraan bermula dengan permintaan pelik: seorang waris muda, Kaya Daidouji, mendekati agensi meminta untuk dibunuh. Sebelum Raidou dan bosnya, Narumi, dapat memahami permintaan misterius itu, Kaya diculik oleh figura misteri berpakaian perisau merah, mendorong Raidou ke dalam kes yang berubah menjadi konspirasi nasional.

Semasa menyiasat, Raidou bergerak antara jalan-jalan Tokyo yang sibuk dan Dark Realm—dimensi berbahaya penuh dengan demon. Dibantu oleh mentornya, seekor kucing hitam bernama Gouto-Douji yang bolehbercakap , serta pelbagai watak menarik seperti wartawan Tae Asakura dan Dr. Victor yang eksentrik, Raidou perlu menyeru dan mengawal para demon untuk mendedahkan kebenaran di sebalik penculikan Kaya dan kuasa jahat yang mengancam bandar.

Berbeza dengan turn-based combat yang biasa dalam banyak tajuk Shin Megami Tensei, Devil Summoner: Raidou Kuzunoha vs. The Soulless Army asal menonjol dengan mekanik real-time action RPG—ciri yang dikemas kini dalam Raidou Remastered: The Mystery of the Soulless Army.
Pemain mengawal Raidou secara langsung, menggunakan katana untuk pertempuran jarak dekat dan revolver untuk serangan jarak jauh, sambil menyeru demon dari koleksinya untuk bertarung bersamanya. Versi baharu ini memperkenalkan battle system yang diperbaiki dengan tambahan seperti ciri lock-on, dashing, dan mekanik “MAG Drain”, menjadikan pertempuran lebih dinamik.

Senarai demon juga telah berkembang dengan ketara, menawarkan lebih 120 sekutu yang boleh direkrut berbanding 70 dalam versi original. Pemain kini boleh menangkap pelbagai demon yang sama, memberikan fleksibiliti dalam membina pasukan.
Skil baharu seperti “Summoner Skills” dan “Sword Skills” meningkatkan kebolehan Raidou, manakala gerakan “Devil’s Bane” dan “Spirit Slash” menambah gaya pada senjatanya. Penerokaan dikemas kini dengan peta kecil, paparan objektif, dan enemy encounter berasaskan simbol, menggantikan pertempuran rawak dengan rentak yang lebih terkawal.

Selain pertempuran, game ini mengekalkan akar penyiasatannya. Raidou menggeledah tempat kejadian jenayah, mengumpul testimoni, dan menjelajah ke Dark Realm untuk menyelesaikan misteri, sambil menguruskan rakan demon-nya. Peningkatan QoL seperti quicksave, autosave, dan pilihan difficulty memastikan pengalaman ini mudah diakses namun mencabar.

Game ini juga menampilkan visual dengan persekitaran 3D yang diperbaharui, menggantikan latar belakang pre-render PS2 dengan dunia yang lebih imersif. Buat pertama kalinya, cerita utama disuarakan sepenuhnya dalam bahasa Inggeris dan Jepun, menghidupkan watak seperti Raidou, Gouto, dan Narumi dengan barisan pelakon berbakat.
User interface direka semula untuk kejelasan, dan runut bunyi original yang digubah oleh Shoji Meguro dikekalkan untuk mengekalkan suasana nostalgia Shin Megami Tensei.
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi.
@gamersantaimy
Discussion about this post