Sebentar tadi baru sahaja habis siaran lansung selama 17 minit dari CAPCOM untuk Monster Hunter World: Iceborne – Developer Diary 5.0! Beberapa kemaskini terbaru yang termasuk Monster baru Raging Brachydios, Furious Rajang, Layered Weapon, Full Bloom Fest dan kemaskini Monster Alatreon yang turut akan datang Mei ini telah didedahkan! Paling penting kemaskini ‘Title Update 3’ akan bermula 23 Mac 2020 ini di platform PS4 dan Xbox One manakala PC pada 9 April 2020! Tanpa lengahkan masa jom lihat sendiri apa yang menarik dalam kemaskini kali ini!
Monster baru yang ditambah – Raging Brachydios!
Bermula 23 Mac 2020 ini, varian Brachydios yang jauh lebih besar daripada spesies biasa. Lendir di badannya akan diaktifkan dari masa ke masa dan ianya meletup! Pertempuran dengan Brachydios akan mengunci pemain bersama dengannya, peluang nak melarikan diri? Memang tak akan dapat okay!
Dalam kemaskini ini, pemain akan berhadapan dengan Monster yang baru ditemui dengan berbual dengan Tracker sebaik sahaja selesai Recon Assigments selepas berakhirnya Monster Hunter World: Iceborne.
Dan semestinya ia membawa Senjata dan Perisai baru!
Sudah semestinya akan ada senjata baru dan perisai untuk dikraf dari bahan Raging Brachydios! Anda boleh lihat design senjata dan armornya dibawah;
- Design Senjata
- Raging Brachy & Armor Set
Perisai ini mempunyai kemahiran yang berguna berasaskan Agitator (apabila raksasa menjadi marah, Attack dan Affinity meningkat) dan Weakness Exploit!
- Peralatan Palico: Set Crusher
Seperti perisai Hunter, reka bentuk perisai ini didasarkan pada acuan lendir aktif Raging Brachydios! Nampak garang kan Palico?
Tidak terlupa juga pada Furious Rajang!
Rajang yang nyata berbeza dari yang asal! Variasi Rajang ini disaluti bulu berwarna emas bersama serangan yang lebih ganas dan berasaskan serangan wall-based attacks. Nak tahu tahapnya dah menggila? Pemain boleh melihat bulunya akan bersinar bila menajdi lebih ganas! Ia juga boleh dijumpai bermula 23 Mac 2020 ini.
Sama juga seperti Raging Brachydios, dalam kemaskini ini, pemain akan berhadapan dengan Furious Rajang yang baru ditemui dengan berbual dengan Tracker sebaik sahaja selesai Recon Assigments selepas berakhirnya Monster Hunter World: Iceborne.
Hunter Armor Furious Rajang juga menarik!
- Design Senjata
- Furious Rajang & Armor Set
Reka bentuk perisai ditanamkan dengan kekuatan! Perisai juga mempunyai bonus set untuk kemahiran baru yang kuat.
- Peralatan Palico: Set Rajang
Haaa nampak macam kenal kan? Palico dah nampak macam Monkey King la! Senjata Palico yang baru adalah tongkat ajaib yang meluas apabila ditarik!
Acara Spring Blossom Fest & Seliana Full Bloom Fest memang menariklah!
Astera Spring Blossom Fest disertai oleh Seliana Full Bloom Fest yang baru dan boleh didapati 9 April 2020 hingga 7 Mei 2020!

Aktiviti Acara Bermusim ini meliputi;
- Peralatan baru!
- Lengkapkan pencarian acara waktu terhad untuk bahan-bahan untuk mencipta peralatan baru yang istimewa!
- Bonus log masuk yang semakin meningkat!
- Lucky Vouchers meningkat kepada 3 setiap hari, dan bonus log masuk juga termasuk Tiket Spring Blossom dan Tiket Full Bloom!
- Kenikmatan terhad harian!
- Mendapatkan ganjaran yang terhad untuk mendapatkan Tiket Spring Blossom, Blossom Fireworks, Full Bloom Tickets dan Snowmen!
- Diskaun di base facilities!
- Pakaian Pengendali Baru yang tersedia untuk masa yang terhad!
- Pakaian Poogie baru serta guild card titles, latar belakang dan pose!
- Hampir semua pencarian acara tersedia untuk dimainkan!
- Hampir semua pencarian acara terdahulu akan disediakan untuk tempoh acara tersebut.

Master Rank Kulve Taroth? Arch -Tempered Namielle? Kemaskini akan datang turut terlebih menarik!
Kemas kini seterusnya pada bulan April, di mana versi PC dijangka akan bersama mengejar kemaskini dengan versi konsol, akan menambah usaha acara melawan Master Rank Kulve Taroth di mana pemain perlu membunuhnya bukan sahaja dengan memecahkan tanduknya dan juga satu lagi usaha melawan Arch -Tempered Namielle! Ia juga akan menambah lebih banyak ciri penyesuaian senjata kerana pemain akhirnya dapat menukar hampir semua visual senjata termasuk dari senjata yang unik.
Dan yang terakhir~ Memperkenalkan ALATREON!
Alatreon The Black Dragon Blazing akan datang Mei ini untuk Monster Hunter World! Yang ini memang terbaik ah! Trailer teaser telah pun dikongsikan juga sebentar tadi! Siapa rasa tak sabar nak bertarung dengan Naga Gergasi yang baru ini?!
Jadi bagaimana dengan kemaskini yang terlalu menarik kali ini? Memang padu kan? Anda juga boleh melihat patchnote selebihnya di laman web rasmi Monster Hunter World. Jangan lupa untuk sentiasa follow up roadmap Monster Hunter World: Iceborne okay!
Sumber gambar: Capcom Monster Hunter World

@gamersantaimy
Discussion about this post