Seperti yang ramai tahu, PUBG Mobile di China telah diberi nama “Game for Peace” selepas mereka tidak mendapat kelulusan daripada kerajaan China untuk monetise permainan tersebut di negara itu. Lama kami tidak kongsikan mengenai Game for Peace ini, tetapi kali ini ianya agak menarik untuk dikongsikan, lagi-lagi pada peminat PUBG Mobile dan Gundam! Sempena ulangtahun Game for Peace ke-2, nampaknya terdapat kebocoran maklumat bahawa mereka akan mengadakan kolaborasi bersama siri anime kegemaran ramai Mobile Suit Gundam SEED.
Pendedahan tersebut dikongsikan oleh hesketh2 di Twitternya. Beliau adalah pengemas kini perincian untuk permainan seperti PUBG, Wild Rift, Brawl Stars dan banyak lagi di Liquipedia.net. Dalam pendedahanya itu, Game for Peace menyambut ulangtahun mereka dengan gah bersama kolaborasi ini.
Game for Peace (Chinese #PUBGMOBILE) hits 2nd anniversary
and they start the anniversary with a bang, announcing collab with Mobile Suit Gundam SEED
a large Gundam will be built inside Erangel's spawn island pic.twitter.com/OLQaICIcfm
— hesketh2 (@subzidite2) April 19, 2021
Lebih menarik, pemain akan melihat Gundam yang besar di Spawn Island di peta Erangle!
Itu sahaja antara yang dikongsikan di Twitter tersebut, ada juga pengikutnya yang bertanyakan di mana dia mendapat tangkapan skrin tersebut, tetapi masih belum di balasnya.
Kemudian, terdapat seorang YouTuber Moouyo Animation yang turut mengongsikan bahawa kolaborasi Gundam bersama Game For Peace. Lalu, dia menghasilkan sebuah video stop motion dimulakan di lobi utama Game for Peace, menampakkan banner utama sambutan kolaborasi tersebut, kemudia memulakan video stop motionnya dengan Gundam di situ. Anda boleh tonton video tersebut di bawah;
Menarik betul lah video yang di hasilkan Moouyo Animation ni! Melihat aksi-aksi Gundam yang gergasi, terbang keluar dari kapal, menaiki motor dan beraksi dalam arena battle royale PUBG Mobile ini memang sangat kreatif.
Jadi sememangnya ini adalah pendedahan yang menarik betul tak! Ini lah kalau ada update kat PUBG Mobile global mesti awesome lah! Mana tidak nya, kini yang menantikan Godzilla vs. Kong pun dah terasa teruja, bukan itu sahaja, pelbagai acara menarik seperti Blood Raven X-Suit diperkenalkan dan Scar-L joker menjadi rebutan ramai! Mana lah tahu kot kolaborasi dengan Gundam ini hadir kan! Bolehlah pijak-pijak je musuh dalam game ~ Eh!
Sumber: hesketh2 ; Moouyo Animation

@gamersantaimy
Discussion about this post