Kemas kini 5.2 untuk PlayerUnknown Battlegrounds (PUBG PC) , permainan yang dibangunkan oleh PUBG Corporation, kini mempunyai kemaskini pada pelayan ujian PC (test server) dengan ciri-ciri dan perubahan baru! Pelbagai ciri kemaskini baru yang hadir dan ianya termasuk ciri baru untuk permainan serta barangan dan senjata baru, tweak permainan baru dan banyak lagi.
Kemas kini PUBG PC 5.2 memperkenalkan PUBG LABS, yang akan membolehkan pemain menyumbang untuk menguji ciri-ciri baru dan secara langsung membantu permainan dan komuniti berkembang.
Jadi apa yang ada dalam PUBG LABS ini? PUBG Labs adalah ruang di mana kita akan bekerjasama dengan komuniti dan pemain untuk bereksperimen dengan mod permainan baru, set peraturan, ciri dan banyak lagi. Maklum balas anda mengenai sistem dan ujian yang dilakukan di PUBG Labs akan memberi manfaat secara langsung kepada komuniti dan mengembangkan perspektif terhadap keutamaan pemain.

Ciri-ciri PUBG Labs
- PUBG Labs adalah ruang di mana kami memperkenalkan kepada anda ciri eksperimen dalam permainan dan mengumpul maklum balas anda untuk menyempurnakannya sebagai penambahan permainan tetap.
- Anda boleh milhat tab PUBG Labs didalam menu bawah butang Play.
- PUBG Labs akan terus dikemas kini dengan kandungan baru. Mainkan mod, set peraturan baru dan mungkin beberapa pemandangan baru untuk hadir!
- Paling penting dalam PUBG Labs adalah pendapat pemain! Jadi jangan lupa untuk mengongsikan pengalaman PUBG Labs anda kepada Pengurus Komuniti
Kandungan eksperimen akan datang PUBG Labs
- Rating Berdasarkan Kemahiran (PC – Live server: 26 Nov – Jan 1 / Konsol- Server langsung: 26 Nov – 6 Jan)
- Penilaian Berdasarkan Kemahiran (Skill Based Rating) adalah ciri percubaan yang diuji melalui PUBG Labs, menjejaki kemahiran anda dan memberi rating kepada anda berdasarkan prestasi perlawanan anda.
- Penilaian Berdasarkan Kemahiran ini berasingan daripada Sistem Titik Survival (Survival Title System) semasa.
- Penilaian akan digunakan untuk setiap mod berdasarkan tahap kemahiran pemain. Untuk melihat penarafan anda, anda mesti memainkan 5 perlawanan pertama.
- Selepas anda menyelesaikan 5 perlawanan penilaian, penarafan anda ke depan akan diselaraskan berdasarkan faktor seperti membunuh dan penempatan keseluruhan dalam perlawanan.
- Anda boleh meninggalkan maklum balas mengenai perubahan pada penarafan anda selepas tamat setiap pertandingan, jadi PUBG akan mengukur bagaimana sistem dirasakan.
- Untuk satu minggu selepas ujian Penilaian Berdasarkan Kemahiran berakhir, semua pemain yang menyertai dapat berkongsi maklum balas mereka melalui kaji selidik dalam permainan.
Kemas kini juga memperkenalkan beberapa perubahan pada peta Vikendi, perubahan yang akan memudahkan pemain untuk terlibat dalam sniping duels.

Siapa yang tidak sukakan Duel Sniper kan? Dengan itu, pembersihan Vikendi untuk menjadikannya lebih menarik kepada Long Gun Hunters PUBG. Lebih banyak kenderaan akan muncul di peta dan membantu anda melalui musim sejuk, tetapi berhati-hati dengan untuk Perangkap Spike di bukit yang dilindungi salji atau tanah runtuh akan menumbangkan anda! Pasal Perangkap Spike, kami akan beritahu dibawah.
Jadi antara yang berubah seperti;
- Jalan baru yang hadir, tambahan kenderaan, sungai beku ada yang telah cair, Mount Kreznic telah mengecil dan beberapa kawasan telah ditinggikan sedikit untuk senang pemain berlindung dari perlawanan.
- Beberapa bangunan turut diubah sedikit, barangan di Pashkova juga ditambah, Zon biru awal telah dipercepatkan dan pebagai lagi!
Item terbaru Spike Traps!
- Spike Trap dapat memancitkan tayar kenderaan yang melalui jalur paku tersebut
- Spike Trap hanya mampu merosakkan satu kenderaan sebelum ianya hilang
- Spike Trap hanya memancitkan tayar kenderaan dan bukan merosakkan terus kenderaan tersebut
- Spike Traps spawn pada kadar konsisten dengan barangan yang boleh dibalingkan lain di semua peta.
- Anda boleh meletakkan Spike Traps dengan memilihnya dan menekan LMB. Sebaik sahaja anda telah meletakkan Spike Traps, anda tidak boleh mengambilnya semula.
Kemas kini PUBG PC 5.2 memperkenalkan ciri Way Point dan lebih banyak perubahan permainan. Anda boleh melihat patch notes selebihnya di laman web rasmi PUBG.
Sumber: PUBG

@gamersantaimy
Discussion about this post