Dengan pengumuman mengenai PSVR 2 baru-baru ini, mesti ada antara anda semua yang ternanti-nantikan untuk mencuba headset terbaru Sony ini. Berita baiknya, dalam pangkalan data SIRIM, controller untuk PSVR2 telah didaftarkan secara rasmi! Ini bermakna controller tersebut mungkin akan tersedia untuk jualan selepas pelancaran rasminya pada awal 2023.

Menurut laporan, PSVR2 Sense Controller telah muncul dalam pangkalan data SIRIM dengan nombor model masing-masing iaitu CFI-ZCVL1 (kiri) dan CFI-ZCVR1 (kanan). Dengan rupa bentuk produk yang kelihatan sama dengan controller baru itu, memang senang sahaja untuk mengenali produk itu.

Bakal dilancarkan bersama headset, controller VR2 Sense yang mempunyai analog stick, butang dan sistem pengesanan sentuhan jari yang meniru gerakan dan gerak isyarat semula jadi. Bersama “haptic feedback and adaptive trigger”, ia akan membawah pengalaman yang lebih mendalam ke dalam dunia maya.
Beberapa game juga telah didedahkan tersedia untuk dimainkan dengan sistem PSVR2. Antaranya ialah Horizon Call of The Mountain, Resident Evil Village, The Walking Dead: Saints & Sinners – Chapter 2: Retribution, No Man Sky dan banyak lagi.
Alang-alang headset ini juga sudah dicuba oleh pengunjung di Tokyo Game Show 2022, ramai juga yang berpuas hati dengan prestasi PSVR2 ini. Walaupun begitu, masih tiada pengumuman rasmi mengenai ketersediaan PSVR2 di Malaysia. Nampaknya kita kena tunggu Sony untuk lepaskan lebih banyak maklumat mengenainya. Untuk mendapatkan segala liputan mengenai PSVR2 daripada kami, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post