Sudah lama tidak mendengar khabar berita mengenai headset VR PlayStation, PS VR2. Baru tahu headset tersebut sudah pun berumur setahun! Walaupun terdapat banyak game pada platform tersebut, tetapi tidak begitu ramai yang bermainnya. Agak kesian juga melihat teknologi hebat itu tersadai begitu sahaja. Berita baiknya, PS VR2 mungkin menyokong game PC tidak lama lagi. Jom kami ceritakan secara ringkas mengenainya.

Melalui PlayStation Blog, kita telah didedahkan dengan beberapa game baharu yang bakal memeriahkan scene VR untuk PS VR2. Dalam post itu, kita telah didedahkan dengan rancangan Sony Interactive Entertainment untuk membolehkan pemain PS VR2 untuk mengakses game PC pada tahun ini.
“… kami berbesar hati untuk berkongsi bahawa kami sedang menguji keupayaan untuk pemain PS VR2 mengakses game tambahan pada PC untuk menawarkan lebih banyak variasi game sebagai tambahan kepada tajuk PS VR2 yang tersedia melalui PS5. Kami berharap dapat menyediakan sokongan ini pada tahun 2024, jadi nantikan lebih banyak kemas kini.”

Harap-harap ujian yang sedang dilakukan oleh Sony berjalan dengan lancar. Selepas ini, bolehlah pemilik-pemilik PS VR2 mainkan game VR PC menggunakan headset itu nanti. Mungkin lebih ramai yang akan membelinya selepas ini, lebih-lebih lagi dengan ciri-ciri hebat yang disertakan pada headset tersebut.

Adakah anda akan membeli headset ini jika ia menyokong game PC nanti? Boleh kongsikan pendapat anda di ruang komen! Untuk mendapatkan segala berita mengenai VR daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post