Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Project DualPlay – Konsep Laptop dengan Controller Boleh Tanggal Untuk Pakej 2-in-1!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 4, 2024
in Aksesori, Artikel, Berita, Komputer, Laptop, Teknologi
0 0
0
Project DualPlay – Konsep Laptop dengan Controller Boleh Tanggal Untuk Pakej 2-in-1!
Share on FacebookShare on Twitter

Merupakan antara ciptaan paling menarik tahun ini, Acer hari ini memperkenalkan Project DualPlay, iaitu konsep laptop gaming dengan controller boleh tanggal. Konsep ini memberi dimensi baharu kepada pengalaman PC gaming di mana dua perkara berbeza disatukan dalam satu peranti yang berkuasa.

Kredit: Acer

Project DualPlay mencabar batas gaming dengan menawar pilihan baru untuk para pemain menikmati game AAA kegemaran mereka. Reka bentuk canggih ini dilengkapi dengan pad sesentuh besar yang boleh digunakan sebagai controller gaming wayarles boleh ditanggal.

Para pemain boleh menggunakan controller gaming ini dengan meletakkan dua jari di butang pelepasan di bahagian atas papan untuk membuka kunci elektromagnetnya. Tindakan ini juga memunculkan dua pembesar suara 5 watt di komputer riba, untuk memberi suasana bunyi lebih mendebarkan dan menghidupkan setiap adegan.

Kredit: Acer

Untuk penggemar game multiplayer, Project DualPlay membolehkan pemain lain menikmati game yang sama. Sama ada game first-person shooter, multiplayer online battle, sukan, atau fighting game seperti Street Fighter 6, Project DualPlay memberi kawalan penuh kepada dua pemain di dalam satu game.

Controller gaming boleh tanggal ini kemudian boleh dipisahkan kepada dua joystick yang sesuai untuk game seperti Street Fighter, lantas mengubah laptop ini menjadi stesen pertempuran dengan segera.

Kredit: Acer

Fungsi ini juga menyediakan fleksibiliti kepada pengguna untuk bertukar dengan lancar antara bermain dengan papan kekunci dan controller, serta boleh diubah suai untuk genre permainan berlainan.

Peranti ini dibalut dengan lampu RGB dinamik 360 darjah boleh selaras di atas papan kekunci, bingkai paparan, dan pad sesentuh. Persembahan cahaya ini menjangkau ke bar lampu cermin infiniti di belakang peranti dan joystick yang boleh ditanggalkan tadi.

Dengan Project DualPlay, Predator menjanjikan pengalaman dan interaksi yang istimewa untuk para gamer di pelbagai tahap.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Project DualPlay
ShareTweetSend
Previous Post

Monitor Baharu Nitro Cukup “UltraSpeed”, Refresh Rate Hingga 600 Hz!

Next Post

Jom Meriahkan LEVEL UP PLAY 2024, Meraikan Kandungan Digital Terbaik Di Malaysia & Global!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Final Fantasy Tactics: The Ivalice Chronicles – Remaster Kepada RPG Taktikal Kesayangan Ramai
Berita

Final Fantasy Tactics: The Ivalice Chronicles – Remaster Kepada RPG Taktikal Kesayangan Ramai

June 5, 2025
Digimon Story: Time Stranger Akan Keluar 3 Oktober, Pre-Order PS5 Bermula!
Berita

Digimon Story: Time Stranger Akan Keluar 3 Oktober, Pre-Order PS5 Bermula!

June 5, 2025
Silent Hill f Membuka Pre-Order, Akan Dilancarkan 25 September!
Berita

Silent Hill f Membuka Pre-Order, Akan Dilancarkan 25 September!

June 5, 2025
Next Post
Jom Meriahkan LEVEL UP PLAY 2024, Meraikan Kandungan Digital Terbaik Di Malaysia & Global!

Jom Meriahkan LEVEL UP PLAY 2024, Meraikan Kandungan Digital Terbaik Di Malaysia & Global!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025
Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025

May 26, 2025
Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year
Anime

Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year

May 26, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd