Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Previu Metaphor: ReFantazio – ATLUS Cipta Satu Lagi RPG Gempak!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 11, 2024
in Artikel, Berita, JRPG, Preview, RPG
0 0
0
Previu Metaphor: ReFantazio – ATLUS Cipta Satu Lagi RPG Gempak!
Share on FacebookShare on Twitter

Jika korang masih belum tahu, Metaphor: ReFantazio ialah JRPG baharu oleh ATLUS – yang sangat diilhamkan oleh reka bentuk Shin Megami Tensei dan Persona. Saya sendiri tidak terkejut, memandangkan game ini dibawa oleh dev veteran daripada siri Persona, seperti pengarah Katsura Hashino, pereka watak Shigenori Soejima, dan komposer Shoji Meguro.

Walaupun ada beberapa persamaan, Metaphor: ReFantazio ingin mengukir legasi sendiri – dengan mengambil yang terbaik daripada kedua-dua francais untuk mencipta identiti sendiri yang cukup kuat untuk berdiri bersama dua gergasi ATLUS.

Di ATLUS FES di Bellesalle Akihabara, Tokyo pada hujung minggu lalu, kami berjaya meluangkan sedikit masa dengan game itu, untuk mengumpul sebanyak mungkin info yang boleh dikongsi bersama anda semua. Berikut adalah previu ringkas kami untuk Metaphor: ReFantazio!

Pengalaman Umum

Kredit: ATLUS

Sekilas pandang, game ini memang bergaya, di mana ATLUS sekali lagi membuktikan kepada semua orang mengapa mereka adalah yang terbaik dalam hal reka bentuk UI. Maklumat bukan sahaja ringkas dan jelas tetapi bahagian UI amat cantik untuk dipandang – diserlahkan lagi bersama irama muzik oleh Shoji Meguro.

Dalam demo ini, terdapat 3 mode untuk dicuba dan kami memilih untuk “boss challenge” di mana pemain menghadapi Sea Monster Homo Sabara. Peminat game ATLUS pasti tidak akan rasa kekok, kerana Metaphor: ReFantazio memiliki sistem pertempuran yang lebih kurang sama daripada game ATLUS yang lalu.

Kredit: ATLUS

Sistem pertempuran turn-based Metaphor: ReFantazio mengambil banyak elemen daripada siri Shin Megami Tensei, terutamanya sistem Press Turn, di mana jumlah aksi di setiap giliran akan meningkat apabila kelemahan musuh dieksploitasi atau critical hit berrlaku.

Sudah tentu, sebagai francais baharu, pengetahuan kita tentang para demon dalam Shin Megami Tensei dan Persona tidak boleh dipakai lagi dan pemain perlu mencari kelemahan musuh sendiri.

Kredit: ATLUS

Bagi saya, highlight utama bagi gameplay Metaphor adalah Archetype. Anggap mereka seperti Persona tetapi anda boleh pilih dan menukar Archetype untuk setiap ahli parti, dan memberikan peranan khusus kepada mereka – ini sangat penting kepada sistem formasi.

Dalam demo, seluruh pasukan saya diletakkan di barisan hadapan, dan mereka hanya mempunyai abiliti yang mempengaruhi rakan lain dalam baris tertentu. Sebagai contoh, Hulkenberg hanya menyembuhkan watak yang berada dalam barisan yang sama dengannya.

Kredit: ATLUS

Setiap Archetype berbeza dan diinspirasikan daripada kelas dunia fantasi seperti mage, magic knight, swordmaster, magic seeker, dan sebagainya, masing-masing mempunyai skil yang sangat berbeza, daripada abiliti defensif ala tank hingga ke abiliti untuk melakukan serangan AoE yang luas.

Tambahan pula, terdapat sistem Synthesis, di mana dua Archetype boleh menggabungkan kekuatan bersama untuk melaksanakan teknik khas. Untuk melaksanakan teknik itu, watak harus bebas daripada ailment, dan anda perlu melakukan jumlah tindakan tertentu. Oleh itu, banyak rancangan diperlukan untuk melancarkan serangan Synthesis.

Kredit: ATLUS

Sama seperti boss dari game Shin Megami Tensei dan Persona, boss Metaphor: ReFantazio juga sangat berbahaya jika anda tidak berhati-hati. Sebagai contoh, Sea Horror Homo Sabara boleh melakukan 4 aksi tambahan ala Press Turn, dan hampir membunuh seluruh pasukan saya.

Pendapat Setakat Ini

Kredit: ATLUS

Walaupun tempoh demo sangat sekejap, Metaphor: ReFantazio meninggalkan kesan yang cukup besar kepada kami melalui visualnya yang cemerlang dan menarik, sistem pertempuran ikonik tetapi masih rasa baru, dan muzik simfoni yang seronok untuk dengar.

Demo ini pun meletakkan banyak had, tetapi saya yakin banyak elemen dalam sistem pertempuran lebih luas, terutamanya sistem Archetype yang bervariasi.

Agak mengejutkan melihat ATLUS memfokuskan pada IP baharu selepas sekian lama dan setakat ini, Metaphor: ReFantazio menunjukkan potensi sebagai JRPG hebat yang layak dimasukkan berdiri sekali bersama Shin Megami Tensei, dan Persona.


Metafora: ReFantazio akan dilancarkan untuk PlayStation 5, PlayStation 4, Xbox Series X|S dan PC melalui Steam pada 11 Oktober 2024.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: AtlusMetaphor: ReFantaziopreviu
ShareTweetSend
Previous Post

Program ‘Gear Up For Class with ASUS’ Bermula, Tawar Kredit TNG eWallet Hingga RM100 & Xbox Controller Percuma

Next Post

Previu Sonic X Shadow Generations – Kepulangan Shadow the Hedgehog!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Permohonan Dana e-Sukan KBS 2025 Kini Dibuka, Jumlah Peruntukan Sebanyak RM1.5 juta
Esports

Permohonan Dana e-Sukan KBS 2025 Kini Dibuka, Jumlah Peruntukan Sebanyak RM1.5 juta

June 4, 2025
Capcom Umum Monster Hunter Wilds Design Contest, Inilah Peluang Anda Untuk Pamer Kreativiti!
Berita

Capcom Umum Monster Hunter Wilds Design Contest, Inilah Peluang Anda Untuk Pamer Kreativiti!

June 4, 2025
Reviu Survive the Fall – Survival Taktikal Yang Penuh Potensi, Tapi Belum Sempurna
Review

Reviu Survive the Fall – Survival Taktikal Yang Penuh Potensi, Tapi Belum Sempurna

Next Post
Previu Sonic X Shadow Generations – Kepulangan Shadow the Hedgehog!

Previu Sonic X Shadow Generations - Kepulangan Shadow the Hedgehog!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025
Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025

May 26, 2025
Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year
Anime

Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year

May 26, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd