Selepas pertama kali diumumkan pada Oktober tahun lalu, Wo Long: Fallen Dynasty dijangka akan keluar pada tahun 2023 di PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series X|S dan PC.
Bagi mereka yang tidak tahu, Wo Long ialah game Soulslike baru oleh Team Ninja, yang membangunkan siri Nioh dan yang menarik tentang game ini adalah ia berlatarkan penghujung dinasti Han, yang merupakan titik permulaan cerita Three Kingdom – konsep bagi permainan ini.
Di sini, kami menerima peluang untuk mencuba game tersebut lebih awal, jadi berikut adalah preview demo kami untuk Wo Long: Fallen Dynasty!
Customization watak

Seperti semua kebanyakan game dalam genre Soulslike, Wo Long mempunyai customization watak. Apa yang boleh saya kata ia sangat luas, di mana ada banyak perkara yang boleh anda ubah. Selain daripada rupa watak, anda juga boleh memilih antara lima elemen (digelar sebagai Phase), dan setiap satu mempunyai keunikan dan kekuatan mereka sendiri. Lima elemen tersebut adalah seperti di bawah:
- Metal Phase: Berorientasikan debuff. Cemerlang dalam debuff musuh. Divine Beast adalah Baihu yang menemani anda untuk tempoh masa yang ditetapkan dan bertarung bersama.
- Wood Phase: Berorientasikan support. Cemerlang dalam support dan pemulihan. Divine Beast adalah Qinglong yang mempunyai kuasa untuk menyembuhkan diri anda dan sekutu berdekatan.
- Water Phase: Berorientasikan stealth. Cemerlang dalam stealth. Divine Beast adalah Xuanwu yang akan kekal diam untuk satu tempoh masa dan melancarkan peluru ais ke arah musuh.
- Fire Phase: Berorientasikan ofensif. Cemerlang dalam ofensif. Divine Beast adalah Zhuque yang mempunyai kuasa untuk membakar kawasan berhampiran dengan api.
- Earth Phase: Berorientasikan pertahanan. Cemerlang dalam pertahanan. Divine Beast adalah yang Qilin mempunyai kuasa untuk memanggil tiang batu untuk menyerang musuh berdekatan.
Anda bukan mempunyai statistik, abiliti, dan Divine Beast yang berbeza, malah akan bermula dengan senjata yang berbeza. Saya menggunakan Water Phase kerana suka gameplay ala-ala Stealth, dan bersama kebolehan untuk “dual-wield”, memang watak saya nampak cukup bergaya.

Mekanik pertempuran

Sebelum kita mula, ada dua perkara yang anda perlu tahu, iaitu Spirit dan Morale Rank. Untuk Spirit, bar itu berada di bawah health bar, dan mempunyai nilai positif dan negatif, biru = positif, oren = negatif. Anda menyerang dan menepis serangan untuk mendapatkan Spirit. Jika Spirit anda semuanya negatif, serangan musuh boleh mengakibatkan stun.
Untuk Morale Rank, ini adalah nombor di atas health bar. Jika Morale adalah 1 dan kita melawan musuh Rank 20, anda tidak akan melakukan sebarang damage terhadapnya. Anda membunuh musuh (sekurang-kurangnya itu satu-satunya cara yang saya temui) untuk mendapatkan Morale Rank.
Daripada serangan light dan heavy, game sebaliknya mempunyai normal attack dan spirit attack. Normal attack boleh memulihkan Spirit, manakala Spirit Attack melakukan skill kuat yang menghasilkan lebih banyak damage.

Kita juga boleh menggunakan Martial Arts untuk menyerang yang memakai Spirit Bar. Anda tidak boleh menggunakannya jika Spirit Bar berkurangan ke had minimum. Jenis Martial Arts yang boleh kita lakukan bergantung pada senjata apa yang kita gunakan.
Kebanyakan senjata yang kita temui hanya mempunyai satu Martial Arts, tetapi kemudian kita akan menemui lagi banyak senjata dengan dua Martial Arts.
Kemudian, kami mempunyai mekanik Deflect dan Dodge, di mana anda menekan ‘O’ sebelum serangan musuh untuk mengalihkan serangan mereka. Melakukan ini meningkatkan Spirit anda sambil mengurangkan Spirit musuh.
Anda juga boleh menggunakan Deflect untuk mengalihkan Critical Blow, yang boleh memecahkan pertahanan musuh dan membolehkan anda menangani damage besar dengan kombinasi Fatal Strike. Anda boleh tekan ‘O’ dua kali untuk mengelak, tetapi itu akan memakan Spirit.

Kemudian kami mempunyai Deflect Counterattack. Ia dengan cepat menukar senjata jarak dekat yang dilengkapi dan membuat serangan kuat. Jika anda timing dengan betul, anda juga boleh menepis serangan musuh dan memulihkan Spirit.
Fatal Strike ialah mekanik yang membolehkan anda menangani damage besar terhadap musuh yang tidak berdaya.
Kemudian kita ada Wizardry Spell yang membolehkan kita menggunakan sihir untuk menyerang. Ia menggunakan Spirit, dan setiap skill mempunyai tahap Morale Rank tertentu. Jika Spirit anda berada pada had yang lebih rendah berbanding Morale Rank, anda tidak akan dapat menggunakan spell tersebut.

Kemudian anda juga boleh menyeru Divine Beast jika Divine Beast Gauge penuh, atau menggunakan Divine Beast’s Favor untuk mendapatkan lebih banyak buff.
Jarang ada di dalam game Soulslike – anda boleh melompat, dan melakukan teknik hentaman ala Mario di mana anda pijak di atas musuh, yang boleh meningkatkan Spirit. Walaupun ini tidak diajar dalam tutorial, saya mempelajari mekanik ini semasa bertarung dengan salah satu musuh.
Malangnya, aspek kamera tidak begitu bagus.Untuk Wo Long di mana kita boleh mengelak dan melompat, kita pasti akan bergerak ke sana sini dengan laju, cuma kamera tidak cukup pantas untuk menangkap pergerakan kita. Jika anda bergerak terlalu banyak di kawasan yang sempit, kadang-kadang kita hanya akan melihat dinding sahaja.
Antara sebab besar saya selalu mati dalam game ini adalah kerana isu kamera.

Sistem leveling

Sama seperti mana-mana game Soulslike lain, anda meningkatkan level dengan membelanjakan mata wang in-game. Dalam Wo Long, ia dipanggil Genuine Qi. Walau bagaimanapun, apabila anda mati, anda hanya kehilangan separuh daripadanya yang merupakan sesuatu yang bagus (berbanding game Soulslike lain).
Anda hanya boleh mendapatkan semula Genuine Qi dengan menewaskan musuh yang membunuh anda. Melakukan ini juga akan memulihkan Morale Rank yang hilang akibat mati.
Daripada membelanjakan mata wang untuk meningkatkan vitality atau dexterity, game ini meningkatkan lima elemen iaitu: Metal, Wood, Water, Fire dan Earth. Jika anda memilih untuk bermula sebagai Metal Phase, maka anda mempunyai 10 Metal Point. Ini sama untuk elemen lain.

Walau bagaimanapun, apabila ingin menaik level, ini menjadi sukar kerana apabila anda memilih satu elemen untuk dinaikkan, ia akan menjejaskan abiliti Element lain. Contohnya, jika anda menaikkan level Water, damage untuk abiliti Air akan jelas meningkat, akan mengurangkan pertahanan elemen anda terhadap Earth. Jadi ini perlu diambil kira.
Aspek penerokaan

Walaupun ini hanyalah demo, kawasan yang anda boleh terokai sangat besar, dan dalam satu kawasan, anda mempunyai pelbagai cara untuk mendekati musuh. Ia membuatkan kita berfikir tentang cara terbaik untuk mendekati musuh, terutamanya apabila anda memainkan watak yang fokus pada stealth.
Terdapat radar di bahagian atas kanan paparan yang menunjukkan musuh, cuma radar itu tidak menunjukkan perkara berdasarkan ketinggian. Jadi apabila anda melihat titik merah di peta, anda tidak tahu sama ada ia berada pada ketinggian yang sama (di tanah tinggi atau tanah rendah).
Terdapat juga waypoint merah yang membawa anda ke misi utama yang seterusnya. Jika anda mati, ia akan berubah ke warna kuning, yang membawa kepada musuh yang membunuh anda.

Terdapat juga tempat untuk memacakkan Battle Flag di seluruh peta yang bertindak seperti bonfire di mana anda boleh berehat untuk mengisi HP, mengisi semula ubat-ubatan, meningkatkan level, menukar Divine Beast dan sebagainya. Memacakkan Battle Flag akan meningkatkan Fortitude Rank.
Tidak semua Battle Flag membenarkan anda berehat, kerana beberapa jenis lebih kecil sebenarnya tidak mempunyai sebarang fungsi (fungsi fast-travel/teleport belum dibuka) selain daripada meningkatkan Fortitude Rank.
Musuh

Musuh terdiri daripada banyak jenis berbeza. Contohnya ada jenis yang memakai pedang, jenis pemanah, jenis yang menggunakan tombak dan sebagainya. Mereka juga memakai pakaian yang berbeza.
Terdapat inspirasi yang jelas dengan Three Kingdoms, di mana musuh yang memakai pakaian warna kuning merujuk kepada Yellow Turban Army yang membawa kepada pengahkrian dinasti Han dan permulaan era Three Kingdoms.

Di samping itu, terdapat NPC bernama Zhang Mancheng yang akan menyerang anda. Dia sebenarnya adalah salah satu pemimpin dalam Yellow Turban Army.
Terdapat juga raksasa dari karya Classic of Mountains and Seas, seperti beberapa raksasa harimau, raksasa burung, beberapa makhluk ikan humanoid dan sebagainya. Terdapat juga iblis rupa manusia yang memegang pedang gergasi.
Pertarungan bos

Untuk demo, bos yang saya hadapi ialah Zhang Liang yang sebenarnya merupakan watak yang sangat penting dalam Three Kingdoms.
Yellow Turban Army yang memulakan seluruh era Tiga Kerajaan, diasaskan oleh seorang penganut Tao bernama Zhang Jue, dan Zhang Liang merupakan adik bongsunya. Beliau juga merupakan salah seorang ketua dan panglima di dalam rejimen.
Ini adalah pertempuran fast-paced jadi jika anda cuba bermain secara lebih defensif, anda pasti akan dibunuh olehnya. Kerana game ini tidak mempunyai sistem stamina, nampaknya permainan mahu anda menjadi agresif sekerap mungkin.
Ini bermakna watak Water Phase saya yang fokus pada stealth langsung tidak berguna.
Pendapat

Demo untuk Wo Long sangat besar, di mana mahu anda mengalami semua yang berkaitan dengan mekanik pertempuran dan penerokaan permainan.
Ini masih demo, jadi sudah tentu akan ada banyak lagi bahagian yang hilang kita belum dapat lihat, tetapi ini sudah terasa seperti permainan yang lengkap bagi saya, dengan prestasi yang sangat baik pada PS5, sistem pertempuran yang lancar dan unsur kung fu/shaolin yang gempak.

Wo Long: Fallen Dynasty adalah game dalam genre Soulslike, jadi tahap kesukarannya memang dijangka. Bagaimanapun, saya suka game ini dan inilah yang saya mahukan daripada demo – sebuah gameplay yang menarik, dan mampu minat orang ramai hingga mahukan lagi.
Wo Long: Fallen Dynasty dijangka akan keluar pada tahun 2023 di PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series X|S dan PC.
@gamersantaimy
Discussion about this post