Warcraft Arclight Rumble adalah game Warcraft pertama yang dibangunkan untuk mobile, dan merupakan game action strategi yang menjemput pemain untuk mengumpulkan watak kegemaran dari alam Warcraft dan bertarung dalam misi unik yang direka untuk menguji kecerdasan taktikal.
Walaupun tarikh pelancaran masih belum diumumkan secara rasmi, Blizzard telah mengesahkan bahawa game tersebut akan keluar pada tahun ini untuk Android dan iOS, jadi harap ia keluar dalam masa terdekat lah.
Kami berjaya cuba Warcraft Arclight Rumble versi Alpha selama beberapa hari, jadi berikut adalah info lengkap yang boleh saya kongsikan. Jika korang peminat Warcraft atau memang mobile gamer, teruskan membaca untuk info lengkap!
*Supaya tiada yang tersilap, saya hanya mencuba Warcraft Arclight Rumble versi Alpha. Apa-apa yang saya sebut di sini mungkin akan berubah pada versi akhir.*
Jalan cerita
Dalam “tavern” di sekitar Azeroth, terdapat sejenis popular bernama Arclight Rumble. Dalam permainan ini, patung kecil berdasarkan wira dan raksasa terkenal direka dengan teknologi Arclight untuk melawan antara satu sama lain.
Ini adalah konsep menarik yang menunjukkan perspektif lebih “comel” kepada alam Warcraft. Selain itu, jalan cerita sebenarnya tidak banyak dan tidak ada maksud mendalam. Secara keseluruhan, kita hanya akan melompat dari peta ke peta untuk melawan musuh dan itu sahaja. Saya rasa ini tidak masalah besar untuk majoriti mobile gamer tetapi jika anda jenis orang yang minat Warcraft sehingga sanggup kaji latar belakang, game ini pasti tidak boleh memuaskan hati.
Walaupun begitu, game ini banyak memberu rujukan dan easter egg tentang World of Warcraft serta expansion-nya yang pasti mengembirakan hati mana-mana peminat lama.
Grafik
Game ini mempunyai estetika ala-ala kartun dengan visualnya yang cerah dan beresrna-warni. Walaupun pada skrin yang lebih kecil, reka bentuk U dan efek bunyi juga memberi kesan “berkualiti” berbanding game mobile lain.
Walau bagaimanapun, saya mengalami beberapa isu berkaitan kelancaran. Pertama sekali, game ini mempunyai load time yang agak lama semasa memulakan pertarungan dan antara pertempuran. Kedua, ia tidak membenarkan kita untuk zoom out pada world map. Memang ini bukan masalah besar, tetapi ia menyusahkan pengalaman saya memandangkan dunia Arclight Rumble samgat besar
Gameplay umum
Arclight Rumble mempunyai gameplay RTS klasik. Developer kata ia kurang “tower defense” dan lebih “tower offense” apabila anda menurunkan tentera berbeza untuk menyerang musuh dan “checkpoint. Jika sebuah “checkpoint” berjaya ditakluk, anda boleh menurunkan unit dari sana.
Untuk menyeru unit, anda perlu menggunakan “gold” yang akan dikumpul secara beransur-ansur tetapi anda boleh mendapatkan lebih banyak gold dengan lebih cepat jika meletakkan unit Kobold yang akan menjalankan kegiatan melombong di sekitar peta. Ini agak penting kerana mengeluarkan unit dengan lebih pantas boleh menjaminkan kemenangan yang lebih mudah.
Game ini menjadi sangat sukar apabila anda “underleveled”. EXP grinding akan memakan banyak masa, jadi apabila anda sangkut pada peta tertentu, anda mungkin akan terperangkap di sana untuk tempoh masa yang agak lama. Di sini, anda boleh farming melalui QUEST yang memberikan exp kepada unit tertentu dan akan refresh dengan set misi baru setelah semua diselesaikan. Setakat ini, itulah tempat terbaik untuk farming EXP.
Unit dibahagikan antara lima puak: Alliance, Horde, Undead, Black Rock, dan Beast namun (selan reka bentuk) tidak ada banyak perbezaan antara mereka. Kepentingan unit datang dengan daripda “battle type” mereka iaitu: melee, flying atau ranged kerana masing-masing mempunyai kelebihan atau kelemahan jika diserang dengan unit yang betul.
Dari awal lagi, luangkan masa untuk memikirkan unit apa yang anda letakkan yang penting. Game ini menggalakkan anda untuk meluangkan masa, kaji musuh yang anda akan lawan, dan berfikir tentang unit seterusnya yang anda mahu guna untuk berlawan. Ia seolah-olah seperti permainan teka-teki dan apabila anda memecahkan strategi musuh, itulah saat paling memuaskan.
Memandangkan game ini sangat tertumpu pada PVE, terdapat banyak peta untuk cuba. Daripada apa yang saya lihat dalam versi Alpha, kami mempunyai 65 peta.
Meningkatkan Troop kita
Melengkapkan peta akan memberikan EXP (experience) kepada salah satu unit anda. Ini akan meningkatkan level mereka yang seterusnya akan memberi stat serangan dan HP yang lebih besar.
Satu lagi ciri penting dalam game ini adalah unit anda juga akan mempunyai seorang jeneral, yang biasanya adalah watak terkenal dari dunia Azeroth. Di atas peta, ini biasanya unit paling kuat dalam tentera anda. Setiap “Leader” juga mempunyai satu ‘abiliti’ yang akan memberi kesan kepada unit lain dalam tentera anda semasa di atas medan perang. Contohnya, apabila Rend sedang bermain, ia lebih murah untuk menyeru unit terbang (satu gold dikurangkan untuk semua unit terbang).
Memilih Leader yang betul dan membina tentera yang menyerlahkan lagi potensi penuh abiliti leader tersebut adalah kunci untuk memenangi pertarungan semasa anda melalui kawasan yang lebih sukar dalam permainan.
Buat masa ini, hanya 12 Leader ada dalam game. Berikut adalah senarai:
Horde
- Cairne Bloodhoof
- Grom Hellscream
- Sneed
Aliance
- Jaina Proudmoore
- Maive Shadowsong
- Tirion Fordring
Beast
- Charlga Razorflank
- Hogger
Blackrock
- Rend Blackhand
- General Drakkisath
Undead
- Baron Rivendare
- Bloodmage Thalnos
Mode Tambahan
Selain daripada mode PvE utama, anda juga boleh melakukan quest, yang meminta kita untuk bermain di peta lama untuk mendapatkan exp bagi unit tertentu.
Terdapat juga mode Dungeon, di mana anda perlu menyelesaikan 3 peta secara berturut-turut, dan untuk setiap peta, anda boleh memilih 1 relic baru. Relik itu kemudian boleh memberikan buff, untuk meningkatkan stats atau HP kepada unit tertentu dan sebagainya. Selepas setiap dungeon berjaya diselesaikan, dungeon tersebut akan naik level. Ini adalah satu-satunya tempat untuk anda memperoleh sumber bernama VALOR, untuk upgrade tentera anda melalui Leader.
Akhir sekali kita ada mode PvP yang membolehkan anda melawan pemain lain melalui server dalam talian. Sambungan PvP berfungsi dengan agak lancar dan lebih mencabar daripada PvE kerana kita menentang orang lain yang strategi tidak dapat diramalkan. Anda tidak mendapat banyak ganjaran untuk bermain PvP, hanya lebih banyak exp, yang membantu dengan PvE tetapi sesetengah orang mungkin menginginkan lebih banyak ganjaran kerana cabarannya yang lebih sukar.
Aspek Monetization
Tiada sistem gacha dalam Warcraft Arclight Rumble. Terdapat “in-game shop” di mana anda boleh unlock watak baru dengan sama ada membelinya menggunakan duit yang diperoleh daripada permainan atau dengan membayar wang dunia sebenar.
Cara Ship berfungsi pun menarik, kerana memberi kami 9 slot berbentuk grid. Setiap kali anda membeli item, kedua-dua baris dan kolum akan reset semula. Jadi selagi anda ada Gold, anda boleh refresh Shop seberapa banyak yang anda mahu. Ini juga bermakna jika anda mencari playstyle tertentu, anda perlu mempunyai RNG yang bagus. Setiap unit (selain jenis standard) hanya boleh dibuka dari Shop.
Kekurangan aspek gacha membuatkan game ini berasa lebih mesra kepada pemain tetapi godaan untuk membeli memakai duit sebenar masih ada, jadi hati-hati. Sekurang-kurangnya anda boleh mendapatkan unit yang anda mahu dan tidak perlu bergantung kepada nasib.
Pendapat
Warcraft Arclight Rumble ialah game RTS yang menyeronokkan dan mudah untuk diakses lantas menjadikannya sesuai untuk peranti mobile. Grafiknya cantik, gameplay pun menarik dengan banyak unsur customization, dan ketiadaan gacha amat dihargai.
Game ini mempunyai potensi, cuma keseimbangan antara aspek menetization dan tahap kesukaran perlu diselaraskan. Dalam build ini, kami boleh membeli semua secara percuma. Semua saya beli tetapi itu pun tidak cukup untuk menyelesaikan sesetengah peta.
Secara keseluruhan, ini adalah game “tower offense” yang seronok untuk dimainkan dengan unsur Warcraft. Jika berpeluang, jangan lupa untuk cuba game ini apabila ia keluar pada tahun ini. Untuk maklumat lanjut, sila lawat laman web rasmi mereka di sini.
@gamersantaimy
Discussion about this post