Kalau hari itu kami sudah ceritakan tentang Apex Legends musim 14, kali ini jom kita lihat Legends terbarunya pula iaitu Vantage. Kami dapat preview awal untuknya dan tidak sabar untuk menceritakannya kepada anda. Jadi tanpa membuang masa, jom kita lihat sedikit sebanyak tentang Vantage dalam musim terbaru Apex Legends.
Pengenalan
Vantage ialah anak kepada penjenayah yang disabitkan secara salah. Semasa ibunya diangkut ke suatu tempat, kapalnya telah terhempas ke planet ais Págos. Masa berlalu dan dia pun lahirkan Vantage dan membesarkannya bebas daripada pihak berkuasa. Kemudian, Vantage terjumpa kapal terhempas yang ibunya beritahu supaya jangan dekati. Tetapi mengendahkannya dia telah mencetuskan sesuatu dan tercedera.
Untuk menyelamatkan Vantage, ibunya menghantar isyarat kecemasan, akhirnya ditangkap sekali lagi. Kini Vantage pula ingin memberitahu dunia bahawa ibunya tidak bersalah dan mengeluarkannya dari penjara.

Kami bertanya beberapa soalan mengenai Vantage dengan pasukan pembangun. Rupa-rupanya konsep awal Vantage datang daripada anjing pug salah seorang juruanimasi dalam pasukan. Menurut mereka, Vantage mungkin mempunyai sinergi yang baik dengan Legend seperti Rampart, Ash, Pathfinder dan Horizon. Dengan skill Vantage, Legend lain boleh manfaatkannya semasa dalam pertempuran. Penulisan untuk Vantage juga agak berbeza dengan Maggie. Dengan kehidupan Vantage yang terpencil jauh daripada manusia lain. Jadi agak menarik juga apabila dia mula keluar daripada tempatnya dan melihat melihat perkara baru.
Pelbagai cabaran juga telah ditempuhi semasa memulakan konsep untuk Vantage. Pasukan penulis mempunyai banyak idea hebat yang berpusatkan sniper. Vantage merupakan Legend paling muda dan anda akan boleh melihat banyak interaksi yang menarik antara dia dan Legend lain. Jom kita lihat pula gameplay serta skill-nya yang tersedia.

Pasif – Spotter’s Lens
Dia boleh gunakan lensanya untuk membaca maklumat taktikal skuad musuh. Segala perkara seperti nama Legend, komposisi skuad, rarity shield dan jarak mereka akan diketahui oleh Vantage. Dia boleh terus berlawan walaupun tidak bersenjata dan boleh berkongsi maklumat dengan rakan sepasukan dengan ping. Benda menarik lain tentang skill pasifnya, kanta mengira bullet drop untuknya jika anda menggunakan skop dengan level tinggi. Dalam preview ini, tiada pula disebut “high level” untuknya tetapi mungkin level zoom-nya 4x atau 6x, mungkin tier berbeza.

Tactikal – Echo Relocation
Ini ialah kemahiran yang memerlukan Echo, dia boleh menghantar haiwan peliharaan yang mempunyai rupa seperti kelawar ke suatu tempat, dan apabila Vantage menggunakan taktikalnya, dia akan melancarkannya ke arah Echo berada. Ia hanyalah kemahiran pergerakan, ia seperti grapple milik Pathfinder, tetapi ianya lebih daripada itu. Anda berdiri di Titik A, anda mengarahkan Echo ke Titik B, anda berlari dan menembak, dan anda boleh mengaktifkan taktikal anda untuk melancarkan diri anda ke arah Titik B. Satu lagi perkara, anda TIDAK boleh menembak Echo.
Musuh juga boleh nampak Echo di langit, jadi berkemungkinan musuh juga Vantage akan ke arah Echo. Apabila Vantage menggunakan ability-nya akan ada bunyi dan VFX dan apabila terbang di langit, juga akan ada bunyi VFX. Jadi janga terkejut pula jika Vantage muncul secara tiba-tiba pula.

Ultimate – Sniper’s Mark
Ini adalah senapang sniper tersuai Vantage, anda menariknya keluar, anda menghala ke arah sesuatu, anda menembak, dan apabila anda mengenai seseorang, anda memberikan 50 damage dan menandakan sasaran itu selama 10 saat dan sasaran yang ditanda akan mengambil 100 damage daripada tembakan berikutnya dari sniper dan menerima increase damage daripada rakan sepasukan.
Kalau anda ingin tahu, Ultimate Vantage sedikit unik serta bebas berbanding ability serta serta ultimate lain dalam game. Anda hanya perlu tunggu peluru pistol dicas sepenuhnya untuk menggunakannya semula. Anda boleh pilih untuk gunakannya bila-bila masa sahaja atau tunggu sahaja untuk kesemua lima peluru tersedia.

Jadi geng Apex Legends, apa pendapat anda tentang Vantage ini? Adakah anda akan gunakannya apabila dia tersedia nanti? Apapun, anda boleh dapatkan liputan lain mengenai Apex Legends daripada kami melalui pautan ini.

@gamersantaimy
Discussion about this post